View: 1795|Reply: 5
|
Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Letupan Di Istanbul
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: google image
Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit dalam kejadian letupan di Sultanahmet iaitu daerah bersejarah Istanbul, semalam.
Demikian pengesahan yang disampaikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Ankara.
Dalam satu kenyataan, kementerian luar menyatakan pihak kedutaan akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuk pelajar yang menuntut di Istanbul.
"Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Sultanahmet, Istanbul semalam yang telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa tidak berdosa dan mencederakan 15 yang lain."
Sementara itu, menurut Wisma Putra, Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Turki serta keluarga dan mangsa yang terbabit dalam serangan itu.- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pun ada gak kan. 2 bulan lepas kan. Bertabah la turki. Sebab ko berjiran dgn syria. Tak nak mintak tolong dgn israel ke. Turki kan memerlukan israel |
|
|
|
|
|
|
|
nak ulang turki kali kedua nampaknya terpaksa batalkan dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|