CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2252|Reply: 10

Nak buat macam mana? Kids refuse to play with my son.

[Copy link]
Post time 13-1-2016 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Assalamua'alaikum,

Anak saya akan masuk umur 6 tahun (2016). Masa ambil anak dari preschool tadi, saya kasi can la dia main-main dulu dengan kawan-kawan. Dia nak join lah dua orang budak ni duk main seesaw, lepas tu budak-budak tu duk halau anak saya tak bagi join. Hmm. Really breaks my heart.

Tapi rasanya silap saya jugak, mungkin ajaran saya ke. Anak saya jadi spoiled brat. Terlalu dimanjakan, terutamanya oleh atuk, nenek dan bibik. Saya dulu single mother since umurnya 3 tahun. Jadi, makin dimanjakan. Di rumah ni pun, kawan-kawan dia semua orang dewasa, tiada adik-adik. Sepupu yang ada pun takda kat sini. So memang dia jarang bergaul dengan budak sebaya dia, kecuali di sekolah atau di playground.

Sejak tak single mother ni, banyak suami saya memberi teguran yang saya dan keluarga saya salah membesarkan anak kerana terlalu dimanjakan. Dulu atuk dia sangat kerap belikan toys. Lepas tu, anak saya dulu memang melekat dengan ipad. Memang banyak silapnya. Alhamdulillah sejak berkahwin ni, nampaklah ada perubahan sedikit. Dah lebih berdisiplin, tapi memang masih ada perangai manja terlebih dia tu. Lepas tu bila nak ajar/disiplinkan anak, ada pulak orang tua saya yang tegur kata jangan dimarah sangat. Suruh lebih berlembut. Bila berlembut, anak saya tak nak dengar, kena marah baru nak dengar, macam mana tu? Sebab dia dah naik lemak dan manja sangat, jadi saya rasa perlu lebih tegas. Tapi rasa tak best lah, bila nak marah baru nak buat. Nanti kat depan dia buat-buat baik, kat belakang dia buat perangai.

Kadang rasa kecewa dengan diri sendiri, sebab biarkan anak jadi macam ni. Sedihlah tengok dia bila kawan-kawan tanak main dengan dia. Tapi ada lah yang masih nak bermain cuma bila perhati dia lebih banyak bersendirian. Cara dia bermain pun pelik sikit. Saya risau bila dia masuk sekolah rendah, dia jadi 'that weird boy in school that nobody wants to be with'. I hope it's not too late.

Sesiapa boleh bagi nasihat, cadangan, kongsi pengalaman. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 02:14 PM | Show all posts
ramai yang saya tengok, mak bapak yang didik anak dengan kekerasan, 24 hours serius pada anak2, tanpa sedikit pun gurauan, dengan suara marahkan anak yang sangat2 tinggi, akan membentuk anak yang bila dah besar jadi kurang ajar, biadab, melawan, kaki dan tangan pun berani naik pada mak bapak, paling menakutkan, ada anak yg dah besar yg di didik cara macam ni akan buang ibu bapa mereka sendiri bila mereka dah ada hidup sendiri, tanpa ada sedikit pun kekesalan dan belas kesian, sebab pada mereka, mak bapak pun tak pernah tunjukkan belas kesian masa kecik2 dulu. kalau bersosial dgn kawan, anak yg didik cara macam ni saya lihat lebih garang, bengis, jahat, nakal yang bersifat jahat contohnya mencuri, membuli dgn cara yg kejam, mungkin pada mereka cara tu mampu mengurangkan stress 'dibuli' kat rumah oleh ibu bapa, dan pada pendapat saya yg ni, anak2 yg di didik cara mcm ni tak mampu 'faham' kenapa kita marah mereka, sebab masa kita didik dia, kita tak ceritakan kenapa perbuatan yg dia lakukan tu salah dan harus dihentikan, sebaliknya kita terus marah, pukul dan terus menerus marah, seolah2 anak yg kita marah tu dah cukup matang utk faham apa yg kita marahkan, tapi sebenarnya tidak, mereka tak faham.  sebaliknya kita kena ceritakan kenapa perbuatan anak kita tu salah, dgn nada yg lebih lembut, dan straight to the point,  supaya anak tu mudah faham sebab belum capai tahap kematangan macam kita. dan saya klasifikasikan cara didikan yg ni sebagai "kasih sayang yang disalahertikan anak".

cara didikan kedua yang saya nampak, ramai orang2 kampung guna cara ni, mak bapak yg didik anak dengan kekerasan, kemarahan tapi dlm pada masa yg sama mengejek anak dlm nada gurauan kasar dan perli tanpa terlalu bersifat menyakiti (fizikal), yang kadang2 mampu menggeletek hati anak tu sendiri, akan lahirkan anak yg pandai bersosial, pandai melawak, mampu masuk dgn banyak jenis kelompok manusia terutama sekali yg sebaya. dan ramai anak2 yg di didik cara macam ni lebih 'sporting' bila kena ejek dgn kawan, bila dia kene ejek, dia akan ejek kawan dia balik dgn cara bergurau (yg tidak mendatangkan pergaduhan) bila dah besar pun anak2 yg didik cara mcm ni akan 'nampak' kasih sayang yg kita berikan walaupun kasih sayang yg kita berikan (cara mengejek dan perli) tu agak kasar. dan ramai anak2 yg dididik cara macam ni la akan jadi pembuli, dan bukan dibuli.

cara yg ketiga ni saya tgk akan menyebabkan anak jadi penakut, kat sekolah kena buli, atau 'nerd', lembik. yg ni saya nampak biasanya ibu bapa mereka didik anak2 mereka dgn cara yg terlalu lembut, baik dari segi fizikal dan juga mental. dgn anak pun tak pernah jentik, yg tak pernah kena marah, suara tak pernah tinggi, tak pernah bergurau kasar dgn sesiapa, bila pergi sekolah, kene buli, sebab tak tahu cara utk melawan, tak tahu cara bergurau kasar, membosankan kawan2 sebaya yg lain. tapi ada jugak adik beradik mereka yg sangat2 kasar, selalu buli adik dia, kena tumbuk, kena pijak, kena ejek, akan lahirkan anak yg sifatnya penakut (si adik tadi). mereka biarkan diri kena buli sebab terlalu takut utk melawan , akibat kesan trauma yang mendalam dibuli abang atau akaknya. utk penyelesaian anak yg di didik cara macam ni yg saya nampak ialah, perbanyakkan bercampur dgn rakan2 sebaya yg terdiri dari sepupu sepapat, sebab kemungkinan besar sepupu sepapat yg sebaya takkan buli sepupu sepapatnya yg lain... ini akan membiasakan anak 'nerd' td utk belajar cara2 bercampur dgn orang. atau jugak, make sure mak bapak buat baik dgn kawan2 anak kita, mungkin dgn gurauan, ada kemungkinan besar pula kawan2 dia yg td akan mula rasa bersalah atau fikir 2 - 3 kali bila nak membuli, sebab mak bapaknya terlalu baik dan menghiburkan...

cara keempat, mak bapak yg pandai 'zahirkan' kasih sayangnya kepada anak2, maknanya anak2 'nampak' dgn jelas kasih sayang yg kita berikan dan ia tidak disalah ertikan. mak bapak yg didik anak2 dia cara macam ni akan faham salah dan silap diri mereka, kenapa kita marah, seterusnya akan jadi seorang anak yg bertanggungjawab, kalau bercampur dgn rakan sebaya pula, orangnya memilih, tak mahu bercampur yg jahat2, mereka rasa menyampah jadi jahat, nak bercampur dgn rakan2 yg cemerlang dan bijak je. memang ada anak yg mcm ni. biasanya mak bapak akan didik anaknya dgn cara kekerasan utk patuh pada kita, kemudian bila anak tadi tu 'masam muka', perlahan lahan kita datang pada mereka dgn senyuman dan lembut, dan kita terangkan yg sebenarnya kita sayangkan mereka, kemudian kita terangkan kenapa perbuatan yg dilakukan tu salah. kemudian setiap kali anak kita dlm kesedihan, marah, jangan dibiarkan, sebaliknya jadilah peluah perasaan mereka, biarkan mereka cerita masalah mereka dan kita simpan rahsia mereka, ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa malah dapat memberi kepercayaan anak pada diri kita, dan mereka pasti akan sayangkan kita.

dan akhir sekali saya nk bagitahu yg saya ni xde la sempurna sangat sebab saya bercakap dan bercerita berdasarkan pengalaman hidup saya je,saya memang minat bab2 mendidik anak ni jadi saya kaji sendiri psikologi anak2. terpulanglah pada yang nak menolak, atau menerima. assalamu'alaikum




Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:36 PM | Show all posts
wow bagusnya topik ni...

i pun single mum and facing situasi sama. Anak i manja sgt2 ..nakal pun ya...very adorable and ramah and mudah didekati. Cuma among his age tak tau lagi....sbb dia sorang2 je lagi di rumah.

Lately ni perangai dia lain sikit, ter extra nakal. Macam nak stop kan dia minat ipad?? i feel guilty sbb manjakan dgn ipad..tak la all hours but everyday mesti pegang ipad. kdg tu i sorok ipad tp nnt mak i or ayah i bg ipad.

samala dimarahnya i ni..haishh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 06:18 PM | Show all posts
DRAMATIK replied at 13-1-2016 01:14 PM
ramai yang saya tengok, mak bapak yang didik anak dengan kekerasan, 24 hours serius pada anak2, tanp ...

woww.. nice sharing.. bole la praktikkan yg no. 4 tu.. sy sndiri ada anak perempuan umur 2tahun, memang tgh lasak.. kalau ada benda dia buat nakal, sengaja conteng dinding or tumpahkan air, memang saya marah dia.. bila dah reda sikit, baru panggil dia and cakap kenapa dia x boleh buat macam tu. tapi bsok dia buat lagi  , ulang lagi proses yg sama.. memang banyak2 kena sabar bila jadik parent nih.. kt situla yg mencabar especially tuk working mom, yg dah seharian penat keje kat ofis, pastu sambung keje kat umah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan sy pun single mum, suami meninggal sejak anak dia baby lagi. Dia suka gunakan cara macam mat saleh skit, kalu anak buat salah..ada mcm kena berdiri di satu sudut for some time utk bg lesson kat anak dia.. Dgr kata jugak..tp sebabkan atuk n nenek dia rajin balik malaysia n stay dgn kawan sy ni berbulan bulan...dia jd manja sgt... Sebab kalu buat salah, ada org menangkan, kawan agak tertekan la..sebab dia nak disiplinkan anak dia..tp atuk n nenek terlebih manjakan cucu.. Skang dah masuk skola..bila sy last jumpa..sy risau jugak kalu dia jadi spoiled brat..kesian kt kawan dia tersepit
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
U...u boleh mnjakn ank u tpi bila dia salah u tetap kena hukum..tunjukkn u syg dia tp selalu citer ngan dia psl susah hidup ni..supaya dia hargai apa yg doa ada n simpati pd org lain..
Tp bila dia buat salh u boleh marah xperlu pon tinggi suara... n hukuman tetap kena ada...ajar dia kasih syg..simpati...tanggungjawab...jujur...insyaallah.. dia akn ok...budak2 biasalah kecik2 ni kdg2 susah skit..tp mkin besar nnti dia akn pndai insyaallah...kurg2 bagus juga ank u tak terlalu harapkn kawan so xdelh dia nk terpengaruh sgt dgn kawan... or takut org xnk kawan dia ikut jer apa org tu buat. Just to fit in.. risaunya slh kawan dia dpt yg jahat... so ajar jer dia kawan dgn semua..org xnk kawan sudah..gtew   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2016 07:21 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 14-1-2016 10:01 PM
U...u boleh mnjakn ank u tpi bila dia salah u tetap kena hukum..tunjukkn u syg dia tp selalu citer n ...

Konsep  anak dimanjakan Tapi kalau salah tetap kena hukum nih boleh terpakai untuk suami keatas isteri jugak tak????





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2016 01:01 PM | Show all posts
Edited by ariatumrawam at 25-1-2016 12:19 PM
mommymonster82 replied at 14-1-2016 10:01 PM
U...u boleh mnjakn ank u tpi bila dia salah u tetap kena hukum..tunjukkn u syg dia tp selalu citer n ...

Kadang terpaksa naikkan suara, sebab bila tegur elok-elok dia taknak dengar cakap. Geram la jugak, lepastu bila dia tidur malam-malam rasa sedih sebab marah dia. Haha. Ramai orang tua cakap budak zaman sekarang ni lain macam nakal dia. Risau juga, memang mencabar nak besarkan anak sekarang ni. Nak-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2016 01:02 PM | Show all posts
DRAMATIK replied at 13-1-2016 02:14 PM
ramai yang saya tengok, mak bapak yang didik anak dengan kekerasan, 24 hours serius pada anak2, tanp ...

Waalaikumussalam,

Wahh bagus perkongsian awak. Terima kasih ye.. Harap boleh dimanfaatkan oleh yang lain juga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ariatumrawam replied at 17-1-2016 01:01 PM
Kadang terpaksa naikkan suara, sebab bila tegur elok-elok dia taknak dengar cakap. Geram la jugak, ...

Biasalah naik suara kadang2 tu...bukn selalu u.... jgn amalkn selalu nanti anak xtakut...

Insyaallah u..baik kita didik dia..yg penting jgn tunjuk yg kita percaya dia bulat2..rasa xpercaya n risau tu tetap kena tunjuk...n selalu tunjuk u syg dia tp marah n sedih klu dia xbuat seperti yg u harapkan..insyaallah... semua ok.... hahaha bab jadi militan tu..klu dia dah besar nnti terpulglah dia nk jd apa... kita ibu bapa doa yg baik2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 09:39 AM | Show all posts
anak iols baru sorg...nak masok 5thn...manjalaa jugak..sebab di jaga oleh nenek...

selalu apa yg iols buat utk bia dier lembut sikit dan lebih bertolak ansor...iols selalu nasihat dia...kalo buat baik...nnt masok sorga...ALLAH syg...org sekeliling pun syg dgn kiter..nak main dgn kiter...cube kakak pk..kalo kwn kakak buat mcm kakak buat...kakak suke x??...xsuke kan..jadi jgn buat mcmtu....ada mainan main sama2...baru org suke nak kawan dgn kiter...ckp elok2...dan jgn tengking2 dgn kwn2...

so far....pendekatan nasihat ni...menjadi laa..kdg jd annoying gaklaa..sebab dier kerap tanya..maa...kwn tu ckp aku kt kakak...xbaik kan mcmtu??..masuk neraka kan??....adehh....kdg penat gak jwb soklan2 sheols...haha...

dan selalu..kalo dier berperangai baik...iols akan reward dier..bagi coklat atau kata2 yg baik2..contoh..haaa...kan baik kakak mcmni...ALLAH syg...mama syg..papa syg..kwn2 pun syg....kene jadi org baik...nnt dpt yg baik2 dkt kakak...

selalu puji2..nnt dier jd mcm yg kiter nak..cume elakkan kekerasan...sebenarnya..kekerasan ni buat anak kiter jadi egois dan degil....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.093897 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list