View: 2562|Reply: 3
|
Tak Sampai Lima Tahun Kahwin, Dah Cerai?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Perkahwinan yang dibina bukanlah untuk mencetuskan sengketa. Tetapi, setiap mahligai cinta yang terbina adalah berdasarkan rasa cinta, kasih sayang dan perjanjian untuk saling bersama ketika susah mahupun senang.
Namun, siapa yang boleh menentukan setiap kegagalan rumahtangga itu?
Foto : Google
Sebenarnya, apakah yang menyebabkan penceraian boleh berlaku walaupun usia perkahwinan yang terbina belum mencapai 5 tahun ke atas?
1) Tiada persefahaman
Hari-hari bergaduh. Masing-masing tidak mahu mengalah.
2) Pentingkan diri sendiri
Membiarkan pasangan merajuk sehinggakan ada yang makan hati.
3) Tiada lawak jenaka
Dalam kehidupan rumah tangga harus ada gurau senda. Selalu saja serius, manalah tidak dingin.
4) Tidak setia
Curang atau bermain kayu tiga memang faktor utama sebenarnya. Tetapi, harus ambil tahu juga curang yang berlaku turut disebabkan faktor-faktor di atas.
5) Hilang hormat
Suami akan hilang sabar apabila isteri mula tunjuk belang atau kurang ajar. Sekali dua, boleh dimaafkan lagi. Jika selalu? Suami angkat kaki cari lainlah jawabnya. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
semoga jodoh kita akan kekal bersama kita hingga ke sana nanti..insyllah,amin |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan lidah lagi tergigit. bertabah je la bila dah nikah..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|