CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6271|Reply: 42

[Tempatan] Khalwat: Pihak berkuasa bertindak atas aduan, bukan sesuka hati

[Copy link]
Post time 12-1-2016 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Khalwat: Pihak berkuasa bertindak atas aduan, bukan sesuka hati
Asyraf Wajdi berkata, pihak berkuasa agama akan mengetuk pintu terlebih dahulu, sebelum memasuki sesebuah rumah itu dan mereka tidak akan memecahkan pintu. - Foto arkib TRP



[size=100%]KUALA LUMPUR, 11 Januari:
Tindakan pihak berkuasa agama melakukan serbuan khalwat, bukanlah untuk menceroboh ke dalam rumah seseorang.
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bertujuan menjalankan tanggungjawab bagi melindungi agama Islam dan kesejahteraan masyarakat.
Ketika ditemu bual dalam program Persada Jurnal yang disiarkan RTM malam ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama berkata, apabila pihak berkuasa agama bertindak ke atas pasangan disyaki berkhalwat, mereka bertindak berdasarkan aduan, bukannya menceroboh rumah orang sesuka hati mereka.
“Ia berdasarkan aduan suami, isteri dan jiran. Kadang-kadang, jiran ini melihat sesebuah rumah itu mempunyai pengunjung kerap.

“Jadi, mereka membuat aduan, untuk memastikan tiada perbuatan tidak diingini dilihat golongan muda.
“Kita harus ingat, dalam Islam, ia bukan tentang konteks tunggal. Dalam Islam, kita kekal dalam konteks masyarakat.
“Oleh itu, apabila aduan diterima, mereka mesti bertindak dan ia dibuat berdasarkan aduan, mereka tidak pasang CCTV (kamera litar tertutup),” katanya dalam program bertemakan Hala Tuju Jakim dan Cabaran Masa Depan.
Tambah Asyraf Wajdi, pihak berkuasa akan mengetuk pintu terlebih dahulu, sebelum memasuki sesebuah rumah itu dan mereka tidak akan memecahkan pintu, sebagaimana dianggap kebanyakan orang terhadap serbuan khalwat.
“Ia bukan kes serangan privasi. Ia adalah untuk melindungi kesucian agama Islam,” katanya.
Beliau diminta mengulas kritikan baru-baru ini bahawa pihak berkuasa agama tidak seharusnya campur tangan dalam isu-isu sedemikian, kerana ia berlaku di rumah rakyat sendiri dan privasi perlu dihormati.
Ditanya mengenai tindakan orang-orang yang membuat kritikan itu, Asyraf Wajdi berkata, beliau juga “keliru”.
“Kadang-kadang saya juga keliru. Mereka yang bersuara adalah bekas pegawai kerajaan. Kenyataan yang mereka buat seperti mereka tidak tahu struktur kerajaan,” katanya.
Asyraf Wajdi mungkin merujuk kenyataan kumpulan pesara kerajaan Melayu berorientasi sederhana G25, kerana jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin pada awal bulan lalu berkata, dosa seseorang seperti khalwat tidak sepatutnya dihukum oleh pihak berkuasa negeri.
“Itu dosa peribadi. Dosanya dengan tuhan. Antara orang itu dengan tuhan. Mengapa harus dijadikannya sebagai satu jenayah?
“Islam kata kita tidak boleh kacau ruang peribadi.
“Ini bertentangan dengan Islam. Kamu tidak boleh mengetuk pintu rumah orang pada jam 3 pagi dan menangkap mereka,” katanya.



s

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 08:14 AM | Show all posts
zaman nabi memang ada hukum khalwat ni tapi adakah sahabat nabi pergi sana sini..ketuk rumah/hotel/bilik sana sini buat checking???
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 08:17 AM | Show all posts
kalu ketuk pintu, beri salam 3x tuan romah tak bukak misti kene beredar kan kak gosh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 08:24 AM | Show all posts
jd mn satu yg btl? nak serbu ka x nak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 08:29 AM | Show all posts
Simunggu replied at 12-1-2016 08:14 AM
zaman nabi memang ada hukum khalwat ni tapi adakah sahabat nabi pergi sana sini..ketuk rumah/hotel/b ...

zaman sekarang if u nampak jiran u bawak balik bf/gf . u rasa apa diorang  buat berdua?
u sure tau diorang berkhalwat. and call pehabat agama. u rasa apa pejabat agama buat lepas tu? duduk diam and goyang kaki?

pi rumah tu and check if berkhalwat. if takde apa.. takde apa la.. simple aje.

pejabat agama mcm artikel kat atas ckp.. pejabat agama bukan 24 jam pi round2 perumahan carik org berkhalwat. diorang bertindak atas aduan JIRAN, kenalan dan sebagainya.


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 08:47 AM | Show all posts
tengok situasi.......cam perompak laa...kalau orang merompak bawa pisau je....takkan kita nak lawan ngan parang plak..kena sesuaikan ngan senjata perompak tue...hihkhihkhikk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2016 09:47 AM | Show all posts
jiran2 dalam bab ni cepat bertindak, cuba jiran takde beras, kelaparan buat tak tahu ja
padahal jiran kelaparan tapi tak ambil tahu tu neraka jawapnya
jadi tiada kemuliaan kalau merepot atas dasar cemburu dan sakit hati
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:47 AM | Show all posts
bangcak replied at 12-1-2016 08:17 AM
kalu ketuk pintu, beri salam 3x tuan romah tak bukak misti kene beredar kan kak gosh?

Itu sebabnya dlm Islam pun ada caranya kalau mau bertamu. Bukan shj nak bertemu big boss shj nak kena buat appointmen, nak bertamu ke rumah sdra-mara pun kena ada temujanji terlebih dahulu. Elok dah Islam aturkan adab dan aturan bertamu, cuma ada juga yg terlangkau ilmu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 09:59 AM | Show all posts
tentera_laut replied at 12-1-2016 08:29 AM
zaman sekarang if u nampak jiran u bawak balik bf/gf . u rasa apa diorang  buat berdua?
u sure t ...

jadi zaman nabi tak ada org mengadu?? mereka lebih open gitu...???
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:00 AM | Show all posts
masa_lalu replied at 12-1-2016 09:47 AM
jiran2 dalam bab ni cepat bertindak, cuba jiran takde beras, kelaparan buat tak tahu ja
padahal jir ...

Wujudkah keadaan spt yg disuarakan iaitu jiran membiarkan jiran miskin kelaparan.  Rakyat M'sia yg terkenal pemurah hati, orang jauh yg ditimpa bencana lagikan ditolong, masakah jiran sebelah tak ditolong. Of courselah tak akan ditolong selama2nya tapi taklah sampai dibiarkan kelaparan/kebuluran...
Hari ini bantuan jiran memberi sekadar keperluannya, esok lusa jiran akan mencari jalan untuk dia berusaha atau menunjukkan jalan supaya dia pergi memohon bantuan ke baitulmal ke atau pusat zakat... itu sebaik2nya pertolongan drp seorang jiran kpd jiran yg dlm kesempitan.


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:05 AM | Show all posts
nolya replied at 12-1-2016 10:00 AM
Wujudkah keadaan spt yg disuarakan iaitu jiran membiarkan jiran miskin kelaparan.  Rakyat M'sia yg ...

komen awak membuktikan sikap tu wujud
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:06 AM | Show all posts
Simunggu replied at 12-1-2016 09:59 AM
jadi zaman nabi tak ada org mengadu?? mereka lebih open gitu...???

zaman nabi tak tau la aku ada org ngadu atau tak.
kita ckp sekarang ini. katakan kau keja pejabat agama, and dapat call ada org berkhalwat.. kau buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:19 AM | Show all posts
masa_lalu replied at 12-1-2016 10:05 AM
komen awak membuktikan sikap tu wujud

Dlm keadaan apapun bagi pihak orang miskin kena ada sikap jgn terlalu mengharap.  Kena sedar bahawa pertolongan manusia itu terhad, terbatas kpd keikhlasan dan orang tak akan mahu bantu untuk selama2nya. Masing2 orang juga ada tanggungjawab/komitmen yg kena ditunaikan terhadap diri dan keluarganya.  Maka yg miskin kena berusaha mencari jalan untuk keluar dari kemiskinan.  Bantuan pusat zakat ada.  Walaupun susah nak dpt spt yg didengar tapi tak harus jemu memohon bantuan, jika layak. The least, boleh mohon bantuan untuk memulakan perniagaan nasi lemak misalnya. Bantuan baitulmal juga ada bgi mendapatkan biasiswa persekolahan anak.  Seribu satu cara ada.  Celikkan sedikit pemikiran dan bertanya2lah di mana boleh mendapat pertolongan.
Baitulmal dan pusat zakat ada.  Orang perorangan, kadang2 ada kadang2 tiada.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:39 AM | Show all posts
nolya replied at 12-1-2016 10:19 AM
Dlm keadaan apapun bagi pihak orang miskin kena ada sikap jgn terlalu mengharap.  Kena sedar bahaw ...

memahami itu lebih baik dari komen panjang2
komen panjang tak mengisi perut yg kelaparan
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:41 AM | Show all posts
tentera_laut replied at 12-1-2016 10:06 AM
zaman nabi tak tau la aku ada org ngadu atau tak.
kita ckp sekarang ini. katakan kau keja pejabat ...

kawan akak call tapi pej agama jawab "hari ni kita tak buat operasi"
camne tu?


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:45 AM | Show all posts
kelanci replied at 12-1-2016 10:41 AM
kawan akak call tapi pej agama jawab "hari ni kita tak buat operasi"
camne tu?

cam tu aje la. at least akak dah jalankan tanggungjawap org islam. kalau boleh bagi nasihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg x bagi pihak berkuasa buat serbuan tu takut x leh buat maksiat kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:02 PM | Show all posts
terjah jgn x terjah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:12 PM | Show all posts
masa_lalu replied at 12-1-2016 10:39 AM
memahami itu lebih baik dari komen panjang2
komen panjang tak mengisi perut yg kelaparan

Hidup lama pun tak bererti jika erti hidup tak dpt difahami.  Melihat perlu dgn mata hati, berusaha harus  sekudrat tenaga, boleh iri tapi jgn dengki dan berdoa setelah berusaha.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 04:08 PM | Show all posts
nolya replied at 12-1-2016 12:12 PM
Hidup lama pun tak bererti jika erti hidup tak dpt difahami.  Melihat perlu dgn mata hati, berusah ...

my reply to this same as previous
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.192259 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list