CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15760|Reply: 79

Edisi Ribena : Mia Sara sudah berhijab tapi.....

[Copy link]
Post time 11-1-2016 05:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by espri6006 at 11-1-2016 05:53 AM


  


Mia, ketika mengerjakan ibadah Umrah Disember tahun lalu.

"PETALING JAYA: Pelakon kanak-kanak Mia Sara, 11, mengambil keputusan bertudung sejak pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada tiga minggu lalu.

Bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, anaknya meluahkan keinginan itu sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahun lalu dan hal tersebut mendapat sokongan baik oleh keluarganya.

"Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak.

"Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih lagi belum akil baligh," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.

Bagaimanapun Ridhuan berharap agar Mia tidak dikritik memandangkan anaknya itu masih lagi mengikat kontrak untuk beberapa drama yang memerlukannya tidak bertudung.

Mia, ketika mengerjakan ibadah Umrah Disember tahun lalu.
"Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.

"Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Ridhuan, sekiranya selepas ini Mia kurang mendapat tawaran kerana perubahan imej itu, dia dan anaknya sedia menerima perkara itu dengan hati yang terbuka.

Malah Ridhuan yakin, niat baik anaknya mahu bertudung akan memberi rahmat dan mungkin rezeki yang diberi bukan daripa bidang seni lakonan.

"Rezeki kita adalah daripada Allah, bukan manusia yang tentukan. Saya percaya Mia sudah bersedia dengan segala kemungkinan," tuturnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mia bakal muncul menerusi telefilem Supergame Boy pada Mac ini selain menjadi duta kepada produk kesihatan Caliph Supplement.

Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya, MS Couture.

***Mstar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2016 05:53 AM | Show all posts
Tahniah dan Good Luck untuk perniagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 06:01 AM | Show all posts
dah lama tak nmpk dia berlakon kecuali kat astro ceria tu je... dah xcomel dah skrg
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik comey yg amat...dah besar makin timbul rupa bapak....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mia sara pun ada jnma tudung senditi. Waahhhh. Kesian tgok bbdak ni. Tua sblum waktunya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpa mia. Kalau xda tawaran sangat pun, mia redha k. Pasni mia bleh enjoy childhood / teenage life mcm orang2 normal lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2016 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Org bniaga tudung dia pun nak bniaga tudung,cubela buat bisnes lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 07:23 AM | Show all posts
Aa makin lama kopipes muka bapak sgt ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck mak cik ucapkan mia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 07:48 AM | Show all posts
ok la tu ceburi biz, jual skali tudung kanak2 jubah kanak2 pasti laris
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 07:53 AM | Show all posts
teringat zaman kanak2 citer Oh Fatimah-lakonan badul tuh.. heroin raja norbaizura, anak depa dlm citer tu si norsyuhaibah.. masa kecik kiut la..
pandai benor bercakap..
now dh ebsar ade la blakon jd jahat dlm citer gerak khas.. mmg kesian tgk..

yg masa kecik blakon n survive sampai besar anak2 Ngasri jek ngan sepupu sepapat dia.. now pon dah kureng belakon kecuali Bell.. Anne pun dah kureng.. Darling lps nikah x blakon lgsg kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:13 AM | Show all posts
Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya, MS Couture.

tetiba pulak dh ade perniagaan tudung... hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:21 AM | Show all posts
chinta89 replied at 11-1-2016 12:13 AM
Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya ...

sesuatu sgt kan???

apa pun, aku doakan yg terbaik je utk budak kecik ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak ni dari umur kecik lg dh start berlakon. Harap segala duit hasil dia berlakon tak disalah gunakan oleh bapak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:33 AM | Show all posts
makton replied at 11-1-2016 08:21 AM
sesuatu sgt kan???

apa pun, aku doakan yg terbaik je utk budak kecik ni

harap dia teruskan perubahan yg baik dlm hidup dia.. xmo hentam tp terhentam gak sb tetiba ade jenama sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:37 AM | Show all posts
gudluck dengan perniagaan ye dik mia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
makcik tak tau la  knp tk pnh suka mia  berlakon
sorry ye mia
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:48 AM | Show all posts
niat tu dah bgs mia, teruskan yea
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:48 AM | Show all posts
x minat sgt Mia berlakon...berlakon jadi bdak bandar je.....bkn comel sgt pun...gelabah je budak ni!!huuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
statement dh mcm artis dewasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.362360 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list