Tiga Bola Besi dari angkasa jatuh di Vietnam
Tentera Vietnam Siasat Misteri 'Bola Angkasa'
Posted by Kita Bantai
Gambar yang diambil pada 2 Januari lalu menunjukkan sekumpulan pegawai tentera memeriksa sebiji bola logam yang jatuh di wilayah Tuen Quang. Foto AFP
HANOI: Tentera Vietnam sedang menyiasat misteri tiga bola logam, dipercayai merupakan serpihan dari angkasa yang jatuh di utara negara itu, kata seorang pegawai kanan tentera pada Jumaat.
Jurucakap tentera, Leftenan Jeneral Vo Van Tuan memberitahu AFP bahawa dua bola logam ditemui di barat laut wilayah Yen Bai pada 2 Januari lalu.
Tambahnya, sebiji bola lagi bersaiz lebih besar dengan berat kira-kira 45 kilogram jatuh di ladang jagung di wilayah Tuyen Quang.
"Kita masih mengenal pasti dari mana ia datang," katanya, sambil menambah bahawa pihak tentera telah menentukan bahawa ia tidak mengandungi bahan letupan atau berbahaya.
Beliau berkata, kesemua bola logam itu jatuh dari langit sehingga ia membimbangkan penduduk tempatan.
Saksi memberitahu media tempatan bahawa mereka mendengar bunyi seperti guruh sebelum bola-bola berkenaan jatuh ke bumi.
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan mengumumkan hasil siasatan. - AFP
Benda yang sama ker .. captured in this bidio ... somewhere in th on 2 jan 16
Selfie Stick-Wielding Thai Man Gets a a Surprise as Space Debris Fly Across
A Thai man using a selfie stick got a surprise on Saturday, January 2, when he spotted something flying across the sky while he was filming himself. Charnchai Jardpimai was using his selfie stick in Phitsanulok province, four hours north of Bangkok, when, what is believed to be debris from a Russian rocket, whizzed across the sky.Jardpimai, and many others, believed the object to be a meteor, however the National Astronomical Research Institute of Thailand said it was likely debris from a Russian rocket. The rocket was ejected following the launch of a weather satellite from Kazakhstan on December 11. A website that tracks material in space predicted the debris would reenter the Earth’s atmosphere on January 2.
transformers atau aliens dari mars tu, depa buat mesin depa betul betul la, mane ader jatuh jatuh sana sini macam tayar LRT yang siap jatuh atas wartawan tuh.