View: 4246|Reply: 3
|
Sambal Ikan Bilis Pembangkit Selera
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Foto : muaturunsini.blogspot.com
Penulis ingin kongsikan cara-cara menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis yang dipetik dari Azie Kitchen. Sambal tumis ikan bilis amat sesuai dijadikan sebagai penambah selera lebih-lebih lagi ketika tiada selera makan.
Selain itu, nak lebih sedap boleh tambah petai. Jom kita cuba resepi dibawah.
Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis – digoreng layu
1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering – buang biji, rebus & kisar
1 biji bawang besar – hiris
1 keping asam/air asam jawa
Garam secukup rasa
3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula Melaka - opsyenal
Bahan kisar:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
Secubit ikan bilis mentah
Sedikit belacan bakar - opsyenal
1 biji buah keras – opsyenal
Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit. Boleh tutup kuali supaya sambal tak meletup letup dan terpercik ke tangan.
Bila cili benar benar masak garing dan terbit minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.
Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam keping, gula, gula merah dan garam secukupnya serta bawang besar hiris.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Resepi ini tidak diletakkan bawang putih. Sambal dikatakan lebih sedap jika tidak mengunakan bawang putih.
Boleh tambah buah keras untuk menambahkan lemak pada sambal.
Boleh juga gunakan cili merah hidup sebagai menggantikan cili kering. Sangat sedap, berwarna cantik dan tidak perlu ditumis terlalu lama.
Boleh juga jika ikan bilis tidak digoreng terlebih dahulu, terutama jika ikan bilis yang berkualiti tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih, nak cuba tak guna bawang puteh ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tanpa bawang putih ye..... menarik ni... nak cubalah... |
|
|
|
|
|
|
|
tak penah lagi letak buah keras... |
|
|
|
|
|
|
| |
|