CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11376|Reply: 87

Marsha Mahu Jaga Suami Sebaik Mungkin Untuk Dapat Pahala

[Copy link]
Post time 8-1-2016 09:34 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Penyanyi Marsha Milan Londoh berharap dapat menjaga suaminya iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail sebaik mungkin memandangkan ia merupakan salah satu cara mudah untuk mendapat pahala dalam Islam.

Marsha, 31, berkata, perkara itu juga membuatkan dia berasa lebih seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri selain bersyukur mempunyai seorang suami yang tidak cerewet dalam segala hal.

"Baru saya tahu, kelebihan menjaga suami mendatangkan banyak pahala dan pahala itu juga adalah bekalan buat kita ke syurga.

"Itu membuatkan saya lebih seronok bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, syukur," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Marsha dan Shaiful, 29, telah bernikah pada 31 Disember 2015 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin lelaki di Georgetown, Pulau Pinang.

Sementara itu, Marsha menyifatkan perkahwinannya itu adalah fasa baharu dalam kehidupannya dan banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi isteri yang sempurna.

Foto terbaharu Marsha dan suaminya. Foto dipetik daripada Instagram Marsha.


"Satu permulaan yang baru dan banyak perkara baru saya perlu belajar. Maklumlah sebelum ini hidup sendiri, sekarang dah bersuami, jadi kenalah siapkan makan, pakaian suami dan perkara lain.

"Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik InsyaAllah," ujarnya.

Dalam pada itu kata Marsha, dia dan suami masih belum merancang sebarang berbulan madu memandangkan mereka sibuk dengan beberapa urusan lain.

"Kami belum memikirkan mana-mana lokasi sesuai untuk berbulan madu kerana ada beberapa tanggungjawab yang harus didahulukan.

"Selepas semua selesai barulah kami dapat berbulan madu. Berkenaan dengan rancangan keluarga pula, kami sedia sekiranya diberikan rezeki anak," ujarnya.

Marsha juga memberitahu suaminya suka masakannya seperti cucur tauhu atau mee goreng asam laksa. Suaminya juga sukakan makanan Sabah iaitu Serunding Tuhau manakala makanan Utara pula kari kepala ikan.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada Jumaat ini di Hotel Majestic dekat sini.

Mohamed Shaiful Nizam dan Marsha sudah mengenali sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik di antara mereka sejak dua tahun lalu.

Marsha memilih untuk memeluk Islam selepas terbuka hati untuk berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 09:51 AM | Show all posts
alhamdullillah semoga menjadi isteri yang solehah...

cc: Michael Ang
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:53 AM | Show all posts
muka Marsha kat sini iras Shin Min Ah lak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
AprilLova replied at 8-1-2016 09:53 AM
muka Marsha kat sini iras Shin Min Ah lak

A'ah,iras ckit2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:05 AM | Show all posts
selamat berbulan madu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:07 AM | Show all posts
semoga istiqomah je lah
memule ni biase lah, mudah beria
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2016 10:24 AM | Show all posts
hahaha marsha mmg cantik, xperlu apply heavy makeup pun...masa tu makan dkt village view, my son lari2 trlangar marsha...tp marsha yang concern keadaan my son....takut luka ke apa ker...
she will be a good mom nanti...insha Allah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:35 AM | Show all posts
marsha ni nampak mudah dibentuk ke arah kebaikan sebenarnya. in the first place dia pun bukan urban sangat....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 10:55 AM | Show all posts
terharunye ble dgr org mualaf ckp mcm tu...hrp hsbd die dpt bimbing die ke jalan yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 11:05 AM | Show all posts
cantik jer minah ni... kawan aku sep2 mamak mami penang la, hupload gmbar marsya dengan husbnd dia masa nikah dengan berinai kot cantikkkk sangat, theme bollywood
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols nk minta resepi mee goreng asam laksa plishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 11:38 AM | Show all posts
Kang nanti ustat ustazah wannabe suruh pakai tudung. Kurang dosa utk suami katanya. Pffffftttttt
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:08 PM | Show all posts
bagus marsha ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
baguslah, lepas ni harap kurangkn berlakon bagai
pokus pd suami dan bakal ank2 je
itulah sebaiknya.
rasa pelik kalo tgk org dah berlaki tp kije teruk kaw2 ngalahkn ibu tunggal sedangkn ibu tunggal pun sebenarnya tak perlu keluar mncari nafkah tuk ank2 sbb tu tanggungjawab wali( sedara lelaki sebelah suami).
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:13 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 8-1-2016 10:35 AM
marsha ni nampak mudah dibentuk ke arah kebaikan sebenarnya. in the first place dia pun bukan urban  ...

kann.. baik2 jeh pangai..
x penah dgr gosip terok2 psl dia...
plg abis pon seksi je
somi pon cam sopan je bentuknya...
tggu marsha berhijab plk...

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:54 PM | Show all posts
enchikfitz replied at 8-1-2016 11:38 AM
Kang nanti ustat ustazah wannabe suruh pakai tudung. Kurang dosa utk suami katanya. Pffffftttttt

betul lah tu.... nk dptkan pahala tapi dlm waktu yg sama buat dosa? acaner tu ? Dia memang lah tak arif sebab baru je muslim...yg suami tu, tarbiahlah isteri tu. Mulakan dgn tutup aurat...solat 5 waktu jgn tinggal....kalau tidak lakibini pikul dosa.... saya bukan ustazah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 03:32 PM | Show all posts
doakan je..

dia istiqamah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 03:38 PM | Show all posts
ameen..mudah-mudahan terus dibimbing si suami sbaiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 04:05 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan. Amin

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 04:14 PM | Show all posts
amin mudah-mudahan ya jangan jadi seperti sesetengah wanita punya sifat egois, pemalas, harapkan bibik ga mau layan somi dan bila somi cari wanita yang bisa bahagiakan dia terus dimak somii dan merasa dirinya dianayai somi padahal ga pernah muhasabah apa yang terjadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.518259 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list