KEMURAHAN HATI YANG TELAH DISALAHGUNA...
Rentetan dari kisah yang dipaparkan melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV 3 pagi tadi, satu siasatan ringkas telah dibuat bagi membantu keluarga tersebut. Tapi malangnya lain pula yang terjadi...
Hasil siasatan itu, didapati beliau telah memalsukan dokumen dan maklumat. Di Selangor, beliau menggunakan alamat di Seksyen 8, Shah Alam. Di Kuala Lumpur pula beliau menggunakan alamat di Sentul, Kuala Lumpur. Oleh itu beliau telah dan sedang menerima bantuan dari kedua-dua belah pihak...
Itu sebab pentingnya beberapa syarat dan "simple birokrasi" semasa permohonan bantuan bagi mengelakkan penyalahgunaan dokumen dan pemalsuan maklumat. Jika dengan simple birokrasi ini pun, masih berlaku unsur-unsur pemalsuan, apatah lagi jika tiada syarat-syarat dan birokrasi...