CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2551|Reply: 1

Ketulan PopCorn Ayam Homemade

[Copy link]
Post time 5-1-2016 06:39 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : Fyruz Hanna


Dah lama mengidam nak makan ketulan bertih ayam dalam bentuk yang kecil rangup dan panas-panas. Makan bersama ketika menikmati filem kegemaran atau sekadar lepak bersama kawan-kawan dirumah. Mudah je sebenarnya, kamu hanya perlu sediakan isi ayam




BAHAN-BAHAN:


500 gm dada ayam | dipotong dadu
2 ulas bawang putih| dikisar
½ sudu teh garam
¼ sudu the serbuk lada hitam
½ cawan tepung
2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar
¼ sudu teh paprika
¼ sudu teh serbuk lada sulah
¼ cawan mentega
2 biji telur | dipukul
3 cawan minyak masak


CARA MEMASAK:


1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.


2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.


3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.


4. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.


5. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.


6. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.


7. Toskan minyak dan sedia un tuk dihidangkan.


Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti


Sumber : Rasa/karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 11:19 AM | Show all posts
wahh... boleh try ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.044915 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list