CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8686|Reply: 19

Kita Serumpun Dengan Indonesia Dan Filipina

[Copy link]
Post time 5-1-2016 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu




1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik dan
c. Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)
c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan – dngan atau dangan)
d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat)
f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan
mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.
b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :
a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.
2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.
3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat
6. Banyak menggunakan partikel “pun’ dan `lah’

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.
4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).
5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
wawi ...........m
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:17 PM | Show all posts
Edited by aswand at 5-1-2016 03:27 PM
Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

kata ahli siapa pulak “Mo-Lo-Yue” itu semenanjung?, “Mo-Lo-Yue” adalah kerajaan melayu purba jambi,,mayoritas ahli ahli sejarah sepakat kalau “Mo-Lo-Yue” itu adalah jambi
sudah jelas tertulis di PRASASTI Prasasti Amoghapasa dan Prasasti Padang Roco yang terdapat di hulu sungai batanghari jambi, darmasaraya yang sekarang masuk sumatera barat
1. Prasasti Amoghapasa

Berikut isi prasasti Amoghapasa tersebut:
1. “subhamastu +śaddharmaśca suwarddhana ātmamahimāso bhāgyawān sīlāwan
2. sāstrajñā suwisuddha yogalaharīśo bhāpraweṛdhāsate saundaryyegiri kandarā anvitagaje sandohawāṇīpra māyāwairiti miśra dhikkeṛta mahānā Adityawarmmodayaḥ tadanu 3.
guṇasameṛddhiḥ ssastrasāstra praweṛḍdhiḥ jinasama yaguṇābdhiḥ kāryya saṃrambha buddiḥ tanumadana wisuddhiḥ atyatā sarwwa siddhiḥ dhana kanaka samāptiḥ Dewa Tūhan Prapātiḥ 4. pratisthoyaṃ sugātānaṃ ācāryyandharmma sekaraḥ nāmnā gagaṇa gañjasya Mañjuśrīriwa sauheṛdi pratisthoyaṃ hitātwāya sarwwasa twāsukāśraya dewa iramoghapāsesaḥ Srīmada 5. 5.Adityawarmmaṇaḥ mūla dwauśaraṇe pataṅgacaraṇenardā antasāke suge bhāsmat karkkaṭakedinai rapitayā pūrṇṇenduyogāyate tārairuttara siddhiyoga ghaṭikā kāruṇya mūrttaswarāt 6.jīrṇairud dharitā samāhita lasatsambodha mārggā artthibhiḥ swasti samasta bhuwanā dhārahāṭaka bhāwa āśrama gṛahā abiśārada apāra mahāyāna yoga wijñāna winoda apicadha rādhipa 7.pratirāja bikaṭa saṃkaṭa kirīṭakoṭi saṅha nitaka maṇidwa yanāṭaka kāraṇa Srīmat Srī Udayādityawarmma Pratāpa Parākrama Rājendra Mauli māli warrmmadewa Maharājā Dhirāja sa 8.bijñeyā mājñāṅ karoti bihaṅa mātāṅga bilāṣasobhite kāntāra saugandhī  suru dramākule surāṅanā lākhita kāñcanālaye mātaṅginīsā asura dīrghikāgate Mātāṅginīsāanu bhawa dhibiśeṣon 9.mādasandohahāhā akiladitisutānān dewa bidyā adharesaḥ apimadhukara gītairnnarttya bhogāsitīnām acalaticala tirttassobhamātāṅginīso  hāhāhūhū kaṇena sambhra malasatlo 10.kārtthabhūmyā gataḥ saundaryyesasi pūrṇṇawat kusalabhe heṛtsobhatālaṅkṛte  nāmnā uddhayawarmma gupta sakalakṣoṇī patināyakaḥ saḥtyaktwājinarū pasambhramagato 11.mātaṅginīsūnyahā rakṣannaḥ kṣayatā wasunda haramidammā ataṅginīpātraya ritāsarwwasva saṃhārakeṛt sakṣet kṣāntibalā abilāsidamane saṃbhrānta kūlossada patiḥ pratyada lānane
12prakaṭitakrūrai palāśannati bajra prakāramaddhyasthā pratimāyaṃ jinālayaḥ śrīmānnamoghapāsesaḥ hariḥ udayasundaraḥ surutarudita pāṇissatyasaṅgītawāṇiḥ ripuneṛpajitakīrttiḥ puṣpa
13.dhanwāstramūrtiḥ Malayapura hitārtthaḥ sarwwa kāryyassamartthaḥ  guṇa raśila wibhātiḥ Dewa Tūhan napātiḥ udaya parwwata sobhitarūpatiḥ udayabhti nareswaranāyakaḥ udaya 14.wairibalonnatameṛddhyate udaya sundara kīṛttimahī tale”  
TRANSLATE
lihat No. 13...... Malayupura ---------> artinya = KOTA MELAYU
terjemahan lengkap :
  • Salam sejahtera.
  • Dia, yang memelihara keyakinan dengan benar, Dia, yang memiliki jiwa yang besar, Dia, yang berbudi luhur yang selalu dicintai, Dia, yang mengetahui isi kitab suci, Dia, yang paling unggul, yang sangat taat dan melatih diri, dan Dia yang berkarakter mulia, Dia, yang semua ini karena sandoha Anda dan harapan Anda, Dia yang mengetahui dan mengalahkan musuhnya, Dia yang membenci (kegelapan) perpecahan, Dia yang paling hebat, Dia adalah ādityavarmodaya.
  • Dia yang diberkahi dengan semua kebajikan, Dia yang sangat berpengalaman dalam perdagangan senjata, dan fasih dalam segala ilmu, Dia bagaikan lautan kebajikan seperti yang diharapkan oleh umat Buddha, Dia yang tahu bagaimana menangani hal-hal dengan bijaksana, Dia yang mengisi tubuh dan nafsunya dengan kemurnian, Dia yang [...][Catatan 1] mencapai apa-apa, Dia yang telah memperoleh kekayaan dan emas, Dia Deva (Kṣatriya) Tuhan, para Patih.
  • Pratista kehormatan Buddha telah dilakukan oleh Acarya (Pendeta guru) Dharmaśekhara, atas nama Gagaṇagañja, Dia yang rendah hati seperti Mañjuśrī, telah ditahbiskan untuk keselamatan (persatuan) dan kebahagiaan dari semua makhluk oleh Devair Amoghapāśa, Dia Raja yang Mulia ādityawarmman.
  • saat Matahari pada orbitnya pada tahun 1269 Saka[Catatan 2], [...][Catatan 1] saat bulan purnama pada waktu posisi bintang di utara; yoga di Siddhi, dan setengah jam Kāruṇya; muhūrta svarāt; memulihkan keadaan sebelumnya[Catatan 3]; [...][Catatan 1].
  • Salam (untuk anda), dari dukungan seluruh dunia, yang menguasai emas, yang mengetahui segala tingkatan hidup dan sosial.
  • Dia yang memiliki pengetahuan mendalam tentang Mahayana yang tiada terbatas, Dia yang telah menaklukan bahaya dan mengumpulkan seluruh permata dari jari-jari musuhnya, Dia di antara para penguasa di dunia ini, Dia yang telah mencapai keagungan.
  • Maharājādhirāja Śrīmat Śrī-Udayādityavarmma Pratāpaparākrama Rājendra Maulimāli Varrmmadeva, Dia yang berkuasa untuk diketahui semua.
  • di negeri yang memiliki emas, indah dengan kicauan burung dan gajah serta aroma hutan menyenangkan yang dihiasi oleh peri surga dengan kolam yang dikunjungi oleh Mātaṅginiśa dan Asura'.
  • Tuan dari semua Dewa, sandoha yang sangat berlimpah hāhā [...][Catatan 1].
  • hāhāhūhū, yang dinikmati [...][Catatan 1], indah bagaikan bulan purnama saat posisi rasi bintang yang baik, yang dihiasi oleh kebaikan hatinya, dan di bawah nama Udayawarmmagupta, pemimpin dari semua penguasa dunia, yang telah melepas dari bentuk Jina datang ke bumi untuk membantu dunia menghapus perasaan hampa di Mātaṅgini (ratu).
  • Semoga [...][Catatan 1] dari Mātaṅgini yang melindungi bumi ini dari pembusukan, menikmati harta yang telah dikumpulkan karena prestasinya sebagai prajurit, dengan kekuatan kemurahan (pengampunan), Dia yang bersabar, Dia yang menahan diri, Dia yang rendah hati dari keturunan yang sangat baik, Dia, Patih [...][Catatan 1] yang telah menunjukkan keunggulannya dalam menghukum orang jahat.
  • Patung yang berdiri ditempat pemujaan Buddha (Jina) ini adalah Tuan yang Mulia Amoghapasa sebagai sinar Udaya (Matahari terbit) yang indah.
  • Dengan tangan (kekuasaan) [...][Catatan 1] yang setuju dengan kebenaran, mereka yang telah mencapai ketenaran dengan menaklukkan musuh-musuh kerajaan, yang memiliki penampilan bagaikan seperti anak panah Tuhan, demi kemenangan tertinggi untukMalayapura, yang berpengalaman dalam segala hal, yang unggul dan diberkahi dengan banyak kebajikan, Dia adalah deva-tuhan, para (patih) raja muda.
  • Udaya yang bersinar di atas gunung (Matahari terbit)[Catatan 4], berbakti kepada Udaya [...][Catatan 1] Udaya yang rendah hati, yang ditakuti musuh, yang mulia di bumi ini.
lihat tulisan bercetak MERAH ,,,,Jelas bukan kalau Jambi itu adalah Melayu,,,kata "melayu" adalah pinjaman dari kerajaan melayu tua jambi oleh sarjana dan ahli sejarah barat untuk menyebut penduduk di Asia tenggara khususnya penduduk kepulauan, dan oleh Negara malaysia modern di jadikan identitas bangsa.sejatinya kata "melayu"itu adalah milik Jambi.


2. Prasasti Padang raco



  • Bahagia ! Pada tahun Śaka 1208, bulan Bādrawāda, hari pertama bulan naik, hari Māwulu wāge, hari Kamis, Wuku Madaņkungan, letak raja bintang di baratdaya ...
  • Tatkalai itulah arca paduka Amoghapāśa lokeśwara dengan empat belas pengikut serta tujuh ratna permata dibawa dari bhūmi jāwa ke swarnnabhūmi, supaya ditegakkan di dharmmāśraya,
  • sebagai hadiah śrī wiśwarūpa kumāra. Untuk tujuan tersebut pāduka śrī mahārājādhirāja kŗtanagara wikrama dharmmottunggadewa memerintahkan rakryān mahā-mantri dyah adwayabrahma, rakryān śirīkan dyah sugatabrahma
  • samagat payānan hań dīpankaradāsa, rakryān damun pu wīra untuk menghantarkan pāduka Amoghapāśa. Semoga hadiah itu membuat gembira segenap rakyat di bhūmi mālayu, termasuk brāhmaņa, ksatrya, waiśa, sūdra dan terutama pusat segenap para āryya, śrī mahārāja śrīmat tribhuwanarāja mauliwarmmadew
lihat No .4 tertera di situ tulisan "bhūmi mālayu" artinya -------->= TANAH MELAYU

jadi tidak benar jika ada ahli yang mengatakan bahwa kerajaan Melayu kuno/tua itu ada di semenanjung,,,,,Jangan mengada-ada dech untuk memperkuat klim sejarah,,,,jika bukti tidak ada di semenanjung sendiri/khusunya berupa tulisan kuno/prasasti yang menyebut kota atau tanah melayu di semenanjung,,, jambi jelas punya bukti KONKRIT/NYATA  bahwa jambi adalah pemilik sah kerajaan melayu dan mewarisi dan menyebarkan budaya melayu ke nusantara ini.

dan jika ingin jelas mengetahui tentang Jambi yang juga sekaligus sebagai ibu kota sriwijaya baca threads di bawah iniPART 1
PART 2


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:07 AM | Show all posts
Macamana Melayu Champa yang "kuno" terhasil dari Bahasa Melayu yang "moden"?



Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:09 AM | Show all posts
Macamana Melayu Champa yang "kuno" terhasil dari Bahasa Melayu yang "moden"?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 11:19 AM | Show all posts
aik bukan ke tu pasal Adityawarman..tak semestinya ada di prassati tu diklaim lebih awal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2016 03:01 PM | Show all posts
the_killer replied at 11-1-2016 11:19 AM
aik bukan ke tu pasal Adityawarman..tak semestinya ada di prassati tu diklaim lebih awal

Bahasa Melayu di zaman Adityavarman agak risiko digelar Bahasa Melayu "Moden"?

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut je rajah tu, kajian pun mcm mengarut, ada ke patut bhasa melayu cham tu bhasa moden, bahasa melayu cham tu bahasa kuno lebih tua dri bahasa jawa.

Bahasa melayu cham bukanya pecahan dri sulawesi & sunda, spe punya kajian ni, klu geng jawa minang punya prof mmg aku skeptikal, diorg ni kaki klem semua benda dtg dri yindon, even org kelantan pun dikatanya dri yindon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2016 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada plak forumer yindon duk klem pemilik & penyebar budaya kerajaan melayu nusantara tu dri yindon, apsal org patani x makan tempe, awat org segenting kra x ckp ngompol ngobrol wong...

Bahasa campa tu sub polinesia bukannya sub sulawesi dri selatan, tpi melayu campa ada beberapa persamaan dgn suku di assam & tibet.

Dan tolong jgn klem semua org melayu malaysia dri indon..:
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 12:44 PM | Show all posts
turboturtle replied at 26-2-2016 03:55 AM
Ada plak forumer yindon duk klem pemilik & penyebar budaya kerajaan melayu nusantara tu dri yindon,  ...

Cut/Paste:

"Bahasa campa tu sub polinesia bukannya sub sulawesi dri selatan, tpi melayu campa ada beberapa persamaan dgn suku di assam & tibet."

We being lumped together as "Austric people": the Austronesian and our brothers the Austroasiatic of the southeast foothills of the Himalaya and the Yunnan of South China are surely related genetically as well as linguistically. Studies are still ongoing, but it looks like we are trending toward that way.

http://www.jstor.org/stable/3623133?seq=1#page_scan_tab_contents

cut/paste:
"When we first eliminated from the Siamese vocabulary all the Chinese, Sanskrit and other Indian words, we will get a stock-residue a Malay tongue....."

What I just said is old theory and old scholars studies. New studies are ongoing, but scholars do not be-little one another work. They merely compare methodologies, data and conclusions.

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 11:05 PM | Show all posts
Edited by turboturtle at 26-2-2016 11:07 PM
radhi replied at 26-2-2016 12:44 PM
Cut/Paste:

"Bahasa campa tu sub polinesia bukannya sub sulawesi dri selatan, tpi melayu campa a ...

"the Austronesian and our brothers the Austroasiatic of the southeast foothills of the Himalaya and the Yunnan of South China are surely related genetically as well as linguistically"


Kajian ni semua pun banyak yg berteori kan... bukan 100% tepat, sebab Melayu ni dah banyak berevolusi dgn perkahwinan pedagang dri banyak tempat, sbb tu kulit & rupa bermacam-macam.

"Studies are still ongoing" bermakna diorg x pasti kesahihan 100%.


"but it looks like we are trending toward that way" menarik, mungkin ada bukti baru, kita perlukan bukti secara laporan dokumen DNA & artifak


Tapi kalu tgk pada teori dari barat ke timur & utara, timur & utara ke selatan mmg ada logik nya wujud Melayu champa, langkasuka.


Mungkin dari benua afrika ke madagaskar & india ke jawa & malaysia, sbb jawa pun banyak pengaruh sanskrit & hindu.


"When we first eliminated from the Siamese vocabulary all the Chinese, Sanskrit and other Indian words, we will get a stock-residue a Malay tongue....."
Dapat bahasa melayu champa kan, kerajaan melayu champa & langkasuka wujud dari tahun 100 masihi - 1000++ tanpa ada pengaruh sulawesi & jawa. Kemudian baru Sri wijaya ada pengaruh ke atas langkasuka, mungkin ada evolusi bahasa tapi tak mempengaruhi budaya, makanan & dialek melayu langkasuka


Jadi teori jawa kaki klem yg konon sahih tu mmg merapu. Adat, makanan bahasa & budaya yindon cuma terpakai di selatan & barat semenanjung. Tidak di pantai timur & utara. Kalu ikut teori jowo org2 malaysia semua dtg dri tanah yindon, seolah-olah xada manusia di tanah melayu sebelum tu, cuma hutan & beruk sahaja







Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 11:11 PM | Show all posts
Teori dari selatan ke utara , org melayu kemboja & patani suka makan tempe ehh, ngompol kesurupan x ditutur di kelantan & kedah
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 02:26 AM | Show all posts
sejarah di atas ditulis oleh orang yang sempit ilmu berkenaan 'Melayu' tetapi nak jugak tulis Sejarah ... banyak yang tidak ditulis seperti:

1) Berpuluh2 biji batu bersurat di Selatan Thai ( Chaiya) hingga ke Indochina yang ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno ...

2) Macam mana boleh cakap Bahasa Melayu berasal drpd Sumatra sedangkan di sana mereka ada banyak bahasa dialek daerah yang orang Maleyu dengar pon takkan faham? Tempat asal Bahasa Melayu ialah di mana penduduknya hanya ada 1 bahasa tunggal sahaja .. takda bahasa suku kaum .... yang cakap 1 bahasa sahaja iaitu orang Patanni, Kelantan, Terengganu dan Pahang ....

3) Melayu Deutro = Melayu Proto (hitam legam Negroid) + Cina Yunan + Arab + India ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 02:38 AM | Show all posts
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat ini menceritakan Palembang BARU DITAWAN oleh askar Srivijaya .....

Si bangang ni tak reti bahasa Melayu kuno, dia ingat Palembang itu pusat Srivijaya

Srivijaya pada masa itu TELAH LAMA WUJUD DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU ... iaitu Melayu Kedah Tua, Negara Sri Dharmaraja/Melayu Ligor dan Langkasuka (Patanni + Kelantan) ... sebab itu lah namanya Semenanjung TANAH MELAYU .... SEBAB SINI ASAL MELAYU ... bangang ... bahlul ....jawapan dah ada depan mata pon bangang tak paham lagi ...

Tujuan menawan Sumatera hanyalah untuk melengkapkan penguasaan ke atas Selat Melaka ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Serumpun??? Ewwwww
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:43 AM | Show all posts

Serumpun.......tapi di pecahkan oleh Illuminati dengan sempadan secular.

.....then kita tidak "dialog" tapi "argue" with the "secular border" in the background.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2016 09:05 PM | Show all posts
Edited by aswand at 16-4-2016 09:22 PM
cmf_WonBin replied at 29-2-2016 02:38 AM
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat ini menceritakan Palembang BARU  ...

10 bukti sriwijaya menurut ithsing  jelas ada di sumatera,,,,jambi dan palembang,,,terutama jambi
ANALISIS  lokasi SRIWIJAYA DARI TINJAUAN ARKEOLOGI, GEOLOGI, GEOMORFOLOGI, ASTRONOMI dan BUDAYA
berikut sudah saya tulis,,,,klik disini :

1DIMANAKAH LETAK KERAJAAN SRIWIJAYA,PALEMBANG?JAMBI?RIAU?BIARO? OR CHAIYA ,part 1

2.DIMANAKAH LETAK KERAJAAN SRIWIJAYA,PALEMBANG?JAMBI?RIAU?BIARO? OR CHAIYA ,part2


hihihihi malu malu,,,seluruh dunia juga tahu sriwijaya ada di sumatera,
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 09:21 PM | Show all posts
Edited by aswand at 16-4-2016 09:25 PM
cmf_WonBin replied at 29-2-2016 02:26 AM
sejarah di atas ditulis oleh orang yang sempit ilmu berkenaan 'Melayu' tetapi nak jugak tulis Sejara ...

berpuluh puluh batu bersurat di selatan thai ? hihihih tunjukan buktu yg berpuluh puluh tu,,,,hihihiihih di sumatera bukti bahasa melayu melalui batu bersurat lebih tua dari selatan thai,,,,,,,,,kau pikir aku tak tahu batu bersurat ape je yg ada selatan thai tu..hihihkalau masalah dialek,,memang banyak dialek melayu,,,tapi mayoritas banyak kemiripan,,,dan kau kira di semenanjung hanya asa satu dialek je,,,macam dialek melayu johor-riau je,,,yang cakap macam upin ipin tu,,,Hallloo,,,,,,,bagaimana dg orang kelantan, trengan, kedah,,,pulau pinang dan sebagainya,,,mereka juga berbeda di alek,,,,,,,Bodohnya kau tahap akut
buktinya orang sumatera jauh lebih dulu mengenal abjat/huruf dari semenanjung,,,terbuti disumatera ditemukan tulisan kuno melayu yg tidak ada pengaruh hindu dan budhis,,,yaitu tulisan rencong / inchung  tulisan asli melayu sebelum kedang hindu dan bdha,,,semenanjung ada ditemukan ???
  • Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).

  • Aksara Rencong ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba.


  • 'Rencong' adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong.
  • Aksara Rencong didapati telah ada lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi).
  • Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 masehi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera.
  • Walau bagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ke-3 masehi.
  • Aksara ini diciptakan oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai.
  • Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera Selatan, Indonesia.
  • Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (dimana kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno.
  • Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang diciptakan oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu.
  • Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-BR (termasuk batu bersurat).
  • Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik mencoba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam.
  • Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari Al-Quran dan Hadis secara tepat.
  • Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk meninggalkan ketiga jenis tulisan tersebut.
  • Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik mencoba bereksperimen dengan huruf-huruf Arab dalam mengeja bahasa Melayu.
  • Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan digunakan dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik.
  • Walau bagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bengkulu dan hulu Palembang), terus bertahan hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.







Tulisan Rencong yang merupakan tulisan Melayu Kuno dijumpai di Selatan Sumatera (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minagkabau dan Kerinci . bukan di semenanjung ye

kamu mahu tahu lagi naskah melayu tertua di asia tenggara,,,ingat nasakah,,,,
adalah naskah undang undang tanjung tanah,,,adalah naskah undang undang tertua yg pernah di jumpai di asia tenggara
ini bentuk wujudnya

https://id.wikipedia.org/wiki/Naskah_Tanjung_Tanah

itu terdapat di kerinci , Jambi, sumatera....Semenanjung mana ????? kita perlu BUKTI otentik,,,bukan katanya katanya,,,dongen,legenda atau mitos,,BUKTI

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 10:11 PM | Show all posts
cmf_WonBin replied at 29-2-2016 02:38 AM
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat ini menceritakan Palembang BARU  ...

kau bodoh ya,,,kau tak tahu bedanya sriwijaya , kedah tua dan kerjaan melayu
ni kau ingat catatan ithsing,,,,belajar dak kau dekat sekolah dulu..
Apa ada yang protes kenapa KEDAH tidak dimasukkan Dalam Kandidat Ibukota Sriwijaya
Ini Jawabanya :
ah pelayaran I-tsing dari Kanton tahun 671 diceritakannya sendiri, dengan terjemahan sebagai berikut[8]:

“        “Ketika angin timur laut mulai bertiup, kami berlayar meninggalkan Kanton menuju selatan .... Setelah lebih kurang dua puluh hari berlayar, kami sampai di negeri Sriwijaya. Di sana saya berdiam selama enam bulan untuk belajar Sabdawidya. Sri Baginda sangat baik kepada saya. Dia menolong mengirimkan saya ke negeri Malayu, di mana saya singgah selama dua bulan. Kemudian saya kembali meneruskan pelayaran ke Kedah .... Berlayar dari Kedah menuju utara lebih dari sepuluh hari, kami sampai di Kepulauan Orang Telanjang (Nikobar) .... Dari sini berlayar ke arah barat laut selama setengah bulan, lalu kami sampai di Tamralipti (pantai timur India)”        ”
Perjalanan pulang dari India tahun 685 diceritakan oleh I-tsing sebagai berikut[5]:

“        “Tamralipti adalah tempat kami naik kapal jika akan kembali ke Cina. Berlayar dari sini menuju tenggara, dalam dua bulan kami sampai di Kedah. Tempat ini sekarang menjadi kepunyaan Sriwijaya. Saat kapal tiba adalah bulan pertama atau kedua .... Kami tinggal di Kedah sampai musim dingin, lalu naik kapal ke arah selatan. Setelah kira-kira sebulan, kami sampai di negeri Malayu, yang sekarang menjadi bagian Sriwijaya. Kapal-kapal umumnya juga tiba pada bulan pertama atau kedua. Kapal-kapal itu senantiasa tinggal di Malayu sampai pertengahan musim panas, lalu mereka berlayar ke arah utara, dan mencapai Kanton dalam waktu sebulan.”



KAULIHAT TU,,,,KEDAH TERPISAH DARI SRIWIJAYA DAN MELAYU,,,,,BAGAIMANA PULA KAU KATAN KEDAH ADAH SRIWIJAYA.........goblokkkkkkkkkkkkkkk


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by success81 at 12-7-2022 10:36 PM

ni semua sbb penjajah barat la,,, habis sejarah melayu kabur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.465200 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list