CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

  [Copy link]
Post time 15-1-2018 12:46 PM | Show all posts
schha replied at 19-12-2017 10:50 AM
Hai semuaaa..minta maaf sangat2 sebab delay sangat2 lama..btw,aku nak story apa yg berlaku kat rumah ...

best baca erita tt
selalu check ada update ke tak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 12:48 PM | Show all posts
kroit92 replied at 28-11-2017 09:33 PM
takut rasanya bila baca first page. baru first page tu, nanti sambung baca lain hari. otak tengah li ...

ada pula gitu..
ingatkan zaman moden ni dah tak ada yang lebih2kan anak sulung lagi


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:50 PM | Show all posts
unoryah replied at 15-1-2018 12:48 PM
ada pula gitu..
ingatkan zaman moden ni dah tak ada yang lebih2kan anak sulung lagi

parents yang agak tradisional ramai je macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:23 PM | Show all posts
kroit92 replied at 15-1-2018 11:50 PM
parents yang agak tradisional ramai je macam ni

dik
hang ada lagi dalam porem
lama tak nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 06:42 PM | Show all posts
nagaijau replied at 17-1-2018 02:23 PM
dik
hang ada lagi dalam porem
lama tak nampak..

aritu busy. ni baru sekarang free
kadang2 jenguk jugak, tapi tak comment, silent reader je
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 02:39 PM | Show all posts
xde update pon  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2018 03:09 PM | Show all posts
tasabar nk tggu tt update...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2018 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam n hai korangg..Aku ada hot storyyyy ni..baru je jd bulan lepassss..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
12. Terkena lagi aku..

Ok korang..bulan lepas aku n suami travel lagi,kali ni destinasi pilihan kami adalah Jogja. Cerita kali ni quite panjang jgk eh since setiap moment masih segar lagi dlm ingatan aku. Kalau malas nak baca panjang2, ampa boleh skip ke part ayaq terjun terus. Tapi,membaca kan amalan mulia. Harap korang gigih baca. Hiks!

Untuk pengetahuan korang, setiap tahun aku dan suami akan ambil cuti panjang untuk kami luangkan masa sama2 memandangkan kami masih lagi sabar dalam menanti kehadiran zuriat dalam rahim aku ni.  Doa kan aku n suami ok. Aaminn. Banyak dah tempat kami p tetiap tahun tapi semuanya negara2 jiran ja la. Belum berani lagi nak p jauh2. Kalau ikut rekod2 aku,tempat2 yg aku dah pergi setakat ni semua ok kecuali bali (boleh refer story aku no. 2) n yg latest jogja. Kalau yg da pernah p jogja tu tau la mcm mana suasana kat sana. Tempat yg baru nak membangun sebagai pusat pelancongan.

Suami aku actually sukakan aktiviti2 laut. Beliau ni suka diving, snorkelling semua tu la. Kalau nak cari tempat mesti nak kena ada laut. Tapi destinasi kali ni aku yg pilih sbb tengok kemain ramai lagi org  update tempat2 cun kat Jogja. Tapi masalahnya, Jogja ni famous dengan view2 kawasan tanah tinggi je. Aku pun pikiaq la cmne nak racun laki aku p Jogja ni sbb dia mcm tak berminat nak p situ. Aku pun apa lagi, racun la beliau dengan gondola dekat Pantai Timang tu. Nak taknak,beliau pun on sajorh..hahahhaha. Mcm biasa,sebelum p aku google sana sini sebab setiap tempat kami p,kami tak suka pakai tour guide. Pakai redah sendiri ja sewa sepeda (motor scooter). Laki aku pun bagi syarat la suruh cari tempat2 yg rare yg org kita tak p sangat. Kena cari tempat yang org local p. Ok fine. So google punya google, aku jumpa la 1 website org sana. Dia ada bg info pasal ayaq terjun dengan pemandangan yang super cantik kat sana. Ok,masuk terus dlm list.

Kami dekat Jogja tu ada la dekat 10 hari jugak. So banyak la tempat kami explore. Tempat2 yg org2 kita p,semua kami p. Penat weh turun naik bukit semata nak dpt view yg cantek. Hawau, boleh kurus aku. Hari ke 6 kat sana, kami p 1 tempat famous dgn kawasan tanah tinggi yg berlatarbelakangkan view tasik siang tu. Haaa ce teka kat mana?? Aku decide taknak disclose tempat tu sebab taknak jadi spoiler. Hahahhahaha. Ohh sebelum aku terlupa,dekat Jogja ni cepat siang n cepat malam. Pukul 6 pagi gitu dah cerah macam pukul 8 pagi kita. Sebelum kul 6pm dah maghrib kat sana tp suasana dia dah macam pukul 7.30pm kita. Haaaa boleh imagine tak. So kami lepak kat tempat tu ada la sampai pukul 3-3.30pm camtu. Asar dah. Aku ingat laki aku nak balik. Boleh pulak dia nak p cari ayaq terjun. Tengok waze,takde la jauh sgt dari tempat kami lepak tu. Ikut shortcut lalu lereng2 bukit tu ada la dalam 7km. Laluan dia turun naik bukit sebijik macam laluan dekat cameron highland. Kiri kanan penuh hutan. Jalan pulak muat2 sebijik kereta ja. Tapi kami naik motor so takde hal sgt la. Yg buat aku seriau,takdak org pun lalu laluan tu weh. Ada la jumpa seketul 2 org local lalu dengan berjalan kaki. Jalan kaki tau. Mungkin cari hasil2 hutan sebab aku nampak depa macam pikul ranting2 pokok. Nak buat apa pun taktau la. Aku sedapkan jela hati sendiri. Laki aku ni pulak mcm takdak perasaan. Makin lama makin jauh ke atas. Rumah-rumah orang pun ada la sebiji dua biji sampai la atas bukit dah takdak rumah. Penuh kabus tebal atas bukit tu weh sampaikan laki aku benti motor pakai sweater. Tapak tangan aku pun dah biru2 sebab kesejukan.

Hati aku ni dah mula tak sedap. Rasa macam jauh sgt tak sampai2. Padahal waze tunjuk 7km ja awat tak sampai2. Kejap2 route. Hawau punya waze. Nak je ajak laki aku patah balik tapi kang tak pasal2 kena maki pulak. Hahahahah. Rasa menyesal pun ada jugak melayan kepala gila laki aku ni. Tapi nak buat camne,dah separuh jalan pun. Nak menyesal pun dah terlambat. Dalam hati aku duk doa macam2 dah. Yela tempat org kan. Utk pengetahuan korang jugak, laki aku ni jenis takdak perasaan takut tau. Kadang2 bila aku takut,dia marah aku balik dia cakap 'haaa tula suka sangat tengok cte2 hantu..'. Dah aku kena balik. Hahahah. Nasib badan.

Cut story short, jalan punya jalan. Tetiba nampak la 1 perkambungan di tengah2 lereng bukit tu. Woooo lega aku. Dah hilang sikit2 rasa takut tu. Nampak dah signboard nak p ayaq terjun tu. Pastu aku nampak ada la beberapa mat saleh keluar naik moto dari pintu gerbang tu.  Nak balik la kot. Yela dah lewat petang kan. Dalam hati aku dah terdetik,tak lewat sgt ka kami sampai ni. Then jalan ke depan sikit,nampak dah pintu masuk ayaq terjun tu. Depan tu ada kaunter. Aku pun tanya laki aku,'boleh masuk lagi ka ni?'. Laki aku park motor,nampak dia keluar wallet. Haaa..boleh2. Laki aku pun ckp,kaunter tutup kui 5pm. Tp kat dalam boleh mandi lagi sampai maghrib. Kita mandi kejap sejuk2 kan badan dah la. Ok aku pun iye kan jela. Tengok jam dekat 4.30pm dah.

Ayaq terjun tu bukan dekat dgn kaunter. Nuuu jauh sikit ke dalam. Kena jalan kaki. Masa nak masuk trek ke ayaq terjun tu,nampak ada kakak jual celur2 mcm steambot. Taktau apa nama panggil kat sana. Tapi sedap gak. Mcm fishball pastu mkn dgn kuah cili. Laki aku singgah beli nak buat makan2 tepi ayaq terjun nnt. Aku pun tanya kakak tu, 'mbak..bisa masuk lagi ya?', dia cakap 'bisa,ada renjer di dalam (kat ayaq terjun tu) nungguin sampai maghrib. Maghrib harus keluar ya'. Haa lega la sikit aku.
Laluan nak ke ayaq terjun tu pun lalu lereng2 bukit gak. Tapi ada tangga2 susur ke bawah tu. Then aku dgr la suara riuh2 bebudak mandi. Then aku tgk ke bawah,wooooo cantik siot kat bawah tu. Besar pun besar. Ayaq dia kaler biru2 hijau. Tp jauh jugak nak turun ke bawah tu. Then ttiba laki aku nampak spot yg cantik siap ada pangkin. Dia pun ckp kat aku,'kita takyah turun sampai bawah la,sini pun ok'. Then aku tgk mcm ada org photoshoot kat spot tu sbb batu2 besar,ayaq biru2 hijau then nampak la ayaq terjun kat background belakang tu. Sumpah lawa. Tapi tak ramai pun kat spot kami tu sbb mungkin ayaq dalam. Tengok pun tau sebab warna ayaq dia hijau gelap.

Tengah2 aku duk nak salin baju,laki aku ni boleh pulak bukak balang shisha dia. Ahhhh sudah. Hati aku masa tu dah mencarut2 dah. Laki aku ni sedar ke tak satg tempat ni nak tutup. Nak set up shisha tu da la makan masa dgn nak bakar arang lagi. Buat hal betul lah dia ni. Ohhh utk pengetahuan korg jgk,laki aku ni kaki shisha tegar ye. Tak merokok,tapi kaki shisha. Sebelum2 ni,g mana2 pun akan bawak shisha dia tu. Tak boleh tinggal. Bila aku pun dah start bebel,dia slumber je cakap 'ala kejap je..nak amik gambar dgn balang shisha kesayangan. Rugi la kehulu kehilir bawak tapi tak amik gambar dgn dia'. Hampeh la laki aku ni. Aku malas nak layan.

Pastu aku pun terus turun nak ke sungai. Celup je kaki tetiba ada orang tegur aku,'hati2 mbak..dalam tu,sekitar 2 meter kedalamannya'. Aku pun angguk je sbb mmg tak berani pun. Aku nak duk tepi2 je basah2 kan badan. Aku syak ni la kot abg renjer yg akak jual celur2 bgtau tadi tu. Then aku nampak dia p kat laki aku,borak2 sembang2 dgn laki aku - pasal shisha la tu.

Tak lama aku kat dlm sungai tu,ttiba budak2 yg photoshoot tadi nak gerak. Aku nampak semua dah siap2 packing nak balik. Sempat jugak dorg tegur abg renjer tu sebelum gerak. Then tinggal la kami bertiga je kat spot tu. Suara2 bebudak mandi kat belah bawah pun da takde. Sunyi jgk la sbb tinggal kami je kan. Dah siap setting shisha, abg renjer tu ckp, 'mas bisa ke sana (tunjuk spot yg dorg photoshoot tadi),keren mas, viewnya cantek banget'. Laki aku pun angkut la balang shisha g situ. Aku pun ikut sama la sbb aku duduk tadi belah bawah sikit. Abg renjer tu pun offer la nak amik pic kami. Snap la 10-15 pic then abg renjer tu cakap. 'Mas,saya tunggu lagi 3 min,mas mandi bentar kemudian langsung naik ya'. Pastu laki aku cakap la, 'ga apa2 mas,kalau mas mau pulang nanti kami jalan sendiri'. Terus dia cakap, 'saya harus tunggu mas,tugas saya kena pastikan tidak ada pengunjung lagi'. Aku pun ckp kat laki aku, 'mandi jela cepat,kan maghrib kena keluar'. Aku sempat kerling jam waktu tu dlm 5.45pm. Dah gelap weh. Laki aku pun terus swim masuk sungai tak lama tu azan. Aku pun bangun p kat pangkin nak kemas2 brg. Laki aku pun ikut sama. Kelam kabut kteorg pack2 then laki aku ckp, salin baju kat area kaunter tu je. Ada toilet kat situ.

Tengah duk kelam kabut tu,kteorg pun tak perasan abg renjer tu p mana sbb tgk dia dah takde. Aikk tadi kata nak tunggu,tp dah blah da. Hawauu. Dah masuk trek nak keluar tu,aku tanya laki aku 'abg tu p mana?',laki aku jawab 'dah gerak kot,depan kita je kot jalan slow2'. Tapi aku tengok depan gelap. Tak nampak bayang pun brader renjer tu. Hati aku ni dah macam nak meletup panik. Dah gelap tu 1 hal,suluh pun pakai torchlight handphone je. Bukan terang sgt. Masa ni aku dah menyumpah2 laki aku dlm hati. Gatal sgt nak set up shisha. Agaknya nampak aku dah cuak,laki aku ckp..'relax,takde apa jalan slow2 kang jatuh..'. Licin kan,sebab baju kami basah lagi. Selipar pun jadi basah sama. Punya la jauh betul rasa nak keluar tu weh. Hampeh.
Jalan punya jalan,haaa nampak dah cahaya. Mcm dah dekat dengan kaunter kat depan tu. Then aku nampak brader renjer tu tunggu kami atas motor,bebetul tempat akak celur2 tu meniaga. Kaunter kena ke depan lagi. Tempat akak tu meniaga kiranya belakang sikit dari kaunter (tempat trek ke ayaq terjun). Aku perasan, belakang brader renjer tu,akak yg jual celur2 tu. Dalam hati aku,ohh bini dia rupanya akak tu. Padan la kelam kabut nak balik,bini dah tunggu. Hahahaha. Sebelum dorg gerak,akak tu tunjuk toilet. Dia bagitau,'mbak di situ ada kamar mandi'. Aku ckp terima kasih je. Tak perasan lak aku berhampiran tempat akak tu meniaga celur2 tu ada warung kecik. Serious masa nak masuk tu kami tak perasan. Mungkin excited nak mandi sampai tak perasan dah keadaan keliling. Belakang warung tu la toiletnya. Laki aku pun letak barang kat warung tu. Gelap mungkin dah tutup.

Masa aku duk seluk2 barang nak p mandi,ttiba ada 1 makcik ni keluar dari warung tu. Dia bukak lampu. Haaaa terang la sikit kan. Aku nak mandi pun tak takut sgt. Then acik tu tegur la laki aku,baru keluar dari ayaq terjun ke bla bla. Aku masa tu dah sibuk nak mandi so aku bia je laki aku sembang dgn acik tu. Sebelum masuk toilet,sempat la aku dgr makcik tu offer laki aku, 'mau minum enggak?kopi ada,teh juga ada?'. Aku ingat laki aku nak tolak la since kteorg pun dah lewat sgt. Kang nak balik 1 hal pulak dgn jalan gelap. Aku dah terbayang pulak jalan kteorg masa datang tadi. Boleh pulak laki aku ckp kat acik tu 'ga apa2 ke bu?udah lewat ni..ibu juga udah tutup warung..', acik tu ckp 'ga apa2. Kamu kan pelanggan. Tidak harus ditolak'. Laki aku pun order kopi 2 cawan.

Dah sudah mandi,laki aku tanya aku..'Kita makan kat sini jela, acik tu kata boleh order lagi. Nak sampai town pun sejam lebih,kang lapa lak'. Aku like,seriously dia ni. Aku nak cpt2 keluar dari situ sbb dah terbayang jln nak balik sure creepy punya. Dah la takdak lampu jalan. Actually, hotel kteorg dekat Malioboro,mmg jauh gila la dari ayaq terjun tu. Dlm keadaan terpaksa,aku iya kan jela. Kesian laki aku,dah lapa sgt kot. So laki aku pun order nasi ayam utk kami berdua.

Masa turn laki aku mandi,aku pun belek2 la gambar kat ayaq terjun tu tadi. Tetiba ada sorg perempuan muda bertudung manis masuk warung,kat tgn dia ada telekung. Umur dak perempuan tu dlm 20-an. Aku syak ni anak acik warung ni kot. Dia senyum kat aku then terus masuk dlm warung. Lepas laki aku siap mandi,anak acik tu datang dekat kami tanya nak tambah air ke. Laki aku cakap boleh tambah air suam la utk makan dgn nasi yg kami order tadi. Lepas tu perempuan tu tanya,mau petai enggak? Sambil tunjuk seikat petai yg banyak. Laki aku mmg hantu petai ckp nak jela. Dia nak bagi kami seikat petai yg banyak tu bawa balik hotel. Laki aku cakap la,eh ga apa2 mbak. Mau makan disini aja. Dia senyum je sambil bagi kami sepapan petai sorang. Aku pun beramah la dgn dak perempuan tu, 'maaf ya mbak udah merepotin (menyusahkan) mbak sekeluarga kerna tadinya warung udah tutup'. Dia jawab, 'ga apa2 mbak. Kamu adalah tetamu kami,tetamu kan ibarat raja..',sambil berlalu pergi masuk ke dalam.

Tak lama tu,dia bawa keluar jug berisi air suam. Aku pun ramah sekali lagi..'mbak sekeluarga memang menetap di sini ya?'. Dia jawab, 'enggak la..di sini meniaga aja,rumahnya ada di sekitar sini. Gak jauh. Yuk,mampir! (mari,singgah)'. Aku pun terus cakap,'eh ga apa2 mbak. Ini aja udah merepotkan (menyusahkan). Lainkali aja ya kerna udah lewat ni. Jauh lagi perjalanan kami. Hotelnya di Malioboro'. Then ttiba,sorg pakcik tua berkopiah masuk. Bapak si dak perempuan tu. Terus duduk di sudut warung berhadapan dgn kami sambil bakar rokok. Ramah jugak bapak dia. Dia bagitahu baru balik masjid. Pastu start borak dgn laki aku,tanya dari mana,berapa lama kat sini bla bla.

Syok borak2 makanan pun sampai. Makcik tadi pun lepak sebelah laki dia. Aku dah terbayang nasi ayam macam kat Malaysia. Rupa2nya bukan weh. Hahahahahha. Dorg punya nasi ayam is like nasi putih,ada ulam n sambal belacan dgn ayam goreng. Makan dgn kicap. Kteorg makan sekali dgn petai yg dia bagi tadi. Walaupun simple camtu je,padu gila beb! Layan gila aku dgn laki aku makan sampai licin. Sebutir nasi pun takde kat pinggan kami dah. Aku perasan masa kami tengah makan,depa 3 beranak pandang je kami makan sampai aku jadi tak senang duduk. Sekali-sekala aku pelawa depa makan sekali,tapi depa kata tak pe.

Settle makan semua,kami pun undur diri nak balik. Masa kat atas motor, laki aku cakap 'esok kita kena repeat ni. Tak puas. Kita datang pagi2..'. As expected,nak balik tu mmg creepy weh. Dah la takde lampu jalan. Keliling hutan ja. Laluan kat lereng2 bukit tu mmg sempit. Ada la jugak sebijik dua bijik moto lalu. Yg aku pelik,dekat lereng2 bukit pun depa ley buat perkampungan. Asal boleh depa ni. Padahal kalau duduk dekat kaki bukit,tak expect pun akan ada rumah2 di sebalik lereng2 bukit ni. Ttiba masa kat atas motor,bahu sebelah kiri aku sakit. Sakit sangat. Mayb sebab seharian kesana sini,duk atas motor menyebabkan bahu aku sakit.

Sesampai kami kat hotel,laki aku mandi dulu. Aku ni duk la urut2 bahu aku. Serious rasa tak sedap hati sgt. Lepas mandi,laki aku terus tidur. Penat. Masa aku mandi,time nak gosok gigi,aku cam pelik sendiri. Asal mulut aku tak bau petai eh. Selalu lepas makan petai,even berapa ketul je pun,mulut sure rasa tak sedap. Aku mesti nak kunyah chewing gum. Ni langsung takde bau. Pastu aku duk recall balik kejadian kat warung tu. Pelik. Memang pelik. Selalu kalau kita kat kedai makan, mesti ada bau n bunyi ketuk2 org masak, kan? Bila ingat2 balik,langsung tak de bunyi langsung takde bau! Ahhh sudah. Ayam goreng kot aku makan tadi. Kalau goreng memang bau la. Ni langsung takde weh! Langsung takde! Shit! Aku da seriau ni. Mlm tu langsung aku tak ley tidur,dengan sakit bahunya,meremang semacam je. Lampu pun aku tak berani tutup. Tak sabar nak tunggu pagi nak tanya laki aku.

Pagi esok tu,lepas breakfst kami terus shoot ke sana. Dalam hati ni berdebar2 tak sangga dah. Actually aku kalau boleh taknak tau pun,takut nak tau outcome dia. Tapi laki aku nak puaskan hati sendiri. Kot la kami yg terlebih fikir. Sampai situ,kami tengok warung tu tutup. Daun2 penuh kat depan warung. Laki aku masih bersangka baik, 'arini warung tutup kot'. Jantung aku mcm nak pecah dah ni. Tlg laaaa,jgn seperti apa yg aku sangka. Then kami ternampak,akak jual celur2 tu. Laki aku pun tegur akak tu. Sembang punya sembang,korang nak tau tak..jeng jeng jeng! Warung tu sebenarnya warung tinggal weiii!!!! YaAllahhhhhh! Akak tu kata dah lama dah warung tu takde org manage. Sebelah warung tu mmg ada toilet. Tapi warung tu mmg takde org. Then,apa benda yg aku dgn laki aku makan sial malam tadi. Aku tak sanggup dah nak pikir apa! Nak muntah balik pun,benda dah masuk dalam perut. Aduuuuu aku tak boleh nak digest. Akak tu pun tak expect kami boleh 'kena' lepas dorang tinggalkan kami.

Menurut akak tu,ayaq terjun tu mmg 'keras' sikit. Biasa la ayaq terjun kan. Kawasan pun nun jauh pedalaman.  Tempat super cantik so ada la 'penjaga' kat situ. Akak tu kata 'mau berkenalan sama kalian'. Allah kak,tak kelakar kak sebab 'benda' masuk dlm perut. Hahaha. Selalu dengar je pengalaman org makan dekat warung bunian. Sekali kami laki bini terkena weh! Tak kelakar,sumpah tak kelakar! Makanya,kecoh la dengan pekerja2 kat situ yg bunian nak 'berkenalan' dgn kami. Menurut cerita depa, kat situ mmg ada keluarga bunian. Anak dia tu puteri bunian. Tapi katanya,bunian islam. Memang bertudung litup. Bila aku ingat2 balik muka dia mmg putih bersih,mulus kulitnya. Harap2 dorg jamu kami malam tu benda elok2 la. Husnuzon. Hahhahahahaha. Menurut depa lagi, dulu ada ja 'org luar' pernah terkena jugak. Tapi takde la sampai kena 'jamu makanan'. Tak sanggup aku nak pikir. Alhamdulillah takde pulak kami sakit2 perut. Kencing pun takde bau petai. Hahahhaa. Kami tak jadi dah nak mandi ayaq terjun sekali lagi,laki aku terus ajak balik. Haaa tu la berani sgt. Kan dah 'terkena'.

Sakit bahu aku masih berterusan sampai la hari terakhir kami kat jogja. Punya la sakit sampai kitaorg tak mampu nak jalan2 lagi. Siap panggil service massage kat bilik sebab aku tak larat. But still,masih sakit. Aku redha dah. Nasib baik x demam je. Yg pelik,bila aku naik flight,terus hilang sakit bahu aku. Pelik kan?

Sampai Malaysia,aku cerita kat mak aku. Dah pulak kena hamun dengan mak aku sebab berani sangat kat tempat orang. Laki aku la ni. Tak memasal aku yg kena khutbah. Then mak aku cakap,dia pernah dgr dari org2 lama, selalunya kalau ada mengikut,dia tak boleh rentas laut. Tu pasal sakit bahu aku hilang waktu rentas laut. Betul ke tak,wallahualam bissawab. Tapi mak aku pun ada question mark. Dia tanya,'kak..nasi masa kau makan kat kedai tu,panas tak?'. Aku pun jawab la,'Haaa la mak..nasi panas2,ayam goreng tu panas2. Awat?'. Mak aku tanya lagi, 'takkan ampa takde rasa pelik. Org nak katup kedai,mana ada nasi n ayam goreng panas'. Ye tak ye. Tak terfikir doh. Sumpah aku laki bini takde rasa pelik pun masa kat 'warung' malam tu. Bila kat hotel baru la aku mcm tersedar banyak benda pelik yg jadi. Yg aku terfikir cuma takde bunyi n bau org masak n mulut aku takde bau petai. Mcm kena pukau pun ada. Yang aku terngiang2 'kamu kan tetamu..tetamu ibarat raja'. Then 1 lagi, time dia ajak balik. 'Yuk mampir!'. Korang rasa kalau kami ikut depa balik,agak2 aku boleh cerita balik tak kat sini?? Hahahhahaha..Allah..nasib baik aku tolak. Uiii seram ingat2 balik. Entah la wei..aku takde jawapan. Tak boleh digest.

So kesimpulannya,jangan la ampa berani sgt kat tempat org cm kami laki bini. Dah terkena kat batang hidung sendiri,aku harap lepas ni laki aku beringat laaaaa..haiii laaa naseb badan..takde dah aku nak p ayaq terjun lagi. Pergi laut lagi best layan shisha. Tenang pun tenang. Kan? Hahahahah.. Salam.

-Tamat-
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 12:40 PM | Show all posts
schha replied at 18-1-2016 08:39 PM
Penat tau sebenarnya ada 'kelebihan' ni..tapi tula, saya bersyukur sgt2,atleast 'hijab' tertutup.. ...

i feel u sis!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 6-11-2018 11:05 PM
12. Terkena lagi aku..

Ok korang..bulan lepas aku n suami travel lagi,kali ni destinasi pilihan k ...

wow sis.....seramnye
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
terbaikkk tt...satu hari suntuk mengatam thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:53 PM | Show all posts
menarik cerita  tt..kalau saya ada kat tempat tt..mau menggigil
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
menarik sangat rumah TT ni. thumbs up .

bila nak story mory pasal umah parents TT tu.
tak sabau nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 02:02 PM | Show all posts
sronok bce.. thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2019 04:15 PM | Show all posts
schha replied at 6-11-2018 11:05 PM
12. Terkena lagi aku..

Ok korang..bulan lepas aku n suami travel lagi,kali ni destinasi pilihan k ...

ya Allah..memang sis n suami terpileh..aduyaii
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 04:23 PM | Show all posts
wikedsaikel replied at 27-11-2017 06:34 PM
Sori la aku baru nk baca thread kau di kala 2017 dah nak smpai penghujungnya.
Bu the way, bila ak ...

hahaah sama la kita..i pun ada bayangan yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 6-11-2018 11:05 PM
12. Terkena lagi aku..

Ok korang..bulan lepas aku n suami travel lagi,kali ni destinasi pilihan k ...

Dekat Sabah/Sarawak masa pun cepat..klu area Sandakan blom pukul 5 dah subuh..5 lebih dah cerah..dan petai/durian anything yg bau kuat tu mmg xde bau klu belah Borneo..so mkn la byk mana pun dgn gembira..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:44 AM | Show all posts
tt..cite la cepat pasal rumah u tu..xsabar nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.076876 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list