CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1723|Reply: 0

Lamborghini Berjanji, Lamborghini Urus Akan Lebih Pantas – SUV Paling Berkuasa

[Copy link]
Post time 29-12-2015 04:19 PM | Show all posts |Read mode

Kenyataan dari Lamborghini, memalui boss R&D mereka, Maurizio Reggiani, telah mendedahkan beberapa info tambahan tentang model Urus yang akan mula dipasarkan 2018.

Buat masa sekarang, Bentley Bentayga dan Porsche Cayenne Turbo S merupakan antara SUV berprestasi tinggi, dengan pecutan dari 0-100 km/h hanya dalam 4.1 saat. Namun, dua model ini bakal kehilangan takhta mereka, kerana Lamborghini telah meletakkan sasaran untuk menjadikan Urus sebagai sub-SUV yang mampu memecut (0-100 km/h) dalam 4 saat.

Dalam mencapai objektif yang tersebut, Urus akan menjadi lebih ringan dari Bentayga dan Cayenne, namun masih lagi tidak jelas bagaimana Lamborghini akan dapat mengurangkan beratnya. Satu kemungkinan yang kukuh ialah dengan menggunakan carbon fiber dalamaluminum-intensive architecture yang dipinjamkan dari generasi kedua Audi Q7. Sungguhpun masih tiada apa-apa berita tentang angka tepat untuk berat keseluruhan, yang pastinya ianya akan lebih ringan dari Bentayga yang memiliki berat 2,422 kg dan Cayenne, 2,235 kg.

Untuk kuasa pula, seperti yang sedia maklum, Lamborghini Urus akan menggunakan enjin V8 4.0-liter turbo berkembar milik Audi, tetapi Maurizio Reggiani berkata, enjin tersebut akan di tala khusus untuk Urus dan akan memiliki sistem ekzos yang berlainan bagi memberikan ianya sesuatu yang layak bagi model Lamborghini. Beliau masih tidak berkongsi angka kuasa yang sebenar, namun boss R&D tersebut menjelaskan ianya bakal memiliki lebih daripada 600 kuasakuda dan 900 Nm tork yang dimiliki oleh Bentayga.

Lamborghini Urus versi produksi dijangka membuat kemunculan sulung di Geneva pada tahun 2018, dan harapnya kekal seperti model konsepnya yang dikongsikan pada 2012. Akan tetapi, boss Lamborghini, Stephan Winkelmann mendedahkan, model tersebut akan menyediakan ruang kabin yang lebih luas berbanding model konsep, serta terdapat beberapa perubahan terhadap rupa bentuk SUV tersebut.

Perancangan awal, model ini bakal dilengkapi dengan hanya enjin V8, namun Reggiani telah mencadangkan untuk memasangkan juga versi plug-in hibrid, iaitu versi yang akan dilengkapi enjin V6 dan sebuah motor elektrik, dan model ini akan mula diperkenalkan selepas dari versi V8 dilancarkan.




  • 1
















sumber:arena kereta

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.066820 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list