View: 2807|Reply: 0
|
Para Ibu, Ikut Cara Ini Semasa Meneran Ketika Bersalin
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Ramai bakal-bakal ibu bimbang untuk bersalin secara normal. Daripada dengar-dengar pengalaman ibu, kakak, jiran, kawan dan lain-lain pasti menambah rasa gementar untuk melahirkan bayi.
Takut akan mengalami luka koyak dan jahitan yang banyak, bakal ibu sudah pasti akan mencari tip untuk mempelajari cara meneran semasa bersalin bagi persediaan memudahkan proses kelahiran.
Bagaimana cara yang betul untuk meneran bayi anda dengan betul??
Berikut adalah tip yang boleh anda praktikkan semasa proses bersalin. - CARI Infonet
1) Angkat kepala hingga cecah dada
2) Mata pandang ke perut
3) Tangan pegang pergelangan kaki
4) Elak keluarkan suara semasa meneran untuk simpan tenaga
5) Jangan angkat punggung, nanti terkoyak banyak
6) Tarik nafas dalam-dalam, teran seperti ingin buang air besar
7) Teran sekuatnya selama yang boleh, curi nafas dan sambung teran bila ada kontraksi
8) Dengar arahan dari jururawat dan doktor
9) Elak terjerit-jerit, banyak berzikir dan berdoa agar semuanya selamat
Info Tip : Joy & Honey Collection
Foto : Google
|
|
|
|
|
|
|
| |
|