View: 3689|Reply: 22
|
[Tempatan]
Lima Penerbitan Dilarang Kerana Kelirukan Umat Islam
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Lima penerbitan dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan merosakkan akidah.
Penerbitan berkenaan ialah The Teachings of the Quran; Baha'ullah and The New Era and Introduction to The Baha'i Faith; Detik-Detik Pembongkaran Agama: Mempopulerkan Agama Kebajikan Menggagas Pluralisme-Pembebasan; Jalan Yang Lurus: Kita Harus Meneroka Jalan Ini; dan Tabut: Penjelasan Tentang Segala Sesuatu.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata, perintah larangan itu adalah mengikut Warta Kerajaan P.U.(A) 270-274 bertarikh 26 November.
Hashimah berkata, The Teachings of the Quran menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan mengandungi tafsiran yang menyeleweng.
Empat penerbitan lain itu memudaratkan ketenteraman awam dan mungkin menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan merosakkan akidah, katanya.
Beliau berkata, seseorang yang sabit kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual.
Mengedar atau memiliki apa-apa jua maksud seperti itu sebarang hasil penerbitan larangan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
ape isi kandungannya. boleh sesiapa tempek kalau ade cth? |
|
|
|
|
|
|
|
takut baca buku terpesong ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku aritu tgok history channel..byk cite psl jesus,mary time krismas.aku tgok xdelah terpesong..terhibur tgok ummah kristian yg taksub drngan kepesongan mereka adelah |
|
|
|
|
|
|
|
Ternyata sekali umat islam di malaysia amat cepat terkeliru. Kalau tak dibanned pun, berapa kerat yg baca pun buku berat mcm ni. Orang malaysia suka baca novel cinta. |
|
|
|
|
|
|
|
buku je ke yg kena ban? penulis penceramah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ye kot, bunyinya mcm nk dkat sama..
|
|
|
|
|
|
|
|
Umat islam di malaysia selain dari keturunan dracula (takut salib) ada jugak yg dari keturunan pokemon (easily confused)
|
|
|
|
|
|
|
|
nalis replied at 29-12-2015 01:03 PM
macam buku Bahai je..
Bahai tu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Agama Kristian,Islam,Buddha,Hindu dimasukkan dalam blender. Blend. Dan keluarlah agama Bahai
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 29-12-2015 02:28 PM
Agama Kristian,Islam,Buddha,Hindu dimasukkan dalam blender. Blend. Dan keluarlah agama Bahai
Ooo.its really exist? |
|
|
|
|
|
|
|
ujud rupanya agama bahai... i igtkan sorg classmates msa zmn remaja dlu wat lawak... haha
dan, mcmlah ummh malaya rajin sgt membaca.............. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... mana nak cari buku2 ni ye? macam mana boleh larikan akidah ye? senang betul akidah kita ni boleh terseleweng... adakah KDN menganggap akal fikiran Melayu nih semuanya bangang2 dan tidak boleh berfikir? apa level akidah umat Islam sekarang dengan hanya membaca buku, terus tersesat? di mana konsep menuntut ilmu dengan berguru? wow...seriously??? |
|
|
|
|
|
|
|
Junior aku ada sorg bahai..dorg smbhyang di kuil. Aku ingat dia kristian.. rupanya bahai |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan lah Ultra.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya lepas baca cerita dalam kain orang lain di Harian Metro, ramai orang Islam baca buku buku cam nih......Prrrrrrrrrrrpfffftght
Lepas tu depa konfius....
|
|
|
|
|
|
|
|
ek eleh...macam laaa rata2 majoriti umat manusia islam kat sini rajin sesgt nak mentelaah genre buku2 gini...please lahhhkalo ye pun ada membaca... aku percaya takde la yg boleh terpesong.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|