Rani Kulup Dapat Gelaran Datuk Paduka Dari ‘Sultan Melaka’?
Dec 28, 2015
INDIVIDU yang dikenali dengan gelaran ‘Raja Report Malaysia’ Abdul Rani Kulup Abdullah sememangnya sudah tidak asing lagi buat kita.
Mengenakan cara pemakaian lain daripada orang lain, Rani Kulup yang terkenal dengan tagline ‘kipidap dongibab’ kini sering muncul di kaca TV setelah membuat banyak laporan polis mengenai isu semasa.
Dikatakan, Selebriti Azwan Ali yang terkenal dengan keceluparan mulutnya sendiri pun pernah angkat kaki apabila dia diberi amaran oleh Rani Kulup.
Ya, dalam banyak-banyak akhirnya Diva AA agak gentar juga dengan Ayahanda Rani Kulup, memang kipidap betul!
Baru-baru ini, di halaman rasmi Facebooknya, Rani Kulup dikatakan telah berkongsi gambar dia dikurniakan darjat Paduka Baginda oleh ‘Sultan Melaka’ sewaktu menghadiri majlis keputeraan yang dirahsiakan tempatnya.
Di majlis tersebut, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Melaka (DPMM) kepada Rani Kulup yang membawa gelaran ‘Paduka Baginda’ di awalan namanya.
Menurut setiausahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Ismail, Raja Noor Jan Shah yang menggunakan gelaran Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni almarhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah hanya mengurniakan darjah kebesaran itu kepada individu yang benar-benar berbakti kepada masyarakat.
Seperti yang diketahui, Abdul Rani Kulup yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hingga kini memegang rekod membuat laporan polis terbanyak dalam sehari iaitu 13 kali.
Mungkin disebabkan kerajinannya membantu usaha membenteras jenayah walaupun dengan hanya membuat aduan, menyebabkan Abdul Rani Kulup dianugerahkan darjah Paduka Baginda tersebut, agaknya.
Berita ini sudah semestinya membuatkan kerabat-kerabat institusi DiRaja ‘geleng kepala’ melihatkan situasi yang semakin pelik, khususnya bagaimana seseorang yang belum disahkan sebagai pewaris diberikan kuasa memberi pangkat kepada masyarakat, apatah lagi darjah kebesaran kurniaan dari ‘kerajaan’ yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.
Apa pun, caption download tuanku, sembah patik harap diupload memang win! – MYNEWSHUB.CC
Dah makin melampau2 pula gelaran beli & gelaran tak sah ni. Datuk sulu la, raja melaka la. Yg pelik majlis raja2 takde ker nak kawal benda2 mcm ni, dah nampak so cheap pula
Post time 28-12-2015 09:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nih terang2 hina institusi diraja takde pulak meleis nak sentap berdemo sakan? Tivi3 ada bgi kupasan isu pasal kes bangsat ni x?? So called sultan melaka bullshit mempermainkan anugerah gelaran kpd manusia2 tolol, mohon mampus dgan keji sis!
Post time 28-12-2015 09:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau kes mcm ni...x de tindakan ke?ye la..menyamar sultan melaka bagai...atau mmg betul ke apa?ntah la..aku pun konpiuss...sbb benda ni dh lama kot..kerajaan atau institusi diraja x nak saman ke..tangkap ke apa ke?pelik tul