Detox Badan. Tahukah anda, apa itu detox dan cara mengeluarkan detox dalam badan anda? Menghilangkan atau mengeluarkan racun (detox) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang diambil juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul di dalam tubuh. Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semulajadi untuk mengeluarkan sekaligus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detox’.
Berikut adalah beberapa tips semulajadi yang mudah dan murah mengurangi serta menghilang kumpulan racun dalam tubuh anda: 1. Jangan Lupa Minum Air Putih Air putih atau air masak boleh membantu menghilangkan racun di tubuh melalui peluh dan ‘urine’ yang dikeluarkan. Minum lapan gelas air putih dalam sehari dan usahakan juga untuk minum empat gelas setiap kali anda bangun daripada tidur pada pagi hari.
2. Berpeluh Secara Semulajadi Berpeluh boleh membantu menghilangkan ‘longgokan’ racun pada tubuh dan kulit anda. Anda boleh mengatasinya dengan melakukan senaman kardio seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal yang mana boleh membuatkan anda berpeluh secara semulajadi.
Ternyata teh merupakan salah satu minuman yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan dalam teh berupaya menghalang serta mencegah pengumpulan radikal bebas yang masuk ke tubuh melalui udara yang kita sedut.
Lobak merah adalah sejenis sayuran yang sangat baik untuk menjaga kesihatan mata, kerana kandungan vitamin A yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, lobak merah juga berperanan besar sebagai media pembersih daripada tumpukan racun yang ada di dalam tubuh seperti racun pada organ usus besar dan hati anda.
5. Kurangi Pengambilan Gula Setiap Hari Di samping dapat mengundang pelbagai maam penyakit menyerang tubuh, gula juga memainkan peranan besar sebagai salah satu makanan yang dapat meracuni tubuh anda seperti mengundang penyakit kanser, diabetes mahupun jantung.
6. Khasiat Buah Anggur Buah anggur terutama anggur hijau ternyata sangat efektif menghilangkan racun di dalam tubuh anda. Selain itu, anggur juga mengandungi ‘resveratol’ yang dapat menangkis kanser kulit daripada sinaran matahari yang membakar.
7. Makanlah Buah Betik Buah betik dikatakan sangat efektif sebagai pelindung tubuh daripada pelbagai radikal bebas yang tercampur daripada udara yang kita hirup. Jadi, buah ini tentunya sangat efeketif untuk mencegah penggumpulan racun di dalam tubuh.
8. Makanan Berserat Untuk menghilangkan racun secara semulajadi dari dalam tubuh anda anda kenalah rajin mengambil makanan berserat. Ia akan membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau zat kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Makanan kaya serat seperti sayuran hijau, gandum dan nasi sebaiknya dimasukan dalam diet setiap hari.
9. Jus Lidah Buaya Lidah buaya mempunyai banyak manfaat. Bukan sekadar boleh mencantikkan serta menyuburkan rambut anda. Malahan, salah satu fungsinya adalah mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Lidah buaya memiliki zat antioksidan yang membantu menghilangkan zat-zat kimia beracun dalam tubuh kita. Cuba minum segelas jus lidah buaya pada setiap pagi dan petang. Pengambilan minuman ini secara teratur akan membantu anda mengeluarkan racun daripada sistem organ tubuh.
10. Lemon Suam Yang Dicampur Madu Salah satu cara yang paling kerap dipraktik untuk menghilangkan racun dari dalam tubuh adalah dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi. Caranya sangat senang, anda cuma perlu sediakan segelas air suam, tambahkan satu sudu madu dan perah beberapa titis lemon ke dalamnya. Campurkan dan minum. Lakukan pada setiap pagi, sebelum anda mengambil makanan lain.
http://www.wom.my
|