View: 3802|Reply: 17
|
Gaji Sikit Pun Tak Boleh Menyimpan, Jangan Harap Jika Bergaji Besar
[Copy link]
|
|
gambar hiasan
Oleh : Fyruz Hanna
Rancang kewangan anda.
Sering kali kita dengar ungkapan ini berlegar-legar. Kata orang, orang yang bijak merancang orang yang berjaya dikemudian hari. Tak kira berapa gaji yang kita terima jika kita tak tahu merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal.
Tak perlu tunggu anda pandai subjek matematik namun cukup dengan belajar sedikit perancang terutamanya kewangan.
Kadang-kala bukan usaha sedaya upaya sahaja yang diperlukan tanpa perancangan. Tindakan membuta-tuli ini sah-sah merugikan anda dan juga dengan mudahnya anda mencapai kegagalan.
Seperti yang disarankan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Ahmad bin Maslan realiti kehidupan kini memaksa individu melakukan 2 kerja bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Selain melakukan 2 kerja, kita juga boleh merancang kewangan dengan berkesan.
Seperti yang dicadangkan oleh Mohd Syafie dalam laman facebooknya, pendapatan kecil dan besar bukan ukuran seseorang itu menyimpan.
Menyimpan adalah sejenis sifat yang harus dipupuk dari kecil. Jika sifat menyimpan ini menebal dalam diri, tak kira gaji sekecil mana pun, kita pasti tahu untuk menyimpan.
Jangan tunggu bergaji besar baru mahu menyimpan, nescaya anda akan berjaya menambah lagi alasan untuk dirimu:
"Jika aku bergaji lebih besar daripada ini aku akan mula menyimpan."
Jom baca 7 tips kewangan dari Mohd Syafie:
1. Perbanyakkan simpanan
Jika sekarang gaji anda RM 2000, anda tidak mampu menyimpan walau sedikit. Nescaya apabila gaji RM 5000 nanti sama juga. Macam sayalah, walau gaji 5 angka, tiada cukai etc tetapi tidak banyak yang saya simpan. Ia bukan disebabkan bertapa besar pendapatan kita untuk membolehkan kita menyimpan. Tetapi lebih kepada mentaliti kita, ilmu kewangan kita dan bertapa kita melayani kemahuan nafsu kita.
2. Buat belanjawan
Ala.... Yang ringkas ringkas pun jadila.... Tak kira la nak conteng atas kertas conteng ke atau nak guna applikasi di telefon. Objektifnya supaya jelas apa yang anda perolehi dan keluar setiap bulan.
3. Tahu NILAI anda
Aset (apa yang anda miliki) tolak liabiliti (hutangmu) bersamaan dengan nilai bersih . Dan nilai bersih anda tidak menyamai harga diri anda.
4. Berhati-hati dengan wang "ERCUMA"
Kad kredit BUKANLAH wang percuma. Gunakan mereka seperti yang anda mengunakan tunai, atau tidak menggunakannya sama sekali. Jika anda menggunakannya untuk pengganti sementara kemewahan hidup anda, anda tidak akan mempunyai kebebasan kewangan.
5. Jangan takut dengan perkataan "KEWANGAN"
Kewangan peribadi bukan sahaja tentang matematik, dan anda tidak perlu pandai matematik untuk mempelajarinya. Ringkaskan, pelajari yang asas-asas sahaja. Yang penting MULAkan. Tiada istilah terlambat untuk belajar.
Langkah pertama ialah ilmu. Anda tidak boleh perbaiki apa yang tidak anda ketahui. Pembelajaran celik kewangan merupakan satu pelaburan ilmu yang sangat bernilai.
6. Rancang masa depan kewangan anda
Perancangan untuk masa depan kewangan anda adalah lebih penting daripada merancang percutian, keramaian, dan lain-lain. Adakah anda menghabiskan masa yang cukup pada masa depan kewangan anda?
7. Mengajar keluarga anda mengenai wang
Celik kewangan adalah satu pengajaran hidup yang harus diturunkan kepada anak-anak anda. Belajar, berkongsi, dan seluruh keluarga anda akan menjadi lebih baik.
Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat, haruslah di kongsikan bersama orang lain supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.
Mula menyimpan walaupun sedikit, fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku yang memerlukan duit secara banyak tiba-tiba. Sediakan payung ketika hujan, jangan nanti kita sendiri 'demam' dengan kegagalan kita merancang kewangan-CARI Infonet.
sumber: MohdSyafieFb |
|
|
|
|
|
|
|
x smpatnak menabung bila dizaman rejim najib ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahu la orang tak gemor sama itu Maslan---tapi tak perlu guna gambar dia utk isu yg tak sebut pasal dia----
letak gambar dia paired dgn ayat provok begitu boleh jadi fitnah===
dia tetap kaya===kau pulak nak kena berdosa pasal dia---tak berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
bosan....di zaman rejim najib nk kata simpan,makan pon ckup2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Blajar ngan kak mah pinky
menabung dari kecik gituh
dah tua bangka dah cukup duit br
bleh berjimba bagai beli cincin beg mewah |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah sy dapat durian runtuh bulan ni..
Tapi yg dapat simpan sikit juga..perbelanjaan anak sekolah banyak jugakla..harap2 tahun depan pun buleh dapat banyak durian runtuh..amin |
|
|
|
|
|
|
|
betul lah tu. gaji kecik smpn sket. gaji besar smpn byk.
apa2 pun start dr sikit |
|
|
|
|
|
|
|
simpanan aku setakat ni ASB jo lahhhh.. lain2 ke laut.. yg selamat dalam tabung hanya duit syiling je.. duit kertas tak ada harapan panjang dalam tabung..
duit kawin lagi laaa... karam di lautan badai |
|
|
|
|
|
|
|
Azam setiap kali dapat note RM5 masukan dalam tabung dan tabung itu akan hanya dibuka hujung tahun nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
tak percaya kalau orang kata tak boleh simpan duit langsung...
kalau rokok boleh beli, vape boleh beli, tudung boleh beli setiap bulan,
boleh masuk mcdo, boleh pergi shopping, setakat cam *20 ringgit sebulan
takkan tak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
correct3.. kdg2 kita xsedar terbelanja kat sesuatu yg kurg manfaatnya
sesuatu yg kehendak difikirkan keperluan. life style katenye urbanisasi
|
|
|
|
|
|
|
|
buat potongan gaji aje senang,
itu me buat, so belajarlah hidup dengan baki duit gaji yang tinggal tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Simpan mana mampu jelah uolls. Hatta seringgit kalau boleh simpan, simpankan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena pandai berjimat..baru boleh menyimpan..huhuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|