View: 4569|Reply: 20
|
[Tempatan]
Lima Suspek Kes Bunuh Kanak-Kanak Perempuan Di Semenyih Ditahan
[Copy link]
|
|
Lima Suspek Kes Bunuh Kanak-Kanak Perempuan Di Semenyih Ditahan
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/12/21/suspek-bunuh-ditahan/
Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 7:26 PM
![](http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/12/17/17/32/tahan.ashx?w=620&h=413&crop=1&/)
KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit dalam beberapa kes pembunuhan termasuk kes tembak mati seorang bapa dan anak perempuannya di Pekan Semenyih November lepas.
Semua suspek berusia 28 dan 29 tahun itu dipercayai aktif melakukan jenayah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sejak dua tahun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, semua suspek terbabit ditahan di sekitar Kajang, Bandar Sunway serta Bangi dekat sini bermula Jumaat hingga Ahad.
"Polis merampas dua buah kereta jenis Toyota Camry dan Perodua Myvi serta empat pucuk pistol jenis Smith & Wesson .38, Colt MK IV Series 80, Walther P99 As dan CZ2075," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
"Turut dirampas 69 butir peluru hidup pelbagai jenis, tiga jenis kelongsong peluru, tiga tukul besi dan beberapa barang lain," katanya.
Pada 19 November lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan bapanya maut ditembak individu tidak dikenali di Jalan Besar, Pekan Semenyih.
Mohmad tidak menolak kemungkinan kes itu bermotifkan dendam.
"Suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam beberapa siri pembunuhan melibatkan senjata api di Kajang, selain dua daripadanya berdasarkan siasatan awal mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kesalahan samun berkawan," katanya.
Katanya, kesemua suspek direman selama enam hari sehingga Rabu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 34 individu berusia 29 hingga 34 tahun yang terbabit dalam kegiatan kongsi gelap turut ditahan dalam operasi Cantas Khas Kajang bermula 2 Disember lepas. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
C4 ja semua penjenayah ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Berani buat berani gantung |
|
|
|
|
|
|
|
kejam dan keji perbuatan korang.. |
|
|
|
|
|
|
|
menakutkan...![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dipercayai terbabit dalam beberapa kes pembunuhan
professional killer kot ni |
|
|
|
|
|
|
|
ini yg tembak org kat cyber cafe di semenyih tu ker? ker yg ni kes lain?kalau x silap ummah estet ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 22-12-2015 11:41 AM
ini yg tembak org kat cyber cafe di semenyih tu ker? ker yg ni kes lain?kalau x silap ummah estet n ...
Yg ni tembak ayah & anak depan kedai bunga tu tak salah i.....
Tembak dari jarak dekat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aktif sejak 2 thun lepas....
Lepas ISA di masnsuhkan lah ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
gi la putrajaya bunuh si perompak terbesar... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap mereka dapat hukuman setimpal... |
|
|
|
|
|
|
|
byk kje kt kt dunia nie.... merompak jgk ko pilih....
|
|
|
|
|
|
|
|
byk kes tembak sekarang kat semenyih....jadi xbest pulak duduk kat area situ |
|
|
|
|
|
|
|
wow style ala niggah thug |
|
|
|
|
|
|
|
kalau penjenayah cam ni kena hukum sebat kat khalayak sambil kena sorak .. baru meols setuju. err .. hukum sebat tu sebelum kena hukum gantung la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|