CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1903|Reply: 0

Mazda CX-3 CBU Dilancarkan Secara Rasmi – RM131k

[Copy link]
Post time 21-12-2015 06:44 PM | Show all posts |Read mode


Selepas tertirisnya model Mazda CX-3 terbaru yang menunjukkan spesifikasi teknikal dan juga harga jualan bagi model ini, Bermaz Motor melancarkan model crossover Mazda CX-3 ini secara rasmi petang semalam.

Dengan menggunakan gaya sporty dan konsep Mazda Koeru, model terbaru yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini menemui peminat secara rasmi. Bermaz Motor hanya membawa masuk model Mazda CX-3 ini sebanyak 2,000 unit sahaja di mana menjelang semalam, sudah hampir 1,000 unit ditempah.

Bermaz Motor kini sedang dalam usaha untuk menambah jumlah unit untuk dibawa masuk ke pasaran Malaysia memandangkan permintaan yang tinggi ke atas model ini.

Di dalam sidang medianya, syarikat itu turut menyatakan hasratnya untuk membuat model pemasangan tempatan (CKD) jika permintaan ke atas model ini terus meninggi.

Kereta Mazda CX-3 ini didatangkan secara standard dengan lampu hadapan LED dengan kawalan pencahayaan automatik, lampu LED DRL, lampu kabus LED. Walau bagaimanapun, lampu belakang kereta ini adalah lampu biasa. Selain itu sistem pengelap cermin automatik dan cermin sisi boleh lipat dengan lampu indikasi turut diberikan sebagai standard.

Dalam bahagian dalamannya pula, sistem multimedia Mazda MZD Connect 7.0-inci dengan Commander Control diberikan. Kereta ini turut didatangkan dengan 6 pembesar suara. Selain itu, kereta ini turut didatangkan dengan sistem penghawa dingin automatik, tempat duduk kulit suede, rim aloi 18 inci dan tingkap bumbung. Sistem navigasi turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan dengan harga RM1,270.

Crossover Mazda CX-3 ini turut didatangkan dengan Mazda’s Active Driving Display (heads-up display) dan juga stereng kulit kawalan multimedia dan kawalan kelajuan. Ianya juga terdapat pilihan mod pemanduan Sport, kamera pandang belakang dan sistem keyless entry dan start/stop.

Dari segi keselamatan pula, kereta Mazda CX-3 ini didatangkan dengan sistem DSC, Traction Control, ABS, EBD dan BA. Ianya turut didatangkan dengan 6 beg udara.

Kereta ini dikuasakan oleh enjin petrol 2.0-liter SkyActiv-G yang mampu menghemburkan 146HP dan 204Nm tork dan digabungkan dengan transmisi SkyActiv-Drive 6-kelajuan automatik yang menghantar output itu ke tayar hadapan (2WD). Teknologi Mazda’s i-Stop turut diberikan di mana ianya akan mematikan enjin secara automatik apabila kereta berhenti untuk penjimatan minyak.

Model Mazda CX-3 ini ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Soul Red Metallic, Crystal White Pearl, Jet Black, Meteor Gray, dan Deep Crystal Blue.

Dijual pada harga atas jalan RM131,218 (tanpa insurans), CX-3 ini turut didatangkan dengan jaminan tiga tahun (tanpa perbatuan terhad) dan Program Penyelenggaraan Percuma selama tiga tahun/60,000 km.


arenakereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-3-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066092 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list