CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1276|Reply: 0

Porsche Jual 200,000 Unit Setahun Buat Pertama Kali

[Copy link]
Post time 21-12-2015 06:42 PM | Show all posts |Read mode


Porsche telah berjaya mencapai kejayaan dalam sejarah syarikat, dengan melepasi angka 200,000 jumlah unit kederaan yang terjual dalam tempoh setahun.

Sehingga November tahun ini, Porsche telah menjual 209,894 unit kenderaan, dan ini mewakili kenaikan 24% berbanding tempoh yang sama, pada tahun 2014. Ini merupakan yang pertama kali syarikat automotif yang berpangkalan di Stuttgart tersebut melepasi angka 200k, dan dalam masa yang sama berjaya memecahkan rekod tahun sebelum yang, 189,849 unit.

Cayenne merupakan model paling laris, sehinggan November tahun ini, sebanyak 68,029 unit telah terjual (kira-kira 14%). Yang mengejutkan ialah, pasaran yang paling banyak menyumbangkan angka jualan Porsche ini ialah China, yang mana syarikat automotif yang dimiliki oleh VW itu menjual sebanyak 54,302 unit kenderaan (peningkatan sebanyak 34%). Tempat kedua ialah Amerika Syarikat dengan 47,891 unit, dan keseluruhan benua eropah dengan peningkatan 30% dengan jumlah keseluruhan 70,509 model Porsche.

Pencapaian ini pada awalnya dijangkakan akan berlaku pada 2018, namun hadir lebih awal dari jangkaan.


sumber:arena kereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-2-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053466 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list