CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1978|Reply: 0

Koenigsegg Utagera Direka Bentuk Pemuda 15 Tahun Dari Thailand

[Copy link]
Post time 21-12-2015 06:37 PM | Show all posts |Read mode


Jennarong Muengtaweepongsa yang hanya berusia 15 tahun dan sudahpun terkenal dengan beberapa karya konsep yang dikeluarkannya sebelum ini ke atas reka bentuk kereta sport. Antara hasil karyanya termasuk PSC Motors SP-200 SIN yang bakal diperkenalkan tahun hadapan dan juga konsep kereta Aston Martin DB11 dan juga Koenigsegg Legera.

Kali ini, beliau sekali lagi mengejutkan dunia dengan keluaran model konsep Koenigsegg Utagera yang dilihat dalam model berskala kecil. Ini merupakan projek kedua beliau bersama dengan Koenigsegg setelah mengeluarkan lakaran imej digital Koenigsegg Legera sebelum ini.

Koenigsegg nampaknya berpuas hati dengan hasil karya tangan Jennarong terhadap model Legera setelah syarikat tersebut mengeluarkan model berbentuk fizikal ke atas model Koenigsegg Utagera ini yang sekaligus menjadikan model pertama hasil tangan Jennarong yang menjadi unit fizikal.

Mengikut syarikat Jennarong, Vanatical Design, model Koenigsegg Utagera ini merupakan pandangan masa hadapan ke atas model pengganti Agera yang kurang ekstrem dan diletakkan di bawah model Regera.

Seperti model-model lain, ‘Utagera’ bermaksud ‘menghancurkan’ dalam bahasa Sweden yang mengikut ‘Agera’ yang bermaksud ‘bertindak’ dan ‘Regera’ yang bermaksud ‘menguasai semua’.

Reka bentuk model ini kurang agresif dan lebih fokus ke arah elemen elegan dan ianya dibayangkan menggunakan enjin yang sama seperti Agera, enjin V8 turbocharged dengan anggaran output 900-1000HP.

Model ini dipamerkan di 2015 Thailand International Motor Expo baru-baru ini di Bangkok.


sumber:arena kereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067079 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list