CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1879|Reply: 2

Axia G Naik Harga RM1,500 Dengan Penambahan ABS

[Copy link]
Post time 21-12-2015 06:31 PM | Show all posts |Read mode

Perusahaan Otomobile Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah mengumumkan semalam ke atas kenaikan harga bagi model Perodua Axia G sebanyak RM1,500 selarat dengan penambahan komponen keselamatan pada model tersebut.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, Perodua akan menambahbaik model Axia G dengan penambahan sistem Anti-lock Breaking System (ABS) yang merupakan ciri-ciri keselamatan yang dipandang penting dalam kereta-kereta moden.

Penambahan ABS pada model Axia G ini akan mula berkuatkuasa pada bulan Januari akan datang. Ini merupakan komitmen syarikat tersebut bagi memantapkan lagi ciri-ciri keselamatan dalam produk keluarannya.

“Tempahan yang dibuat bermula pada 11 Disember dan selanjutnya akan dikenakan harga baru dan penyerahan akan dibuat bermula Januari 2016.
“Bagi pelanggan yang menempah Axia G antara 1 Oktober dan 10 Disember, tetapi masih belum menerima kereta mereka, Perodua akan menawarkan baucer RM500 sebagai token,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

Berdasarkan harga terkini model berkenaan pada laman web Perodua, harga bagi Axia G 1000cc transmisi manual adalah dari RM32,127.16 di Semenanjung Malaysia. Manakala harga bagi model transmisi automatik adalah bermula dari RM35,127.15 seunit.


sumber:arenakereta



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 12:34 PM | Show all posts
Axia G ni memang smart dahTambah lagi smart biler ditambahbaik dengan sistem ABS
Lagi-lagi smart biler dipadankan dengan bodykit Gear Up
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:35 PM | Show all posts
Axia G ni memang smart                                    
Tambah smart bile ditambahbaik dengan sistem ABS                  
Lagi tambah smart bile dipadankan dengan bodykit Gear Up                    

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053101 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list