CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1901|Reply: 0

Honda Bakal Memasuki Pasaran Kereta Sport Dengan S2000 Baharu

[Copy link]
Post time 21-12-2015 06:29 PM | Show all posts |Read mode

Sektor kereta sport untuk jenama Honda bakal muncul tidak lama lagi. Selepas sepuluh tahun diproduksi, model S2000 telah dihentikan pengeluarannya pada 2009.

Dengan kejayaan beterusan Mazda MX-5 (Miata) dan juga 124 Spider keluaran Fiat, Honda sudah mempunyai persaingan yang perlu diambil kira, sebelum mengeluarkan versi baru dan yang lebih upmarket bagi pasaran kereta sport ini.

Honda S2000 baharu ini akan kekal dengan original, dengan menawarkan model enjin hadapan dan pacuan roda belakang. Apa enjin yang akan dipasangkan, masih lagi belum didedahkan, akan tetapi terdapat rumor yang mengatakan ianya bakal dipacu oleh enjin petrol iVTEC 1.5-liter turbo baharu.

Ianya sudah cukup untuk memberikan kuasa, dan dengan sedikit modifikasi dan talaan keatasnya, mungkin mampu boleh mengatasi model Mazda dan Fiat yang dinyatakan di atas. Disamping itu, terdapat juga rancangan untuk mengeluarkan versi Type-R, yang sudah pastinya dinantikan oleh peminat dunia permotoran.

Buat masa sekarang masih belum jelas lagi tentang casis apa bakal Honda gunakan, dek kerana casis baru keluaran Honda tidak berasaskan model pacuan roda belakang.

Honda dilihat serius tentang rancangan menghidupkan semula S2000, dengan boss Global Honda, Takahiro Hachigo menjelaskan; “Kami ada menerima permintaan dari orang ramai tentang mereka mahukan kereta sport, jadi kami menimbangkan cara dan bagaimana untuk memenuhinya,”

sumber:arena kereta



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.253627 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list