View: 2180|Reply: 1
|
Sajian Berkhasiat Tinggi- Taufu Telur Berkicap
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Taufu adalah makanan yang berasal dari negara China. Makanan ini juga dikenali dengan pelbagai nama di Asia. Malah, ada yang menyebutnya tofu, orang Indonesia, Malaysia dan Thailand lebih suka menyebut tauhu.
Taufu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga boleh dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya. Taufu dibuat dengan mengentalkan sari soya menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Sari soya inilah yang membuat tauhu kaya dengan manfaat kesihatan.
Hari ini saya nak perkenalkan cara nak menyediakan Taufu Telur Kicap yang mudah dan sesuai untuk mereka yang masih bujang.
Sajian boleh aje dimakan bersama nasi atau pun bubur, ianya terpulang kepada kehendak masing-masing.
BAHAN-BAHAN:
3 biji tauhu telur
1 batang lobak merah | dihiris nipis
1 tangkai daun bawang | dipotong seinci
30ml kicap manis
3 ulas bawang putih | dicincang
1 labu bawang besar | dibelah empat
3cm halia muda | dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Potong tauhu telur menjadi kiub kecil lalu digoreng garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
3. Tuangkan kicap kemudian tambahkan lobak merah dan sedikit air.
4. Tambah daun bawang, garam, lada sulah secukup rasa.
5. Masukkan tauhu telur goreng dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
jarang-jarang mkn tauhu . selalu mmg buat grg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|