CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2355|Reply: 3

Hasilkan Sendiri Minyak Urutan Romantik

[Copy link]
Post time 18-12-2015 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Antara perkara yang boleh dilakukan antara suami isteri untuk menyemarakkan api cinta ialah urutan secara romantik.


Ini kerana sentuhan boleh menguatkan emosi dan juga perasaan kedua pasangan. Ditambah pula dengan urutan yang lembut dan romantik, penuh kasih sayang.


Pasti badan yang sakit, lenguh dan lesu kembali menjadi cergas dan bertenaga. Namun, jangan lupa gunakan minyak yang bukan sahaja harum, namun mampu membuatkan badan terasa segar.


Kombinasi kudup bunga ros dan juga halia adalah jawapannya. Anda boleh jadikan kedua bahan ini sebagai ramuan dalam minyak urutan romantik anda.







Bunga ros akan membuatkan minyak urut anda lebih harum dan menyuntik elemen sensual. Manakala, halia berfungsi anti-bakteria, anti-fungal dan membantu melancarkan perjalanan darah.


Lihat resipi untuk minyak urutan romantik ini:


1 inci halia yang dibuang kulit dan dihiris halus
10-12 kuntum kudup bunga ros
Minyak zaitun/ jojoba/ hazelnut


(Sumber foto: Carian google)




1. Dalam bekas kaca, campur semua bahan dan goncangkan sehingga halia turun ke dasar.


2. Biarkan ramuan ini dalam masa 5 hingga 7 hari, kocakkan ia setiap hari atau panaskan pada api sangat perlahan dalam masa 30 minit.


Selamat mencuba! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 05:30 PM | Show all posts
boleh try ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena try ni! Akak biasa pakai sunflower oil aje..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 01:42 AM | Show all posts
Baik lelaki dan perempuan semua suka diurut.
Kreatif betul.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054870 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list