CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9232|Reply: 51

[Tempatan] Pasar raya Aeon Big di Seremban ditutup 31 Disember ini

[Copy link]
Post time 18-12-2015 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Tiga tahun selepas Aeon Co Ltd, peruncit terbesar di Jepun, mengambil alih Carrefour Malaysia, peruncit besar Perancis, dalam perjanjian bernilai hampir RM1 bilion, cawangan Aeon Big di Seremban menutup operasinya.

Pasar raya besar itu, antara 28 rantaian kedainya di seluruh Malaysia, terletak di Rahang, di pinggir bandar Seremban, di mana terdapat juga pasar raya besar utama lain termasuk Giant, Tesco, Mydin dan Econsave.

Notis mengenai penutupan pasar raya berkuat kuasa 31 Disember itu dipaparkan di luar premis.

"Para pelanggan yang dihormati, terima kasih atas sokongan anda selama 5 tahun ini. Kami berpindah untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada anda," menurut notis itu.

Para pelanggan mengambil kesempatan membeli-belah membeli barangan dengan harga murah pada penjualan penghabisan stok di Aeon Big, Rahang. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015.Para pelanggan mengambil kesempatan membeli-belah membeli barangan dengan harga murah pada penjualan penghabisan stok di Aeon Big, Rahang. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015.Tidak diketahui berapa ramai kakitangan yang terlibat dengan penutupan itu tetapi mereka yang bercakap kepada The Malaysian Insider berkata, mereka diberi pilihan untuk berpindah ke outlet di Putrajaya.

Beberapa kakitangan menerima tawaran itu tetapi ramai mengambil keputusan meninggalkan syarikat itu.

G Priya, 24, berkata dia tidak mempunyai pilihan selain meletak jawatan.

"Kami diberi pilihan pindah ke Putrajaya tetapi ia terlalu jauh untuk saya," katanya ketika ditemui di luar outlet itu.

"Sedih apabila ia ditutup. Sekarang saya kena cari kerja lain. Sebab, kalau pergi Putrajaya, tidak berbaloi dari segi ekonomi untuk berulang-alik ke sana setiap hari."

Beliau berkata, cawangan di Rahang itu tidak jauh dari kawasan perumahan di mana dia tinggal.

Priya berkata, dia pertama kali mendengar tentang penutupan itu pada September lalu.

Seorang lagi staf pasar raya itu yang enggan namanya disiarkan berkata, dia juga sudah meletak jawatan.

"Saya tidak ambil tawaran untuk pindah ke Putrajaya," katanya.

Seorang juruwang yang tidak mahu dikenali berkata, penutupan itu tidak begitu menyusahkan kerana kakitangan diberi pilihan.

"Kami diberitahu, kakitangan akan dipindahkan ke kedai lain," katanya sambil melayan  pelanggan.

Katanya, pekerja dijanjikan elaun perjalanan jika mereka mengambil keputusan untuk terus bekerja dengan syarikat itu.

"Saya tidak pasti berapa banyak, tetapi saya dengar ia berdasarkan jarak," katanya sambil menambah dia membuat keputusan untuk menerima tawaran syarikat untuk berpindah.

Dia juga berkata, memang ramai memutuskan meletak jawatan apabila mendengar tentang penutupan itu.

"Ramai yang hendak kerja berhampiran dengan tempat tinggal," katanya.

Semasa tinjauan ke pasar raya itu baru-baru ini, hanya 3 daripada 13 kaunter juruwang yang beroperasi.

Beberapa kakitangan sedang menurunkan barang-barang dari rak dan membina sudut promosi yang menjual barang-barang pada harga diskaun.

Pengurus kedai ketika ditemui, enggan mengulas mengenai penutupan itu.

"Saya tidak boleh beritahu apa-apa, mungkin anda perlu menghubungi ibu pejabat di Subang," katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.

Ditanya mengenai nasib kakitangan pasar raya itu, beliau berkata ia isu dalaman yang perlu ditangani pihak pengurusan.

"Saya tidak fikir media perlu tahu hal ini," katanya.

The Malaysian Insider cuba menghubungi Aeon Co (M) Bhd untuk mendapat maklumat lanjut mengenai penutupan itu, termasuk bilangan kakitangan yang terlibat, sama ada pampasan ditawarkan, sebab penutupan dan sama ada kedai lain turut menghadapi nasib sama tetapi masih belum menerima jawapan.

Perniagaan lain di bangunan sama juga dilihat berpindah ke lokasi berhampiran.

Notis yang dipaparkan di bidai penutup kedai-kedai itu memaklumkan pelanggan mengenai pemindahan mereka.

Seorang pekerja di satu lagi premis menjual kerusi urut berkata, berita penutupan pasar raya Aeon Big itu tidak mengejutkan.

"Memang tidak ramai pelanggan di sini," kata pekerja itu yang enggan namanya disiarkan.

Beliau berkata, lokasi yang tidak sesuai adalah kemungkinan sebab ia ditutup.

Notis pemberhentian operasi yang terdapat di luar Aeon Big, Seremban. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015.Notis pemberhentian operasi yang terdapat di luar Aeon Big, Seremban. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Disember, 2015."Saya percaya itu sebabnya. Berbanding pasar raya besar atau pusat membeli-belah lain, orang tidak ramai datang ke sini. "

Pemandu teksi Kumar Kuppan berkata, lokasi cawangan itu tidak mesra pengguna berbanding pusat membeli-belah lain.

Katanya, tidak ramai penumpang teksinya yang mahu pergi ke cawangan pasar raya itu.

"Jalan ke pasar raya besar itu bukan senang. Tempat ini juga tidak ada pusat hiburan untuk keluarga menghabiskan hujung minggu mereka sambil membeli-belah."

Kumar, 50, berkata, orang ramai lebih suka mengunjungi pusat sehenti dan pusat membeli-belah lain.

"Tak banyak yang boleh dilakukan di sini, berbanding dengan Jusco di Seremban 2, contohnya, di mana anda boleh menonton filem selepas membeli-belah dan makan di kedai-kedai makanan segeranya. Terdapat banyak kedai makan di sana."

Pada Mei, keuntungan bersih Aeon bagi tahun kewangan 2014 dilaporkan turun 7.9% kepada RM212.71 juta daripada RM230.96 juta pada tahun kewangan 2013. Ini selepas pertumbuhan yang stabil selama 4 tahun berturut-turut.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Aeon Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, syarikat itu masih merancang membuka pusat membeli-belah baharu di Shah Alam, Selangor dan Klebang, Melaka yang dijadualkan menjelang akhir tahun ini.

Kumpulan itu juga akan membuka pusat membeli-belah di Kota Baru, Kelantan, pada 2016 dan Kuching, Sarawak pada 2017. – 18 Disember, 2015.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 11:57 AM | Show all posts
Apo nak dikato
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:00 PM | Show all posts
tpt tu mmg fenghui tarak baguih
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:31 PM | Show all posts
Orang pergi Mydin Mall Seremban 2. Besar dan umphhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:46 PM | Show all posts
so nanti kat situ jd apa?

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:50 PM | Show all posts
kat Tmn Cempaka sebelah Pandan Jaya pun tutup...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2015 12:50 PM | Show all posts
Banyak sangat dah pasaraya seumpamanya kat Malaysia nie. Sungguhpun byk penawaran (supply), tetap jugak harga tak turun2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 01:26 PM | Show all posts
situ memang tak ramai orang. lengang je. 1 lagi aeon big yang lengang kat kota damasara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekas2 tempat carefour ni macam feng shui xbagus gtu..semuanya sendu.aeon big amik alih pon sendu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:06 PM | Show all posts
Kat Bandaraya Isele Kota bharu dengar citer nak bukak yg paling besaq kat malaysia ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kompeni ni..siap tawarkan kerja kat cawangan lain...takdelah buang gitu je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:22 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 18-12-2015 01:33 PM
Bekas2 tempat carefour ni macam feng shui xbagus gtu..semuanya sendu.aeon big amik alih pon sendu..

aeon big subang je okay tu pon lepas da renovate tu. start tahun ni bru semegah sikit aeon big subang kalo tak sendu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:32 PM | Show all posts
Was there just last month weekdays about 2 pm, hanya ada 4 kereta depan pasaraya tu including mine. Cuma ada 5 kedai beroperasi termasuk KFC. One fact ialah ketidakseimbangan antara jumlah penduduk dan bilangan pasaraya yg tertumpu di kawasan Seremban. Penduduk berapa kerat sedangkan pasaraya merata-rata spt cedawan tumbuh. Kawasan sekitar perumahan aku saja dlm lingkungan 5km ada pasaraya Aeon, Mydin Sbn 2, Mydin Terminal Two, Palm Mall, Tesco Sbn 2, Rapid, Terminal One, The Store. Ini belum lagi kira Speedmart 99 dan pasaraya2 lain yg kecil. Dan Mydin Senawang akan dibuka tak lama lagi...so skrg berlaku survival of the strongest, siapa teguh dpt bertahan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:33 PM | Show all posts
bagus la tmabh staff kt putrajaya tu..
pakat2 suh diorg bersihkan tmpt telur tu..
buusk gile.. kebersihan xjage..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:34 PM | Show all posts
ipph baru nk dpt aeon big.  seremban katup plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:40 PM | Show all posts
nak bgtau..harga kat Aeon Big pun agak mahal sedikit laa..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 02:41 PM | Show all posts
lulu hypermarket bila nak bukak ek
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 03:09 PM | Show all posts
ronin replied at 18-12-2015 02:32 PM
Was there just last month weekdays about 2 pm, hanya ada 4 kereta depan pasaraya tu including mine.  ...

Aku pi Mydin jer. 100% muslim owned. Arak takdak jual. Rega sgt murah. Barang byk. What more do we want....

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Big boy tutup kedai
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 03:27 PM | Show all posts
InsyaAllah dengan kuasa beli rakyat kelate..aeon kota bharu akan naikkan balik revenue semua aeon2 lain diseluruh negara

Bersyukurlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.066204 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list