CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28556|Reply: 312

PTPTN Sapu Bersih Gaji Peminjam, Baki Dalam Akaun Hanya RM19?

[Copy link]
Post time 18-12-2015 11:36 AM | Show all posts |Read mode




Oleh : Fyruz Hanna


Malang bagi seorang pekerja kerajaan kerana gaji bulan ini disapu bersih oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang didakwa melakukan pemotongan secara berlebihan.


Menerusi satu paparan gambar yang tersebar, ramai yang terkejut dengan pemotongan yang disifatkan tak masuk akal oleh orang ramai.


Daripada gaji pokok RM3347, PTPTN 'menyapu' sebaik mungkin dengan mengambil sejumlah RM3511.91.


Mungkin ramai yang masih tidak peka, PTPTN sebenarnya kini telah melakukan pemotongan secara automatik pada peminjam yang ingkar bermula pada September 2015.






PTPTN juga tidak sewenang-wenangnya memotong gaji secara automatik kerana akan mengkaji terlebih dahulu daftar kewangan peminjam sebelum memutuskan jumlah yang sesuai yang tidak membebankan.


Kedengaran efisyen, namun tak pasti bagaimana kejadian 'menyapu bersih' gaji peminjam dilihat tak membebankan. Jelas sekali, pemotongan terbesar gaji pekerja ini adalah dari PTPTN.


Nasihat dari kami di CARI Infonet, PTPTN antara badan pinjaman yang mengenakan kadar faedah terendah setakat ini dan ianya semestinya bukan satu bentuk biasiswa kepada peminjam. Selamat Membayar Hutang. -CARI Infonet.

sumber: mynewshub
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 11:40 AM | Show all posts
gila la nak makan apa cam tu??? lucky dulu aku belajar guna biasiswa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 11:42 AM | Show all posts
elaun je dekat seribu dah....

monthly boleh la bayar lebih since dah pinjam kan...

yg aku kesian yg gaji kecik, tanggungan ramai....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 11:44 AM | Show all posts
tula sape suh tak bayar... bile dah blacklist baru nk merempan.. ni spesis @chacon ni.. ketiak kerak pinjam ptptn tak bayar.. ade hati nk beli awek pencukur bulu berkerak
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 11:45 AM | Show all posts
kejam jugak potong without notice.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 11:45 AM | Show all posts
member aku bayar da 5 tahun check2 baru abis bayar service charge je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2015 11:45 AM | Show all posts
rasanya tu potongan psl tunggakan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib laa,sape suruh xnk byr. Pihak ptptn mesti dh maklumkan kat peminjam utk byr pinjaman. Mesti dia buat xtau jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 11:49 AM | Show all posts
padan muka kena potong...tarak kalu sampai nama kena ctos pun lu tarak mau bayar...



Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 11:53 AM | Show all posts
pergh merciless betul PTPTN buat pemotongan gaji
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyesal pulak pinjam ptptn service charge saja makan bertahun nak bayar
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 11:56 AM | Show all posts
mesmerize replied at 18-12-2015 11:53 AM
pergh merciless betul PTPTN buat pemotongan gaji

mungkin ptptn mengambil pendekatan what you give, you get back kot..
tak nak bayar sangat kan.. biar diorang 'tolong' bayarkan..  


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:00 PM | Show all posts
Aku pernah tanya ptptn, start tahun depan potong gaji untuk p.a

Tidak pernah bayar, memang akan potong mcm nie

Komen bodoh ckp hutang xpernah luak byr tiap2 bulan, ko byr berapa sebulan

Komen ckp pasal interest, ko beli kereta, rumah pun ada interest

Aku tinggal hutang ptptn jer, bulan2 rm200 byr guna maybank2u
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:02 PM | Show all posts
Edited by MissMamamia75 at 18-12-2015 12:05 PM
kyrana replied at 18-12-2015 11:45 AM
kejam jugak potong without notice.

PTPTN dah bg notis berkali2..
ni peminjam tegar yg degil..xnak bayar walau sesen pun duit yg dah diguna..
ksian kan budak2 lepas SPM yg lbh memerlukan utk belajar nanti.

http://m.utusan.com.my/berita/na ... ayar-ptptn-1.170135

Penjawat awam tak pernah bayar PTPTN
MOHD. AZRAIE-
MD. YUSOF
18 Disember 2015 1:29 AM
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Peminjam Perbadanan Ta-bung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam kalangan penjawat awam yang
tidak pernah membuat bayaran balik digesa tampil segera berunding dengan agensi itu untuk membuat penstrukturan semula
hutang selewat-lewatnya pada 18 Januari depan.
PTPTN dalam kenyataan berkata,sekiranya peminjam yang terlibat gagal berunding dalam tempoh ditetapkan,
jumlah ansuran potongan gaji mandatori berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik yang
sedang dilaksanakan akan diteruskan.

PTPTN juga akan meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam yang tidak membuat bayaran balik sepertinotis-notis
peringatan pertama, kedua dan ketiga, senarai hitam Jabatan Imigresen, saman dan lain-lain tindakan undang-undang.
“Sebelum ini, PTPTN telah mengeluarkan surat arahan potongan gaji mandatori bertarikh 4 Disember 2015 kepada majikan
dan diberi salinan kepada 3,193 peminjam yang merupakan penjawat awam dan tidak pernah membuat bayaran balik dan gagal tampil berunding.

“Amaun potongan gaji yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik (bulan).
PTPTN akan kembalikan semula amaun potongan setelah ditolak ansuran bulanan berdasarkan jadual bayaran balik semasa kepada3,193
peminjam yang terlibat,” kata agensi itu di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 9 Julai lalu telah mengeluarkan arahan agar peminjam PTPTN dalam
kalangan penjawat awam melaksanakan bayaran balik melalui potongan gaji mulai 1 September lalu.

Berdasarkan arahan tersebut, PTPTNtelah mengambil pelbagai langkah bagi memudahkan peminjam membuat rundingan,
termasuk membuka kaunter-kaunter di Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan,selain boleh hadir ke cawangan PTPTN pada bila-bila masa.
“PTPTN berharap agar semua peminjam sama ada yang tidak pernah membuat bayaran balik, membayar balik sekali-sekala dan mempunyai tunggakan untuk mengambil tindakan proaktif segera membuat rundingan dan bayaran bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan.

“Kemudahan potongan gaji merupakan saluran bayaran balik pembiayaan yang telah disediakan kepada semua peminjam bertujuan untuk memudahkan mereka membuat bayaran balik pembiayaan secara konsisten tanpa sebarang tunggakan ansuran bulanan. Malangnya kaedah ini tidak menjadi pilihan dalam kalangan peminjam atas pelbagai alasan,” kata kenyataan itu.


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:02 PM | Show all posts
agaknya sbb dah lama tak byr la tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:04 PM | Show all posts
kyrana replied at 18-12-2015 11:45 AM
kejam jugak potong without notice.

my fren yg keje kt ptptn kata dh x larat hantar notis katanye....ni semua yg hardcore liat x mo bayar utang la nie....tp kesian la mcm tue...mcm mana nk survive utk sebulan...anak2 sekolah...byk nak kena prepare utk buka sekolah nanti....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 12:05 PM | Show all posts
krustykrab replied at 18-12-2015 12:02 PM
agaknya sbb dah lama tak byr la tu.....

ha la...katanya rm1k lebih...lebih kurang setahun tuuu tarak bayar..

lu ingat kalu sebulan tarak bayar...p1wimax mau ctos kasi blacklist ka nama sutun tuuu...??








Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni berapa tahun x bayar ni padahal lebih dr cukup kot nk byr sikit2 sebulan...sekali byk tu ptptn potong...len kali jd la mcm mad maslan x yah byr balik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:09 PM | Show all posts
skrg ni ramai yang dpt surat dari ptptn suruh bayar tunggakan sejak tarikh last stadi. wpun org tu tak kerja lagi masa tu.

sibbaik pinjam mara je dulu then dpt tukar ke scholarship.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
gred 41 kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.110704 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list