View: 4762|Reply: 5
|
Ketahui Kenapa Perlu Makan Ubat Cacing?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Makan ubat cacing? Kena makan ke? Saya tak ada pula bela cacing.
Kepentingan mengambil dan memberikan ubat cacing kepada kanak-kanak sangat penting kerana jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ badan.
Kanak-kanak yang sering mengabaikan membersih tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing ini. Selain itu, cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah.
Ha, jika tak ambil tahu tentang penggmbilan ubat cacing ini, pasti merasakan ia bukanlah sesuatu yang perlu. Namun, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad terdapat pelbagai jenis cacing yang menajdikan tubuh kita sebagai tempat untuk cacing membiak dan membesar. Antaranya, cacing cangkuk (hook worm), cacing gelang (roundworm), cacing benang (thread worm), cacing kerambit dan cacing pita (tape worm).
Cacing-cacing ini akan mengambil nutrien makanan yang diserap ketika kita makan dan menyebabkan kekurangan zat makanan. Sebab itulah, kita menjadi cepat penat, perkembangan fizikal terganggu, sembelit, usus tersumbat dan kembung abdomen.
Jika menggunakan mangkuk tandas, pastikan anda membersihkan dahulu sebelum duduk di atasnya.
Ubat cacing (deworming) ini perlu diambil setiap enam bulan sekali atau setahun sekali. Bukan untuk kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga perlu mengambil ubat cacing ini. Anda boleh beli di klinik atau farmasi. Ubat cacing ini terdapat dalam bentuk tablet dan air. Biasanya, doktor akan syorkan kepada anda ubat cacing Zentel. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama beli tapi tak termakan...takut bila kuar tu hidup2x macam zaman kanak2x
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru je mkn 2 hari lepas,,ok jer..sebagai pencegahan wlaupun lame gile baru nk mkn..haha |
|
|
|
|
|
|
|
takde keluar hidup2x yer??oklah..kalo camtu lepas ni boleh makan
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru makan...dah bertahun tak makan zentel ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|