View: 2605|Reply: 4
|
[Brader] Petua Wajib Untuk Janggut Lebat!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Ramai brader yang nak 'pasang' janggut pada masa ini. Bukan sahaja trend malah ia merupakan sunnah yang dianjurkan nabi.
Tapi masalahnya, janggut tak mahu tumbuh lebat, kan? Jom ikuti petua mudah di bawah, seperti yang dipaparkan dalam laman sesawang Zikrihusaini:
1. Kekerapan mencukur janggut.
Dengan lebih kerap kita mencukur janggut, janggut akan cepat tumbuh dan lebat, tetapi lebih sesuai untuk orang muda yang baru berjinak nak menyimpan janggut.
2. Sapukan dengan minyak kelapa.
Sapukan minyak itu pada janggut/dagu setiap hari selepas mandi, biarkan selama 1 jam sekurang-kurangnya.
3. Guna minyak bond.
Boleh juga dapatkan di kedai-kedai, masalahnya cuma baunya agak kuat (macam minyak greese) dan boleh menyebabkan si pemakainya pening. Letak didagu seperti biasa.Harganya dalam range (lingkungan rm5-8 ringgit).
4. Guna minyak tanah.
Campurkan dengan bawang putih dan ditumbuk sehingga hancur, kemudian barulah dilumurkan di janggut.Boleh juga gunakan untuk melebatkan misai.
5. Guna putih telur ayam.
Ambil putih telur dan sapukan di tempat yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. - CARI Infonet
Sumber: Zikrihusaini
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
haha..alhamdulillah..ada juga ckit |
|
|
|
|
|
|
|
Biarkan setahun tak cukur bro
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh aku bagi jangggut aku kat orang nak gak aku pos. |
|
|
|
|
|
|
|
ni bila punya zaman la letak minyak bond.
Mana ada jual dah. Sekarang orang letak krim janggut wak doyok je.
Letak kat dada mesti seksi macam abam remy sehak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|