CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9398|Reply: 138

[Tempatan] Kos sara hidup meningkat punca ramai membujang - pakar

[Copy link]
Post time 16-12-2015 03:09 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Ramai individu bujang di negara ini takut mendirikan rumah tangga berikutan kos sara hidup semakin meningkat, kata pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh.

“Baru-baru ini ada individu yang menemui saya. Dia nak kahwin dalam tempoh setahun lagi dan mula risau apabila susah nak kumpul duit akibat kos sara hidup yang meningkat dan dengan gaji yang kecil.

“Dia juga risau kos yang terpaksa dihadapi selepas melangsungkan perkahwinan apatah lagi dia tinggal di kawasan bandar. Kebimbangan sebegini sebenarnya yang membuatkan ramai individu di negara ini tidak berkahwin,” katanya.

Menurutnya, dalam kes seperti ini, pihak perempuan khususnya perlu bertolak ansur beberapa perkara seperti wang hantaran dan majlis kenduri yang hendak diadakan.

“Pihak perempuan perlu menyedari kemampuan si lelaki dan keadaan ekonomi kini. Jangan fikir nak buat majlis besar-besaran sehingga memaksa si lelaki berhutang.

“Ini akan menyebabkan anak dan menantu yang merana selepas kahwin akibat terpaksa membayar banyak hutang,” katanya.

Beliau berkata, ramai pasangan datang menemuinya meminta nasihat kerana menghadapi konflik rumah tangga akibat masalah kewangan selepas berkahwin.

“Yang paling ramai adalah kerana berhutang untuk melangsungkan perkahwinan sehingga tidak mampu menampung kehidupan selepas berumah tangga selain tidak mampu menguruskan kewangan.

“Secara realiti, kos sara hidup tidak akan pernah turun akan sentiasa naik, jadi nasihat saya bagi mereka yang baru berkahwin, jangan lakukan perubahan mendadak dalam hidup. Maksudnya cuba kekalkan apa yang ada. Kekalkan kereta, rumah sewa cari yang harga berpatutan, kurangkan makan di luar dan sebagainya,” katanya.

Kata Hushim lagi, bagi yang sudah lama berkahwin pula, mereka perlu cuba menukar gaya hidup.

“Contohnya untuk baju sekolah, kasut sekolah dan sebagainya untuk anak, kena kurangkan kuantitinya. Kalau dulu beli tiga pasang, sekarang beli dua pasang sahaja. Nasihatkan kepada anak supaya pakai dengan cermat. Di sini perlunya komunikasi dan peranan ibu bapa terhadap anak-anak,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kesan individu bujang yang lambat kahwin, beliau berkata, ia akan menyumbang kepada turunnya kadar pertumbuhan penduduk di negara ini.

“Apabila lambat kahwin, ia akan menyumbang kepada masalah kesuburan. Maknanya untuk dapat anak itu semakin sukar seterusnya meletakkan kadar populasi negara dalam keadaan tidak elok,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2015 03:30 PM | Show all posts
jap lagi keluar alasan hantaran tinggi jadi punca masyarakat tak kahwin. Hantaran tu belanja hangus kenduri kahwin, habis kalau living cost dah tinggi takkanlah korang expect katering RM 5 satu kepala gitu???

stupid society
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 03:34 PM | Show all posts
Jadi LGBT jer lar hadik2 pastu berhentam maki memaki dalam Parlimen padahal semuanye salah korang jugak. Pukimak kau lar ahli Parlimen sume
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 03:41 PM | Show all posts
yg penting menteri2 tetap terjaga poket memasing.

rakyat, korang pandai2lah bjimat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 03:48 PM | Show all posts
Nak jimat so jadi lar LGBTQ
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 03:49 PM | Show all posts
yg kaya bertambah kaya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2015 03:49 PM | Show all posts
alasan la...
tgo rmai yg miskin pun kahwin je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 03:54 PM | Show all posts
kena ubah culture jamu tetamu food murah2 jer Nasik lemak ke

jemput jiran sedara tetangga dekat jer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2015 03:54 PM | Show all posts
pendapat ai kos kawen x de apa sangat
kos yg membuatkan kita tersepit spt menyara ibu bapa yg tua yg tiada pencen atau income, kos menyara anak kos mengasuh susu pamper yg mahal, menyara suami x bekerja atau isteri x bekerja, kos bila terdapat ahli keluarga menumpang. bebanan hutang rumah dan kereta. tiada pekerjaan tetap yg lumayan. bila tergelincir mmg susah diperbetul dan berpanjangan masalah2
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 04:09 PM | Show all posts
nasib baik laaaaa aku bujang time Tun Det jadik PM..

gaji kecik pun boleh jah kawen dan beranak pinak tak yah risau takut tak cukup duit nak hidup
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah, kahwin lambat tak apa asalkan bertemu dengan jodoh yang baik dan penyayang dan seksi. (Ayat nak sedapkan hati sendiri)
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpelah kawin lmbt pn, iols gigih menyimpan utk bakal ank jugak....klu boleh pampers pn nk buat stok siap2 dr skang...gtuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 04:52 PM | Show all posts
pampers yang lebih 2 tu nanti leh la wat pinggan untuk hari kemudian,,pinggan mangkuk mahal kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
@ninjaboy menyara mak ayah tu bukan tugas anak sebenarnya..... klu setakat tlg sesikit boleh la. Kita pun ada hidup sendiri, if ada extra takpe

P/s
Nasib baik adik beradik lelaki ada 3 org
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 05:09 PM | Show all posts
Jodoh hang tak smpai lg tu, tu yg khwin lambat
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 05:12 PM | Show all posts
Banyak je jemputan kahwin cuti sekolah ni. Ramai je org beranak kat sepital gome sampai duk atas kerusi je. Kadang org tak kahwin bkn sbb tu sbb belum sampai jodoh, memilih utk membujang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 06:05 AM | Show all posts
x mampu jangan teruskan ... mungkin ianya satu halangan yang tersirat  

antaranya .. terpaksa berhutang ( menyusahkan diri sendiri )  

kalau dah sampai jodoh ... insyaAllah, ade je input yg akan membantu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 06:12 AM | Show all posts
ninja boy replied at 16-12-2015 03:54 PM
pendapat ai kos kawen x de apa sangat
kos yg membuatkan kita tersepit spt menyara ibu bapa yg tua y ...

sara ibu bapa - yups anak lelaki ada responsibility. i think ini bagus dah responsibiity saudara lelaki.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 06:16 AM | Show all posts
hmm...interesting issue ni. tapi banyak mana pun polemik - i rasa ok je.  Tapi just syukur , sabar dan tak palah ikhtiar.

Sebab hiduo ini ujian so....??? ntah nak polemik pun hal macam ni macam pointless.

hidup dikatakan susah lalu membujang, tapi bayangkan seorang isteri yg kematian suaminya yg berusia 37 tahun, dan anak anak 2 org - satu 9 dan satu lagi 6 tahun...

dan kita berkata : oh susahnya hidup ke

so , what kan? semua ni ujianlah. Jadi, sabar dan syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg takut nak kwin org pompuan....
Yg lelaki tak kiisah sbb trend skrg pompuan yg sara laki...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.068160 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list