CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7151|Reply: 69

[Tempatan] Murid Tahun 4 Tak Pernah Beli Baju Sekolah Sejak Darjah 1

[Copy link]
Post time 15-12-2015 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Murid Tahun 4 Tak Pernah Beli Baju Sekolah Sejak Darjah 1 Gembira Terima Bantuan

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/12/15/bantuan-baju-sekolah/

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 9:11 AM
Oleh: SHARANPAL SINGH RANDHAWA


Murid Tahun Empat, Sholi Dollah Mohd Yusuf gembira terima bantuan persekolahan.

KUALA TERENGGANU: Seorang murid Tahun Empat, Sholi Dollah Mohd Yusuf tersenyum lebar apabila menerima bantuan wang tunai yang membolehkannya membeli baju sekolah baharu bagi menggantikan pakaian lama yang dipakainya sejak empat tahun lalu.

Murid SK Seri Budiman itu berkata, dia telah memakai pakaian seragam yang sama sejak darjah satu.

"Baju sekolah saya sudah buruk," kata Sholi yang bersyukur kepada Allah dan semua orang yang membantunya.

"Dengan duit bantuan ini, saya juga akan membeli sepasang baju sekolah untuk adik saya yang akan berada di tahun dua," kata Sholi ceria dan teruja.

Dia adalah antara 80 pelajar miskin yang menerima bantuan wang tunai untuk mereka membeli tiga pasang pakaian seragam sekolah setiap seorang.

Selain pakaian seragam, murid-murid itu juga menerima beg sekolah, buku dan alat tulis untuk penggal baru persekolahan yang bermula pada 3 Januari ini di Terengganu.

Bantuan tunai itu disediakan oleh Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad, sebuah pertubuhan berkaitan kerajaan yang membantu mengenal pasti 80 pelajar yang memerlukan bantuan dari empat buah sekolah - SK Seri Budiman, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Losong dan SK Gong Tok Nasek - untuk program kembali ke sekolah.

Bagi Pengurus Besar Komunikasi dan Perancangan Korporat organisasi itu Abdul Adzim Abdul Hamid, pengalaman melihat wajah ceria dan kegembiraan murid-murid turut membuatkan beliau dan kakitangan lain gembira.

"Bagi kami, ia berjalan dengan baik. Kami telah melakukannya selama tujuh tahun berturut-turut untuk 80 pelajar di Kemaman, tetapi untuk kali pertama, kami telah melanjutkan program ke Kuala Terengganu.

"Setiap tahun, syarikat memperuntukkan RM100,000 bagi murid-murid dan kami membelanjakan kira-kira RM625 untuk setiap murid.

"Idea ini adalah untuk meringankan beban kewangan ibu bapa mereka dan untuk menyediakan permulaan yang baik kanak-kanak yang akan masuk sekolah semula," katanya.

Tambahnya, program ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 640 pelajar sejak ia bermula tujuh tahun lalu.

Abdul Adzim berkata 80 pelajar dari empat buah sekolah di daerah Kemaman juga akan mendapat manfaat daripada program ini.

Sekolah tersebut ialah SK Kijal, SK Kemasek, SK Telok Kalong dan SK Kampung Chabang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak skolah bukan dpt duit 100 Tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 10:15 AM | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 15-12-2015 02:01 AM
Budak skolah bukan dpt duit 100 Tu?

duit 100 tu emak dia guna beli tudung peridah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 10:22 AM | Show all posts
biar betik 4 tahun x penah tukar pakaian baru..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 10:29 AM | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 15-12-2015 10:01 AM
Budak skolah bukan dpt duit 100 Tu?

btl gak kan...
mn pi duit tu....

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 10:36 AM | Show all posts
Besenya kalau miskin camni, banyak bantuan diterima espesyeli budak sekolah. Ada dapat KWAPM dengan bantuan hat gomen bagi rm100 tu. Pelik aku...pelik jugak berita ni...hmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2015 10:36 AM | Show all posts
persoalan demi persoalan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 10:45 AM | Show all posts
Banyaknya sampai 3 pasang, 2 sahaja mencukupi, budget sepasang lagi buat beli baju sukan sekolah. Budak-budak sekarang bukan hari-hari pakai uniform, 2 hari pakai baju sukan, 1 hari pakai baju 1murid 1 sukan, 2 hari pakai uniform. Tak macam itu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 10:55 AM | Show all posts
siannya..
bantuan yg dpt rm100 tu maybe bayar utk lain2..
buku tulis pun kena beli gak..
yuran sekolah jerk xde ..tp yg lain2 ttp kena bayar..
macam2 benda alah..yg sekolah senaraikan utk dibayar


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:02 AM | Show all posts
haryatie replied at 15-12-2015 10:55 AM
siannya..
bantuan yg dpt rm100 tu maybe bayar utk lain2..
buku tulis pun kena beli gak..

betol tu... RM100 sekarang ni tak banyak mana pun... sikit sgt...

buka akaun la.. boleh kita derma sorang sikit..

tolong rakyat yg betol2 x berkemampuan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:08 AM | Show all posts
kasihannya.. dari darjah satu badan tak membesar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:11 AM | Show all posts
baju sekolah bape hinggit
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:11 AM | Show all posts
kole teganu pun ado maslaah miskin gak ke......
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
actually bantual 100 tu beli buku n byr yuran pibg la, majalah la, sukan la...beli buku tulis pun x cukup...our menteri jer rasa 100 tu besar giler
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:25 AM | Show all posts
sedihnya..4 tahun baru beli? adik aku 3 pasang setahun pun aku rasa mcm normal.
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:31 AM | Show all posts
Duit rm100 tu dapat bila dah naik sekolah
tak kan dah naik sekolah baru nak beli baju seragam sekolah??
tentu2 la time2 gini mmg parents akan sibuk beli persiapan sekolah anak, bukan beli lepas dah naik sekolah
itu pun tak boleh fikir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 11:52 AM | Show all posts
biasa kalau pelajar miskin, mcm2 bantuan ada...
br1m la, kwamp la, biasiswa, zakat,syarikat2 kewangan pn membantu,

yasng bermasalah, yg sederhana..xde sapa nak membantu,
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:56 AM | Show all posts
ada mak ayah ke x budak ni? xkan dlm 4 tahun tu x mampu kumpul duit nak bli baju skolah anak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:57 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-12-2015 11:08 AM
kasihannya.. dari darjah satu badan tak membesar..

dia meninggi jer..

semua senteng...tergantung
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dajah 4 pki bj dajah 1,x senteng ke seluar baju..

Iols dulu pun xpnh dpt bj sekolah baru..
Asyik recycle bj kakak2 je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.612710 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list