CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1753|Reply: 2

[Tempatan] RM15,000 untuk setiap pemain utama Kedah - Mukhriz

[Copy link]
Post time 14-12-2015 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by jelitaqasyah at 14-12-2015 11:19 AM



Kedah mara ke final Piala Malaysia tahun ini berdepan Selangor selepas kali terakhir menjuarai piala itu pada 2008. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
                           
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini mengumumkan imbuhan RM15,000 untuk setiap pemain utama pasukan bola sepak Kedah yang muncul Naib Juara Piala Malaysia musim ini.

Mukhriz berkata dengan pencapaian luar biasa skuad Helang Merah sehingga berjaya bergelar Naib Juara, imbuhan itu dianggap sebagai berpatutan biarpun bukan jumlah yang besar.

"Kita tahu skuad Kedah berjuang tanpa imbuhan yang besar selama ini. Namun dengan pencapaian luar biasa ini, melalui perbincangan kita setuju untuk memberi imbuhan ini," katanya kepada pemberita pada majlis santapan malam meraikan pasukan Kedah di Istana Negara malam ini.

Mukhriz berkata bagi pemain lain imbuhan turut diberikan berdasarkan peratusan masa yang mereka luangkan bermain untuk pasukan.

Katanya, misi pasukan itu seterusnya ialah menumpukan pada perlawanan Liga Super musim depan.

"Sekarang ini pasukan akan berehat sehingga Februari ini. Selepas itu tumpuan adalah bagi memantapkan lagi pasukan untuk musim depan," katanya.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam meraikan pasukan bola sepak Kedah itu.
Kedah mara ke final Piala Malaysia tahun ini berdepan Selangor selepas kali terakhir menjuarai piala itu pada 2008.

Namun Kedah tewas 0-2 kepada Selangor pada perlawanan di Stadium Shah Alam malam tadi.                                                





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2015 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoyaiiiii, nak. Kena. tgu. februari. 2016. plak. Dh....... lmbt. btol. Nk. Start. sizen. baru......
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
"Sekarang ini pasukan akan berehat sehingga Februari ini. Selepas itu tumpuan adalah bagi memantapkan lagi pasukan untuk musim depan," katanya............ kalo. Btol. Nk. mantapkan. Pasukan. Utk. Cabaran. Liga. Super. Musim. depan. Defend. mesti. Amik. Hat. Power...... striker. Mau. Yg. Lipas. Kudung. Bak. Affendi. julaihi. Dgn. Penyudah. Bak. Laszlo. Repasi, then. Pasukan. Kedah. Mmg. Sudah. Bersedia. merebut. Tiket. Automatik. Ke. AFC. CUP. 2017
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.299034 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list