View: 16821|Reply: 104
|
Zara Zya :Lakonan & Bisnes berjalan seiring
[Copy link]
|
|
Tidak kerana mengikut trend semata-mata, Zara Zya, 30, menjadikan bidang perniagaan sebagai mata pencarian utamanya selain berlakon.
Zara baru-baru ini memaklumkan ingin mengembangkan bisnes yang diusahakan dan bakal memperkenalkan jenama fesyen tidak lama lagi.
“Kalau boleh, biarlah bisnes yang diusahakan seiring dengan lakonan. Bukan apa, selain dapat menambah pendapatan, ia persediaan awal untuk masa depan yang lebih menjamin,” kata Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin.
Pelakon drama bersiri popular Tuan Anas Mikael itu turut memaklumkan sedang mencari tukang jahit untuk menjahit koleksi jenama fesyennya.
“Ia masih dalam perbincangan. Belum masanya untuk saya beritahu apa koleksi itu, tetapi ia memang berkaitan fesyen.
“Saya mencari tukang jahit yang sesuai dan kreatif untuk bekerjasama,” katanya lagi.
Sebelum ini, Zara pernah berniaga makanan dan produk kecantikan.
“Bisnes makanan saya buat dengan ibu manakala produk kecantikan ZaraZya Beauty pula saya hanya keluarkan bedak asas. Insya-Allah, pada masa akan datang saya akan keluarkan lebih banyak produk,” katanya.
Menerusi drama Tuan Anas Mikael yang meraih rating empat juta penonton, lakonannya mendapat pujian melambung peminat.
Pun begitu, ada juga yang mengkritik, namun ia sama sekali tidak berbekas di hati pelakon berjiwa periang ini.
“Biasalah, kita tak boleh puaskan hati semua pihak. Ada komen tak suka karakter saya bercakap dengan kamera.
“Bagi saya tak ada apa yang pelik kerana adegan sebegini sudah lama diguna pakai dalam filem dan drama Melayu.
“Kalau dikaji pada zaman filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee sudah ada,” katanya.
Mengulas mengenai kejayaan drama itu, Zara menyifatkan ia rezeki semua yang terbabit menjayakan karya terbabit.
“Ini rezeki kami yang bekerja keras menghasilkan drama ini. Saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana bagi saya kalau penonton suka dan drama ini jadi bualan ramai, itu sudah memadai,” katanya.
Sepanjang mencanai bakat sebagai pelakon, Zara mengelak bersikap memilih watak.
Ini kerana dia percaya pelakon sewajarnya bersedia membawa apa saja karakter kerana itu tanggungjawab mereka.
“Saya tak memilih watak. Kalau ditawarkan dan ada kelapangan saya akan buat.
“Lagipun lakonan adalah sumber pendapatan saya dan menjadi tanggungjawab saya memberikan persembahan terbaik,” katanya.
Terbaru, Zara terikat dengan penggambaran drama Cinta Hati Abah untuk slot Samarinda TV3.
Selain Zara, drama ini turut dijayakan Esma Daniel, Noni, Afiq Muiz dan Idris Khan.
Sumber : Harian Metro . |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dia ni klo ak jumpa tepi jalan sumpah x cam...
muka dia ni biasa2 saja... |
|
|
|
|
|
|
|
muda2 n masih laku ni eloklah beringt rancang masa depan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan iols tunjuk gambar zara zya masa melawat kak ipar kawan iols kt hospital.. omaii lawa sgt, mmg dia biasa2 je tp bila dikelilingi bkn artis dia nmpk menyerlah, ada aura.
bagus lah beringat nk mnyimpan, bisnes masa senang.. pernah baca dia dulu tak ada duit sbb takda job sampai kereta nk kena tarik |
|
|
|
|
|
|
|
setokinpurple replied at 12-12-2015 08:02 PM
kawan iols tunjuk gambar zara zya masa melawat kak ipar kawan iols kt hospital.. omaii lawa sgt, mmg ...
Starstruck la eh? Tp pada iols she is pretty. N sumpah tak kayu tertinggal la mia kayu naik roket tak sampai2. Lol |
|
|
|
|
|
|
|
Dia cantik tak plastik, dia tetap nampak okay walau dalam keadaan yang selamba dan teruk sekalipun. Pada saya dia cantik biasa2 je, tak perlu work hard to look beautiful. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-12-2015 08:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
setokinpurple replied at 12-12-2015 08:02 PM
kawan iols tunjuk gambar zara zya masa melawat kak ipar kawan iols kt hospital.. omaii lawa sgt, mmg ...
yup iols pun penah baca jgk masa tu masa zmn sendu sheols .job xde smp keta nak kena tarik .yg bagusnya ,sheols masih pakai suzuki swift yg sama walaupun skrg jobs banyak .kiranya boleh je kalo nk tuko keta yg mahal sikit .iols pernah jmp sheols personally,sheols sgt kecik smp iols rasa mcm giant disitu . & kat luar lagi lawa drp dlm gambar |
|
|
|
|
|
|
|
sejak dia dah glowing sikit ni nmpk lebih cantik lah.. takde la putih sangat mcm sesetengah retis yg tibe2 putih tu.. tp dia nmpk lebih cantik tak berkerak mcm mula2 jadi retis dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
suzuki swift maroon sampai peminat dah kenal kereta dia kalau parking kat luar. rajin dia ni cari duit, lepas shooting buat tempahan superstar choc kt rumah.. kt kedai kosmetik aritu jumpa bedak/foundation jenama dia. dah kaya raya jgn asek nk bercoti obersea je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by melinda_kerr at 12-12-2015 09:09 PM
Rs mcm kena tipu je dgn gambar2 360 ni. Naper dlm TAM tk brp cantik pun tpi suka rambut nya yg pjg lebat |
|
|
|
|
|
|
|
Mak teh rasa dia ni kategori fotogenik...
Secara jujurnya mak teh lebih suka yg tak fotogenik...biar nampak buruk dlm gambar...tapi depan2 cantik.
Biasa yg fotogenik ni muka depa simetri...
Tetiba kan i merapu |
|
|
|
|
|
|
|
Entsh rasa tak berminat dgn brgan kosmetik jenama retis. Rasa mcm lebih baik beli bedak safi kt mydin je atau pun maybelline. sori ye. Pendapat aku je. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-12-2015 10:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
setokinpurple replied at 12-12-2015 08:23 PM
suzuki swift maroon sampai peminat dah kenal kereta dia kalau parking kat luar. rajin dia ni cari ...
aritu masa cuti shooting kot sheols amik order delivery makanan.nampak sedap ayam masak lemak cili padi ,kari daging sheols .ramai jgk yg order .betullah,masa ada job ni kena beringat .bkn retis je lah ,kita2 ni pun |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-12-2015 10:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sharlenetexas replied at 12-12-2015 10:00 PM
Entsh rasa tak berminat dgn brgan kosmetik jenama retis. Rasa mcm lebih baik beli bedak safi kt mydi ...
samalah ,iols pun mcm tu jugak.prefer beli produk kt watson ke guardian ke.sama jugak dgn ubat2 yg konon2 1 ubat boleh sembuh semua penyakit .baiklah pegi jmp doktor .tp btolah,pendapat masing2 kan . |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni sama mcm Zarina Zainuddin,gigih berniaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka biasa2 pon lakonan mantap.....kipidap zara zya |
|
|
|
|
|
|
|
putehkundor replied at 12-12-2015 09:11 PM
Mak teh rasa dia ni kategori fotogenik...
Secara jujurnya mak teh lebih suka yg tak fotogenik...b ...
Sentap.... Sbb iols jenis dlm gambo nmpk cantik f2f mcm ahjumma :p |
|
|
|
|
|
|
|
suka beli produk Safi Rania Gold, Hair care, dll di Guardian je sebab banyak offer murah-murah.... banyak giler diskaun, banyak baucar
Watson mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah utk Zara Zya even umur dia dah agak matang masuk dunia lakonan.
Dulu Cik Ta masuk berlakon pun umur 32
|
|
|
|
|
|
|
| |
|