CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 3

[Tempatan] [Edisi Kedah Bebas Agen CIA] 50 Maahad Tahfiz Bebas IS

[Copy link]
Post time 12-12-2015 10:11 AM | Show all posts |Read mode
50 maahad tahfiz bebas IS

Alor Setar: Pemantauan Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Islam (GIPTIS) terhadap 50 sekolah pondok dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini mendapati semuanya bebas daripada pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS).

Pengerusinya Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi berkata, GIPTIS dengan kerjasama Pejabat Mufti Kedah sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengekang kemasukan fahaman lain terutama militan ke negeri itu.

Katanya, sehingga kini, seramai lima ustaz di bawah seliaan GIPTIS dihantar ke semua sekolah pondok dan maahad tahfiz secara bergilir-gilir sebanyak dua kali sebulan bagi memastikan institusi agama berkenaan bebas daripada pengaruh IS.

“Keadaan ini membuktikan pengajian akidah dan tauhid daripada fahaman Ahli Sunnah Waljamaah (Asya’irah dan Matudiriah), tasawuf (al-Ghazaliah) serta fiqah (Imam Shafie) yang diselaraskan oleh GIPTIS, berjaya membendung pembabitan tenaga pengajar dan pelajar dengan kumpulan IS.

“Kurikulum pendidikan yang diselaraskan ini memberi kefahaman sebenar terhadap tasawwur Islam yang lebih cenderung ke arah menghormati pemerintah.

“Secara tidak langsung semua pelajar beriltizam dengan disiplin pengajian disampaikan, malah fahaman Ahli Sunnah Waljamaah tidak mempunyai unsur penganjuran ke arah membakar semangat pengikutnya untuk memberontak terhadap kerajaan yang memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya, yang memberi jaminan pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, dekat sini, bebas daripada konco IS membabitkan rakyat Syria.

Abdul Aziz berkata, setiap pendidikan kurikulum yang diterapkan kepada kira-kira 3,000 pelajar sekolah pondok dan maahad tahfiz di negeri itu sentiasa memberi penekanan ke arah menghormati serta mentaati pemerintah sedia ada.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 8:53 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 01:19 PM | Show all posts

Syukur siss....bolehlah letak logo "IS berpalang"
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 01:21 PM | Show all posts
Diharap bebas dari menjadikan kanak-kanak sebagai peraih derma di stesen minyak juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 01:26 PM | Show all posts
TPPA replied at 12-12-2015 01:21 PM
Diharap bebas dari menjadikan kanak-kanak sebagai peraih derma di stesen minyak juga.

hahaha komen ni aku like.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059298 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list