View: 2199|Reply: 4
|
Selain Ayam Percik, Pernah Tak Cuba Telur Percik?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Permintaan terhadap masakan percik di bulan Ramadan begitu luar biasa sekali. Kelazatannya dirasakan berbeza andai dibandingkan dengan hari-hari biasa.
Selama ini, hanya menu ayam percik sahaja yang terbayang di kepala sedangkan kuah percik boleh dipelbagaikan menu lain.
Apa kata cuba 'Percik Telur'- menu percik yang diilhamkan khas untuk santapan bersama keluarga tersayang.
sumber foto: http://keluarga.karangkraf.com/
Bahan-bahan:
5 biji telur - direbus dan dikupas kulitnya
10 gm lengkuas }
10 gm bawang putih }
20 gm bawang merah } dikisar halus
10 gm kunyit hidup }
30 gm cili kering }
10 gm asam jawa - diperah airnya
10 gm serai - diketuk
10 gm serbuk ketumbar
20 gm halia
50 gm santan
Cara-cara membuat:
Panaskan minyak terlebih dahulu dan gorengkan telur sehingga bertukar warna keemasan. Toskan dan biarkan ia sejuk seketika.
Panaskan minyak dalam, kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
Masukkan serai, santan, serbuk ketumbar dan air asam jawa. Didihkan kuah tadi sehingga pekat dan tambahkan perisa secukupnya.
Tuangkan ke atas telur yang digoreng dan sudah siap untuk dihidangkan.
Bagi menambahkan selera, hidangkan lauk ini bersama nasi kerabu.
sumber info: www.rasasedap.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
arwah mak kita selalu buat masa kita kecik2 dulu......tapi kita panggil telur kerutuk |
|
|
|
|
|
|
|
ooo telor pun boleh masak percik ke....menarik nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan pun boleh buat percik macam ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|