View: 4022|Reply: 7
|
[Edisi Meletup]: Jadi Pengguna Kereta Yang Peka, Boleh Tak?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: Facebook
Baru-baru ini, media sosial khususnya laman Facebook tersebar meluas gambar seperti di atas yang menunjukan berlakunya letupan di bahagian tombol 'gear' sebuah kereta.
Menurut status yang dimuat-naik, tuan punya kereta dikatakan tertinggal 'power bank' di dalam kereta dan beberapa jam kemudian, ketika kembali ke keretanya barulah terkejut nampak power bank tersebut telah meletup!
Namun, mujurnya tiada sesiapa pun cedera dalam insiden letupan berkenaan.
Biarpun ramai netizen beri komen mengatakan mungkin power bank yang dibeli oleh tuan punya kereta itu adalah barangan yang dijual di pasar atau pun merupakan jenama tiruan yang murah.
Tetapi ada juga yang memberi pesanan bahawa berikutan dalam power bank mengandungi bateri, jadi perlu ingat jangan sesekali meletakkannya di dalam kereta yang boleh dipancar secara terus menerus cahaya matahari yang terik.
Pada masa yang sama juga perlu mengelakan daripada sambil mencaj bateri sambil dipancar terus cahaya matahari.
Memang benar, kebanyakan struktur dalaman power bank adalah terdiri daripada bahan litium ion, jadi kalau bateri didedahkan dalam bahang suhu yang tinggi, ia mempunyai risiko boleh meletup.
Sebagai ingatan buat kita semua, tidak kira yang berjenama asli atau tiruan, power bank yang diletakkan di kawasan yang bersuhu tinggi, maka ia sudah pasti mengadungi risiko boleh berlaku letupan.
sumber foto: http://ecx.images-amazon.com/
Selain power bank, telefon bimbit juga tidak harus diletakkan atas 'dashboard' dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan kita semasa memandu kereta, lazimnya akan meletak telefon bimbit pada pemegang telefon bimbit yang ditampal pada 'windscreen' kereta untuk mendapat rujukan hala tuju jalan.
Biarpun memudahkan, tetapi dengan berbuat demikian boleh menyebabkan telefon bimbit mengalami pancaran cahaya matahari yang kuat sehingga menjadi rosak, ataupun terlebih bahang pancaran matahari turut menyebabkan telefon bimbit tidak dapat berfungsi secara normal.
Julai tahun ini, Taiwan juga pernah berlaku insiden letupan akibat telefon bimbit yang diletak pada dashboard kereta mengalami bahang pancaran matahari sehinggakan kereta terbakar keseluruhannya.
Selain itu, benda-benda sperti pemetik api atau lighter dan minyak wangi juga tidak harus diletak dalam kereta khususnya atas 'dashboard' yang menerima pancaran cahaya matahari secara terus menerus yang difahamkan juga berisiko tinggi boleh mengakibatkan berlaku letupan yang tidak diingini.
Akhirnya, yang paling penting sekali, jangan membiarkan anak berada di dalam kereta! Insiden kematian kanak-kanak yang terkurung dalam kereta akibat sesak nafas kerap berlaku, jadi ibu bapa sekalian, sila ambil serious perkara tersebut.
Jangan beranggapan semasa membiarkan anak di dalam kereta dengan menghidupkan enjin kereta dan buka pendingin hawa, aliran udara di dalam kereta akan terjamin.
sumber foto : http://forumsarchive.presonus.com/
Sebenarnya silap sama sekali anggapan sedemikian kerana gas ekzos kereta lain di sekeliling akan diserap semula ke dalam kereta, akhirnya mungkin mengakibatkan tahap kepekatan karbon monoksida yang berada dalam kereta meningkat, kanak-kanak akan terkena racun akibat tersedut gas ekzos.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. |
|
|
|
|
|
|
|
SUMBER FB LAGI
WARTAWAN FB |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mak_wa95 at 8-12-2015 02:05 PM
bodo* tahap apa ni..
nak masuk bod viral, kan sendu.
|
|
|
|
|
|
|
|
beli je la in car charger. baru bape hengget dgn kabel fast charging |
|
|
|
|
|
|
|
elok la sumber FB tu.
dah tu nak ambik sumber mana?
wartawan free, sumber pon takyah modal la.
cuma jgn cedok dari sokkaba.
|
|
|
|
|
|
|
|
p la masuk bod viral.
wartawancari bergaji ,status kakitangan n keje dipejabat,keje officehour..
cari la berita sumber soheh sikit..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|