Pegawai SPRM telah temui penderma RM2.6 bilionSiasatan SPRM mengenai sumbangan dana itu masih berjalan dan pihak media akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - Foto arkib TRP/ Azrol Ali
[size=100%]KOTA BHARU, 7 Disember:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar sepasukan pegawai ke Timur Tengah untuk menemui penderma dana politik RM2.6 bilion. Ketika mengesahkan perkara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pertemuan dengan penderma itu telah diadakan. Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran pertemuan itu, termasuk identiti penderma terbabit. Tegasnya, siasatan mengenai sumbangan dana itu masih berjalan dan pihak media akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. “Saya ingin jelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan kerjasama yang baik kepada pasukan kami,” katanya. Ditanya adakah SPRM akan memanggil Perdana Menteri selepas ini, Azam berkata, beliau tidak boleh mengulas perkara itu buat masa ini.
“Siasatan ke situ masih berjalan. Apabila sudah selesai, kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya yang akan menentukan tindakan selanjutnya. “SPRM akan sentiasa mengemas kini kes ini kepada umum, tetapi hasil siasatan tidak boleh didedahkan begitu sahaja,” katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan 33 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), susulan kejayaan Ops Banteras Kereta Klon, hari ini. Pada masa sama, jelasnya, beliau sendiri akan melakukan siasatan dalaman bagi mengetahui bagaimana maklumat mengenai penghantaran pegawainya ke Timur Tengah tersebar di laman media sosial. Sabtu lalu, SPRM mengambil keterangan Perdana Menteri bagi membantu siasatan suruhanjaya itu berhubung isu SRC International dan dana berjumlah RM2.6 bilion.
s
|