CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10765|Reply: 47

[SERAM] Lebuhraya Persekutuan KL - Shah Alam

[Copy link]
Post time 6-12-2015 05:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by medangmru at 8-12-2015 02:22 PM

     Salam dan selamat pagi,hari ni aku nak share 1 kisah yang dialami seorang staff di kolej kediaman aku duduk ni.Aku ceritakan serba sikit pasal dia.Die dalam lingkunagn 40 tahun dan merupakan technician kat kolej aku duduk.Aku duduk kat salah satu kolej kediaman dalam Universiti Malaya.Staff ni aku namakan sebagai F.Dah berkahwin dan berasal dari Kelantan.Kisah yang aku ceritakan berkait dengan Federal Highway (FH).Mesti semua orang tahu mana Federal Highway,antara jalan paling sibuk kt KL ni.Cuma kita termasuk aku sendiri tak pernah terfikir pon yang FH ada sedikit cerita.

     Ceritanya bila F pergi ke Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan bola(tak pasti apa lawan apa).Pada mulanya F mahu membawa kereta namun dikenangkan kesesakan yang pastinya melampau,maka F ambil keputusan menunggang motorsikal sahaja petang itu.F keluar dari persimpangan Menara U/PPUM dan membelok ke arah persimpangan Crystal Crown sebelum memasuki FH melalui persimpangan Amcorp Mall dan terus ke laluan motorsikal di sebelah kiri.Perjalanan pada waktu maghrib dipenuhi motorsikal yang pulang dari tempat kerja dan yang mahu ke stadium.F meneruskan perjalanan seperti biasa ke Shah Alam.Sesampai di kawasan Subang Jaya(Lapangan Terbang) ada sebuah kemalangan melibatkan kereta dan lori namun tiada kematian.F meneruskan perjalanan sehingga ke Stadium S.Alam dan menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu.Selesai perlawanan,F mengambil keputusan untuk melepak-lepak dirumah kawannya yang terletak di Seksyen 7 hingga lewat malam.Tidak silap pada pukul 1 atau 2 pagi

      F menghidupkan motorsikal dan pulang melalui FH dan mengikuti laluan motorsikal.Nah,di sini kisah sebenar bermula.Kesilapan ini tidak disedari F kerana pertama kali dia melalui laluan motorsikal pada dini hari.F memang merasa tidak sedap hati sejak melepasi Tol Batu 3,namun ia diabaikan kerana mahu pulang.Ketika melalui arca Jam Petaling Jaya,F merasakan ada sesuatu yang pelik,motorsikalnya terasa perlahan(bukan berat) dan tidak bergerak laju.F menurunkan gear dan meneruskan perjalanan melepasi terowong di situ.Tiba selepas selekoh,dia terkejut terlihat susuk tubuh seorang lelaki duduk seperti menjuntaikan kaki di atas pintu masuk terowong.F membrek mengejut kerana terkejut.Lembaga tersebut seolah-olah tersenyum dan melambai-lambai ke arahnya.Dengan ketakutan dan sedikit keberanian,F memusingkan motorsikalnya dan melawan arus hingga keluar ke jalan besar.Semasa F mencritakan kisah ini,saya sedang membasuh baju di mesin basuh.Saya sendiri meremang dan perasaan itu susah untuk digambarkan


     F menceritakan lagi,bila melalui jalan besar,dia sempat menjeling ke arah terowong tersebut dan lembaga tersebut ghaib.Namun rasa meremang dan takut terus mengikut hingga sampai ke kolej.F berkata,tempat kejadian tidak berapa jauh dengan kawasan kemalangan ngeri motorsikal yang melibatkan beberapa remaja beberapa tahun lepas,Namun itu hanya andaian F,saya sendiri pernah melalui kawasan tersebut(dengan kereta) namun tiada apa terjadi.F mendakwa susuk lelaki itu kelihatan lebih tinggi kerana kakinya berjuntai seolah2 hampir mencecah tanah. anda ada kisah untuk diceritakan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2015 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Wohoo seram tu..saya sendiri pun takut lalu terowong dekat hway tu..lain macam je rasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually my fren pun ada pengalaman yg serupa but x pasti terowong yg sama ke...tp dia punya pengalaman bukan berjuntai tp bertenggek dlm terowong tu...masuk2 saja dlm terowong ..tiang keluar terowong ada lembaga hitam tgh bertenggek tp my fren buat2 x nmpk ..sbb dia dh hujung terowong x mampu nk u turn...so dia teruskan sambil pura2 x nmpk sambil memecut laju ...dia cerita laluan motorsikal FH mmg menakutkan ada bbrp point yg kalau nasib x baik akan jumpa...wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 10:42 AM | Show all posts
Menarik....seram....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 03:01 PM | Show all posts
Soalan...

1- Dia nampak terjuntai tu sebelum masuk terowong ke dah di penghujung terowong? nampak makhluk tu membelakangi atau mendepani dia?

2- Arca Jam PJ tu yang mana? Kota Darul Ehsan tu ke? maknanya dia lalu terowong sebelah tu ke?

Terima kasih..

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 03:02 PM | Show all posts
U duduk kolej kediaman tu pun mcm2 cerita jugak kan kat dalam.. malahan bungalow2 tinggal yang beratur sepanjang jalan universiti tu pun ada kisah jugak kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsangka jln motor pun ade cerita seram..  tpi klu lalu2 terowong slalu terbit rase seram sbb kes suram..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Berzaman aku dok bawa moto kat FH x pnah ada skeri mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 6-12-2015 03:01 PM
Soalan...

1- Dia nampak terjuntai tu sebelum masuk terowong ke dah di penghujung terowong? nampak ...

Die nampak sebelum masuk.Maknanya mereka saling berhadapan.Lokasi yg saya agak di smpang susur keluar dari Subang Jaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya sendiri selalu lalu pd waktu mlm tp xdela jam 1,2 pg.kalau 8-9 mlm mmg sy lalu sebab rasa selamat sikit.Lau lewat sy risau.takut org tahan n rompak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 6-12-2015 03:02 PM
U duduk kolej kediaman tu pun mcm2 cerita jugak kan kat dalam.. malahan bungalow2 tinggal yang berat ...

Banyak sgt cerita die.xtau mana 1 yg betul n yg buat2
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:22 AM | Show all posts
RaihanRozhan replied at 7-12-2015 02:42 AM
Die nampak sebelum masuk.Maknanya mereka saling berhadapan.Lokasi yg saya agak di smpang susur kel ...

area sini kot adik ipar aku nampak benda putih melintas jalan.. dalam pukul 2 pagi..terus pecut keta..kang dia tumpang keta plk
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:00 AM | Show all posts
bila baca pasal FH ni, saya juga ada pengalaman kat FH...dulu habis saja grad....saya jadi guru tuisyen sementara ..so, dapatlah kat seksyen 8 Shah Alam..
masa tu saya guna motor kapcai (hondacup 70)...zaman batu la katakan...
terpaksalah naik motor ke pusat tusiyen tu...which is..kena lalu laluan motor la kalau ikut FH,
first time naik motor ikut FH, tak tahu ada laluan motor..selamba je ikut jalan besar, dah kena hon dgn lori, pastu cepat2 redah  pokok2 bunga, pembahagi jalan ke laluan motor tu...nak cepat2 masuk laluan motor

jam 2 petang dah keluar rumah..sbb nak sampai before 3.30 petang, kelas start 4-6 petang, weekdays..
sepanjang laluan motor..tak ada penunggang perempuan..huhuhu...
bila berselisih motor..semua pandang saya mcm jakun
ah lantaklah..saya buat bodoh je..bukan kacau dia orang pun..bukan org lelaki je yang boleh naik motor lalu ikut jalan tu kan?

satu hari saya kena balik lewat dari pusat tuisyen sebab guru lain nak saya periksa kertas exam budak ..esok dah nak submit dan inform parents sekali
nak bantah..mana boleh sbb saya guru sementara je..saya ni asyiklah tengok jam..dah hampir 7 malam..

lepas solat maghrib, saya pecut balik..takut sebab first time balik malam2..
sampai je kat terowong laluan tu..motor saya jadi berat..ah sudah...dengan hujan renyai..dahlah helmet jenis yang tak ada cover depan tu..pedih muka kena hujan
masuk terowong..gelap gulita..mulut kumat kamit baca kursi..
lega bila dah lepas terowong..
tapi.......................................sebaik saja lepas keluar dari terowong tu....ada benda tercongok sebelah kiri laluan tu..macam badan seorang lelaki
tak jelas sangat mukanya..tapi nampak darah banyak meleleh dari badan sampai ke jalan tar kecil...ada lampu jalan..sebab tu boleh nampak walaupun samar2
macam banjir dengan darah...
masa tu pulak la..tak ada motor lain lalu kat situ..
motor saya tu rasa berat semacam..macam bawa tong simen tu..
benda tu  makin dekat...dia jalan macam tempang dan heret kaki...rupanya kaki dia patah...
sekali dia angkat muka..muka orang tu hancur bersepai..daging macam nak jatuh...
saya terus jerit Allahuakhbar!!!
terus rasa ringan motor yg berat tadi dan saya pecut selaju yg boleh..

sampai rumah..saya terus mandi dan tidur selimut lingkup..
jam 3 pagi terjaga, bangun solat isyak..
esok pagi call pusat tuisyen..nak berhenti..tak pergi dah..

itulah kali pertama dan terakhir saya naik motor lalu ikut situ..
eii...tak nak dah lalui pengalaman tu lagi..
bertahan sebulan je jadi guru tuisyen..sepatutnya tiga bulan sya kena mengajar..


sampai ke la ni..duk terbayang muka hancur orang tu dengan darah dan daging jatuh2 tu..
pastu kena marah ngan member sebab saya berhenti kerja jadi guru tuisyen..huhuhu..
saya tak cerita pun kat diorang pasal benda yang saya nampak tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 11:20 AM | Show all posts
x sangka gak FH ni seram yek? aku dulu la masa zaman motor lalu FH ni... tp kalau lewat mlm, aku x ikut lorong motor... sebab aku takut perampok jek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:54 PM | Show all posts
Sebelum ni ramai jgk yg cite pasal FH ni. Bertabah je la kalau nampak tu.. Jalan raya kan? Mesti banyak makan nyawa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 01:21 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-12-2015 10:00 AM
bila baca pasal FH ni, saya juga ada pengalaman kat FH...dulu habis saja grad....saya jadi guru tuis ...

Allah....menakutkan.sebenar banyak cerita kt terowong FH.Cuma tak tau yang mana satu,Staff saya pon die lupa mana 1.cuma yang die ingt lepas susur keluar dari subang jaya (airport).Kalau malam saya selalu dari arah PPUM ke Jln 223,tapi xtk lalu lngsung jalan moto

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 01:50 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-12-2015 10:00 AM
bila baca pasal FH ni, saya juga ada pengalaman kat FH...dulu habis saja grad....saya jadi guru tuis ...

seramnya Ipo...............
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:06 PM | Show all posts
RaihanRozhan replied at 7-12-2015 02:42 AM
Die nampak sebelum masuk.Maknanya mereka saling berhadapan.Lokasi yg saya agak di smpang susur kel ...

Ok.. saya ingat di terowong dekat2 dengan kota darul ehsan dekat PPUM tu...

Kat subang tu mmg agak sunyi tiada penempatan berhampiran kan...

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:08 PM | Show all posts
RaihanRozhan replied at 7-12-2015 01:21 PM
Allah....menakutkan.sebenar banyak cerita kt terowong FH.Cuma tak tau yang mana satu,Staff saya po ...

Pegi Jalan 223 makan nasik lemak maple ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 7-12-2015 05:08 PM
Pegi Jalan 223 makan nasik lemak maple ke???

Nak belanja pon le gak.haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.257932 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list