CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5364|Reply: 32

[Dunia] Di China, jambatan paling ngeri di dunia dibuka semalam

[Copy link]
Post time 5-12-2015 07:34 AM | Show all posts |Read mode


Pemandangan memukau jambatan kaca yang telah siap di Taman Negara Tianmenshan, di Zhangjiajie di wilayah Hunan, tengah China. AGENSI

BEIJING 4 Dis. - Pembinaan jambatan gantung kaca paling panjang dan tertinggi di ‘dunia’ pada ketinggian 298 meter di atas sebuah ngarai di Zhangjiajie di wilayah Hunan, tengah negara itu berjaya disiapkan semalam.

Kerja-kerja menyambung dek keluli terakhir yang menghubungkan jambatan berkenaan yang mempunyai laluan sepanjang 374 meter, siap dilakukan semalam, lapor People’s Daily Online yang dipetik Mail Online.

Jambatan itu terletak di Taman Negara Tianmenshan yang pembinaanya mengambil masa selama setahun dengan kos 26 juta yuan (RM16.4 juta) menewaskan jambatan pejalan kaki yang terdapat di Grand Canyon, Arizona yang hanya terletak pada ketinggian 219 meter.

Biarpun telah siap, jambatan pejalan kaki itu yang direka seorang jurubina, Haim Dotan hanya akan dibuka pada Mei tahun depan.

Rancangan pembinaan jambatan kaca di Zhangjiajie pertama kali diumumkan pada 2012 dengan pembinaannya hanya bermula November tahun lalu.

Syarikat di sebalik pembinaan mengagumkan itu, ‘China Railway Major Bridge Reconnaissance and Design Institute’ pada asalnya mahu menyiapkan jambatan itu pada Julai lalu sebelum membukanya pada Oktober tahun ini.

Bagaimanapun, kesukaran pembinaan struktur dan lokasi jambatan itu, tarikh pembukaannya telah ditunda ke tahun hadapan.

Jambatan pejalan kaki itu menghubungkan tebing curam di ‘Zhangjiajie Grand Canyon’ dan mampu menampung seramai 800 orang pengunjung pada satu masa.

Mereka yang melalui jambatan itu akan menikmati pemandangan indah taman negara itu yang merupakan inspirasi bagi pembuatan senario planet Pandora dalam filem Avatar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2015 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriau nak lalu. Kecut tolo weh
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Weiiiiii.....tak berani
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 04:40 PM | Show all posts
kocut tolo den........
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 02:10 PM | Show all posts
jambatan kaca yg aritu tu kat china pun dgr2 dah retak...
agak2 yg ni berani x naik
heheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 02:14 PM | Show all posts
kan ada dulu thread jambatan kaca ni..

kalau xsilap dah retak sbb dlm satu masa ramai sgt lalu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 02:14 PM | Show all posts
yang ni jambatan lain ke..

(malas baca artikel)
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:38 PM | Show all posts
oh..ingat kat langkawi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 03:46 PM | Show all posts
pakai kasut tapak diamond
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:29 PM | Show all posts
sudahlah ngeri, buatan china pulak
2X ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:36 PM | Show all posts
pasni mesti ade orang wat movie kat jmbatan ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:42 PM | Show all posts
kakak takut ketinggian yang open memang kompom la akak takkan cikcur tempat sebegini...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:54 PM | Show all posts
wwoooo..kalau jalau macam ni, aku rela ikut jalan lain..tol pun tol lah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:01 PM | Show all posts
meremang tengkuk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:07 PM | Show all posts
macam ni laa cabaran aku nak try buat...jom beli tiket
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:49 PM | Show all posts
tak berapa yakin dgn made in china punya cermin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 06:06 PM | Show all posts
Jambatan Chesapeake Bay lagi menakutkan hingga ada yang mengupah orang untuk memandu kenderaan untuk menyeberangi jambatan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:08 PM | Show all posts
Adrenalin rush
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 03:17 AM | Show all posts
jambatan yg retak hari tu kat Yuntai mountain, baru dua minggu dirasmikan

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 09:34 AM | Show all posts
ada bran....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.437474 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list