Oleh : TS LOO
sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/
Kaum hawa merupakan golngan yang kerap dibelenggu masalah rambut kering dan kusam? Lebih menggusarkan apabila guna syampu dan perapi pun tidak dapat mengembalikan rambut yang menawan seperti yang diiklankan.
Apa kata cuba petua tradisional berikut yang sememangnya berkesan, jimat dan ternyata selamat.
sumber foto: http://tokoherbalspa.com/
Guna minyak zaitun
1. Panaskan satu cawan minyak zaitun selama lima minit dan sapukan pada rambut.
2. Urut hingga minyak sampai ke akar rambut.
3. Balut kepala dengan tuala dan panaskan dengan menggunakan pengering rambut selama setengah jam.
4. Sapukan bedak pada rambut dan sikat sehingga minyak yang berlebihan keluar. Kemudian barulah disyampu.
Atau cara kedua...
sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/
Daun durian belanda
1. Ramaskan beberapa helai daun durian belanda dalam air.
2. Siramkan kepala dengan air tersebut selama lima hingga sepuluh minit.
3. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Amalkan selalu. In shaa Allah berkesan.