View: 3994|Reply: 4
|
Laluan Baru Puncak Kinabalu Disinari Pemandangan Yang Memukau
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Terdahulu, negara kita digemparkan dengan gempa bumi yang berlaku di Sabah dan telah mengakibatkan runtuhnya puncak tertinggi gunung Kinabalu yang sentiasa menjadi mercu tanda gunung ini.
Sekian lama ditutupi akibat insiden tersebut, gunung Kinabalu kini telah dibuka sepenuhnya dengan laluan baru. Laluan baru ini juga dikhabarkan agak jauh daripada laluan sebelumnya.
Laluan baru ini sangat mencabar dan memerlukan stamina yang tinggi serta tubuh badan dalam keadaan sihat dan kuat. Mengikut pendapat pendaki yang telah berkunjung ke sana baru-baru ini, masalah kekejangan kaki adalah masalah utama bagi pendaki-pendaki.
Namun, pendaki tidak perlu risau kerana pemandu pendakian menyatakan bahawa laluan baru ini membolehkan anda menikmati pemandangan kiri dan kanan yang sangat cantik yang tidak dapat dirasai oleh pendaki terdahulu. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by imransulaiman at 3-12-2015 07:04 PM
Cukuplah sekali aku naik Gunung Kinabalu ni... Penat 10 tahun dulu masih terasa... Huhu...!
Tapi ianya satu pengalaman yang cukup indah! Cuma tak 'sanggup' nak naik lagi... Huhu...! |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke? citer la sikit kepayahan nak mendaki tuh. Teringin sgt nak mendaki..cuma nak tau tahap mana kepayahannya tu hehe |
|
|
|
|
|
|
|
rindunya nak daki kinabalu lagi..tangga pn dah ganti baru..hikmah selepas gempa..teringat pemandangan yg cantik spjng pendakian dari Timpohon ke low's peak..Subhanallah...Moga keindahan alam ini akan terus terpelihara utk generasi kita akn dtg.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku and team from company akan naik kinabalu pada 28 mei - 1 jun ni..
doakan kami Berjaya ye!
InshaAllah! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Shop Online/Classified
|