CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7652|Reply: 29

[SERPEN] Koleksi Cerita Misteri Pendek-pendek pengalaman Uncle Kim

[Copy link]
Post time 6-12-2015 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by medangmru at 9-12-2015 08:29 AM

Assalamulaikum..lama sangatberdiam sepi tanpa komen apa apa di ruangan MPS ni.  Rasanya mungkin sudah 2-3 tahun tak masuk kot.  Apa-apapun salam sejahtera kepadasemua.  Forumers yang tegar-tegar di sini amat ku rindui untuk membaca cerita mereka..macam Ilah dan juga Juragan Malam, dan lain-lainnya yang aku sudah lupa nama mereka semua.

Kini mungkin masanya juga untuk aku ceritakan cerita pendek pengalaman aku sendiri dan juga pengalaman rakan-rakan baikku di dunia yang nyata. Cerita ini semuanya adalah benar tapi tidaklah menyeramkan.  Pengalaman peribadi sahaja.  Semuanya cerita pendek-pendek.  Kalau sudi bacalah ye.  Jangan bash. Oh ya, cerita pendek ni mungkin tak sama tahun.  Aku menulis kalau aku teringat aje..jadi takkan ikut sequence tahun ataupun bulan. Tak apa kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2015 09:40 PM | Show all posts
Cerpen 1 – Misteri Penyusun Selipar

Lama dulu sebelum aku masuk kerja.  Cerita ni diceritakan oleh kakak-kakak yang dah lama kerja kat sini.  Ada satu office kat sini, level bawah.  Nak masuk bilik tu kena tanggalkan selipar or kasut sebab bilik tu berkarpet dan bilik tu jugak dekat dengan toilet, jadi banyak jugaklah selipar jepun bertaburan di luar pintu.  Setiap pagi, anehnya selipar tu akan disusun-susun mengikut belah kiri dan belah kanan.  Contoh belah kanan pintu semunya selipar belah kanan sahaja dan belah kiri pintu semuanya selipar kiri sahaja.  Siapa yang rajin susunnya?  Sampai sekarang menjadi misteri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 09:40 PM | Show all posts
Cerpen 2 – Pengheret Kerusi

Persediaan sambutan raya puasa baru baru ini (2015) aku ditugaskan untuk menghias dewan...aku berempat.  3 lelaki sorang perempuan – perempuan itu aku gelarkan Kak J (kak J ni memang jenis hijab sedikit terbuka).  Waktu tu awal lagi, dalam pukul 10.30 malam.  Dalam dewan tu conform takde orang lain selain kami berempat. Agaknya kami penat duk berpok-pek pok-pek sembang dari pukul 8.00 malam lagi, duduk atas stage diam diam sambil gunting kertas ke apa ntah lupa.  So masing-masing diamlah kan..tiba-tiba terdengar kerusi berkeriuk.  Alah macam kerusi bos tu yang ada spring besi dan berkeriuk, lepas tu dengar orang mengheret barang atas lantai (lantai dewan tu tiles).  Berbunyi-bunyi dua tiga kali, aku terus tengok Kak J dan serta merta Kak J lari jenguk anak dia yang dia tinggalkan tidor dalam kereta.  Rupanya anak dia dah terbangun dan serta merta kak J tertengok “wanita itu” di hujung dewan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 09:40 PM | Show all posts
Cerpen 3 – Wanita Itu

Wanita itu tiada nama.  Namun dari segi sejarahnya yang aku tak pasti betul ke tidak mempunyai beberapa adik beradik yang menghuni kawasan company aku ini.  Mengikut cerita, semasa nak buat company kat sini adik beradik lain bersetuju untuk keluar dari kawasan ini kecuali wanita itu, jadi penampakan wanita itu adalah biasa di sini.  Adalah lagi beberapa cerita mengenai wanita itu, nanti aku cite eh.  Ni macam intro sikit ah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 11:44 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 7-12-2015 01:21 PM
KimoraHakim replied at 6-12-2015 09:40 PM
Cerpen 3 – Wanita Itu

Wanita itu tiada nama.  Namun dari segi sejarahnya yang aku tak pasti betu ...

Heh. Wanita hidup ke. Aku ingatkan hantu. buat seram jer dalam gelap nih.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lame xmasuk board mps...last bace cite jokescop je tu pon x abis sbb asik lupe hihi..teruskan usaha..cite light2 gni xde la takut sgt...klu seram btl xnk la bace hihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 01:21 PM | Show all posts
sambung pleasee
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung sambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2015 01:23 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 6-12-2015 11:44 PM
Heh. Wanita hidup ke. Aku ingatkan hantu. buat seram jer dalam gelap nih.

Wanita tu sebenarnya adalah hantulah...tiada wajah tapi berambut panjang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 01:24 PM | Show all posts
nejina replied at 7-12-2015 12:35 AM
Dah lame xmasuk board mps...last bace cite jokescop je tu pon x abis sbb asik lupe hihi..teruskan us ...

ha ah nejina..citer i light light je..takde la sampai teruk terkena..nanti ai sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 01:24 PM | Show all posts

ok nanti malam sambung..nak fikir mood sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 01:25 PM | Show all posts

ok beres..jap eh nak mengarang dulu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam tuan tanah, mati2 aku ingat ko ni pompuan, rupanya jate. Wak jue skg ni ada buat page dia sendiri kat fb klu tak salah kopiluwaklu namanya kot, dia pun skg ni kat oz. Ilah pun senyap jer skg ni, mps dah tak rancam cam dedulu dah, nasib baik ada gak yg sudi belanja cite2 seram kat sini, pd mana2 forumer yg rajin bukak benang kat mps akak ucapkan terima kasih, kipidap!!!! Dongibab!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 02:23 PM | Show all posts
noradaniez replied at 8-12-2015 02:02 PM
Salam tuan tanah, mati2 aku ingat ko ni pompuan, rupanya jate. Wak jue skg ni ada buat page dia send ...

hahah betul tu..wak jue tu ada je...selalu borak jugak dgn dia kat FB..ha ah masih kat ostolia kutip buah kot hahahah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 08:05 PM | Show all posts
Cerpen 4 – Wanita Itu Part 1
Wanita itu memang tiada nama.  Kita yang kerja kat sini pun tak pernah tahu apa namanya..biasa kita just panggil wanita itu.  Ada beberapa tempat yang dia suka buat kemunculan.  Ada beberapa blok bangunan sebenarnya.  Tapi yang paling famous adalah blok biarlah aku panggil blok E sahaja.  Di kaki lima berhampiran blok E itulah Miss J selalu nampak kemunculannya.  Ada satu malam tu, agak lewat juga Miss J terpaksa ke office untuk ambil satu barang.  Lepas nak keluar tu memang kena melalui blok E tersebut and terpandang sesusuk wanita sedang berjalan.  Masa tu she was like..eh ada lagi ke orang kerja masa masa ni..Bila balik baru terlintas..oh wanita itu.  Dan wanita itu pernah menjelma menjadi Miss J dan mengilai-ngilai di bawah pokok berhampiran office Miss J..waktu tu dah lewat petang..sebab ada orang ternampak kenapalah Miss J mengilai petang petang sorang diri..ada kepelikan di situ.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 08:06 PM | Show all posts
Cerpen 5 – Wanita Itu Part 2
(konsep cerita di ubah sedikit tapi pointnya tetap sama)
Ada satu training di jalankan di Blok E – Blok Fav wanita itu.  Tingkat 3.  Biliknya luas tetapi di belakang bilik tu ada satu ruang kecik, alah ruang yang dah diambil sebab sebahagiannya adalah bahagian tangga kat luar tu.  Jadi ruang kecik tu biasanya diletakkan peralatan mcm bunting stand dan lain lain.  Trainer tu aku namakan Miss A.  Miss A ni memang rabun tegar due to her illness.  So dalam ramai-ramai peserta tu memang ada 3 orang perempuan free hair.  So bila Miss A nak kira balik eh kenapa jadi 4? Miss A pun suruh la orang lain kira..eh ada 4! Kira sekali lagi eh 3..semua dah panic last last terdengar barang-barang yang terjatuh dari belakang bilik tu...so...wanita itu memang nak join training sekali ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2015 08:07 PM | Show all posts
Edited by KimoraHakim at 8-12-2015 08:08 PM

Cerpen 6 – Kisah kurang seram Miss A
Miss A jenis yang suka datang awal kerja..kira antara orang terawal masuk kerja.  Biasanya dalam pukul 7.30 tu kira dah ada kat office lah.  Hari tu we all panic sekejap sebab Miss A jadi begitu takut rupanya awal pagi tu dia masuk office..tengah syok online ke apa..terdengar orang menyanyi dari dalam office dia sendiri.  Padahal mana orang masuk kerja lagi waktu tu!!  Office dia ada partition yang tinggi tapi tak sampai ke siling dan satu office tu muat 6 orang.  So apa lagi seharianlah Miss A tu jadi takut nak masuk office.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:04 AM | Show all posts
nak lagi...nak lagiiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 12:59 PM | Show all posts
best CERPEN Unker KIM ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 01:46 PM | Show all posts
KimoraHakim replied at 8-12-2015 07:06 PM
Cerpen 5 – Wanita Itu Part 2
(konsep cerita di ubah sedikit tapi pointnya tetap sama)
Ada satu tr ...

masa dia suruh org lain kirakan 4 org tu, org tu xnampak ke pape yg pelik kat org ke-4 tu? i mean, 4 org je.. so kalau pape yg abnormal mesti bole nampak dgn obvious kan?

kipidap TT.. sambung lagi cite.. semua best2!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.079260 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list