View: 2657|Reply: 2
|
Sis, Baru 20-an Namun Wajah Tampak Tua? Malunya!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Baru berusia awal 20-an tapi dah mula nampak kerepot? Apa tidaknya, asyik stress dan tak amal gaya hidup yang sihat. Betul, kan?
1. Sis, haruslah pandai mengawal emosi agar tidak terlalu berlebihan rasa marah, stress dan murung. Terdapat kajian dari negara Finland, mendapati stress berlebihan memberi kesan pada fizikal.
Wajah nampak lesu, kulit kering dan akhirnya muka jadi kerepot. Lucu? Memang itu benar.
2. Selain itu, amalan gemar tidur terlalu lewat dan kurang tidur juga menyebabkan wajah muda bertukar kerepot. Sudah-sudahlah nak melepak sana sini dengan kawan-kawan sehabis waktu kerja.
Pulang ke rumah, bersihkan diri, wajah dan berehatlah. Itu lebih baik. Rehat mencukupi ini akan memastikan diri anda dan wajah tampak segar selalu.
3. Mekap terlalu tebal juga merupakan pendorong kepada penuaan segera meskipun anda masih muda. Malah, mereka yang berumur belasan tahun pun nampak lebih tua jika gemar bermekap tebal sangat.
Cukuplah dengan sedikit bedak asas dan pelembap bibir. Jika ada majlis tertentu, barulah mekap dengan sehabis mungkin. Malah, sikap malas mencuci mekap pun mendorong penuaan segera ini.
4. Gaya hidup sihat bukan sahaja membuatkan badan lebih segar dan sihat. Malah, aktiviti seperti bersenam, mengemas rumah itu mampu membantu wajah awet muda.
Ia merupakan formula bagi wanita yang sudah mengecap usia 40. Masih kelihatan muda meskipun usia bukan lagi muda. Jadi, bergeraklah aktif! - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang bukan sebab factor2 diatas sangat pun tapi sebab gigih nak nampak matang tapi tersilap langkah terus nampak tua walaupun anak baru sorang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|