|
Oleh : Dean BZ
Sumber foto : hobingunyah.com
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri dari masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, India, Cina dan lain-lain. Budaya, makanan dan perayaan dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.
Berikut merupakan 7 makanan kegemaran kaum India di Malaysia yang turut menjadi kegemaran sesetengah bangsa lain di negara kita, seperti yang dipetik dari www.trymasak.my :
1. Kari
Kari sememangnya salah satu makanan tradisi masyarakat India yang terkenal di Malaysia, India, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Thailand, dan negara-negara lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bahan asas hidangan berempah yang digemari oleh kebanyakkan masyarakat ini boleh terdiri daripada ayam, ikan, daging, sotong, udang ataupun sayur-sayuran. Boleh cuba ini: Kari ikan merah Pocam, Sotong gulai kari, Kari udang bakar Baba's, Kari ayam dengan kentang Alif
2. Nasi daun pisang
Masyarakat India juga terkenal dengan hidangan yang dimakan di atas daun pisang yang dipercayai boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang dimakan beralaskan daun pisang ini akan dihidang bersama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadom. Biasanya ia hanya akan diletakkan kuah kari sahaja, dagingnya tidak dihidang bersama kerana nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India dan secara tradisionalnya, ia akan dimakan dengan menggunakan tangan.
3. Briyani
Nasi briyani mula pupolar di India dan Pakistan setelah pelancong dan pedagang Parsi mula memperkenalkan cara masakannya di sana suatu ketika dahulu. Makanan berasaskan nasi yang dimasak bersama pelbagai jenis rempah, beras, ayam, daging atau sayur-sayuran ini juga popular di Malaysia, Iraq, Iran, Afganistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Cuba ini: Nasi beriani daging, Nasi briyani ayam Nsm
4. Vadai
Vadai adalah sejenis makanan orang India selatan yang lebih enak dimakan bersama chutney atau kuah kari. Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang. Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak dan biasanya terdapat hirisan cili hijau, cili merah, daun kari dan bawang merah didalamnya.
5. Putu mayam
Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan mengalakkan dari semua bangsa. Kini, ia turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia, Sri Lanka dan Singapura sebagai snek yang biasanya di makan ketika sarapan pagi. Putu mayam yang diperbuat daripada adunan tepung beras ini enak dihidang bersama kelapa parut dan gula Melaka.
6. Roti nan
Roti nan atau ada juga yang memangilnya roti tempayan adalah sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dibakar dengan cara menampalkannya di dalam tempayan. Tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor oleh penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini akan disapu dengan mentega atau minyak sapi dan enak dimakan bersama kuah dal, kari atau ayam tandori.
7. Tandoori
Ayam tandoori yang enak dimakan bersama roti nan adalah masakan orang Punjabi iaitu di antara India dan Pakistan, tetapi kini ia adalah masakan yang terkenal di antarabangsa. Ayam tandoori yang menggunakan pelbagai rempah terdiri daripada halia, bawang putih, jintan putih, garam masala dan cili merah adalah masakan yang pedas. Kadangkala ada juga kaum Punjabi yang mencampurkan sedikit kunyit ke atas ayam supaya ayam tersebut akan berwarna kuning kemerahan setelah masak.
Nampak sedap kan semua makanan kat atas ni, untungnya jadi rakyat Malaysia, dapat cuba pelbagai masakan dari berbilang bangsa. - CARI Infonet. |
|