CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22478|Reply: 23

Cerita Lagenda Si Tanggang Di Bukit Treh, Muar

[Copy link]
Post time 30-11-2015 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Sepertimana ramai orang tahu akan kewujudan Kota A Famosa di Melaka, rasanya begitu juga ramai orang Melayu pernah mendengar cerita Si Tanggang, seorang anak derhaka yang disumpah oleh ibunya sehingga dia dan seisi kapal miliknya bertukar menjadi batu. Cerita lagenda Melayu ini sangat terkenal sehingga ada beberapa lokasi di Tanah Melayu dikaitkan dengannya, termasuk Batu Caves di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang sekarang terkenal dengan kuil Hindu serta patung dewa setinggi bangunan 14 tingkat di hadapannya.

Wilayah Indonesia juga memiliki cerita yang serupa, cuma nama wataknya berbeza iaitu Malim Kundang. Kesannya dikatakan masih ada di Sumatera, hingga kini masih kelihatan batu-batan berbentuk sauh, tali kapal, manusia dan sebagainya. Tetapi berapa ramai yang tahu cerita anak derhaka disumpah jadi batu ini juga dikatakan berlaku di Muar, lebih tepat lagi di Bukit Treh, satu-satunya bukit yang terletak dalam lingkungan 5 km daripada pusat bandar kedua terbesar di Johor itu.

Sekadar mengimbas kembali, Si Tanggang dilahirkan di kalangan keluarga miskin yang duduk di pinggir hutan, ada yang kata daripada keluarga orang asli. Apabila masuk remaja dia telah keluar merantau ke negeri orang, ada pula cerita yang menyebut dia telah ditangkap rombongan pendatang yang kemudian membawanya belayar ke negeri lain. Apapun, anak muda ini sangat rajin, pintar serta pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Maka dia berjaya menjadi saudagar kaya-raya dan turut menjadi nakhoda kapal, dapat berkahwin dengan beberapa orang isteri (menurut satu riwayat, tiga orang) dan isteri nombor tiga adalah seorang puteri raja.

Pada suatu hari Si Tanggang telah keluar belayar membawa ketiga-tiga isterinya berjalan. Kebetulan dan tanpa disedari dia telah singgah di kampung halaman tempat asal-usulnya. Dipendekkan cerita, ibu-bapanya yang telah lama tidak ditemui mendapat tahu tentang kedatangan seorang saudagar yang memiliki ciri-ciri anak mereka yang hilang lalu pergi menyiasat. Setelah pasti itulah Si Tanggang, mereka cuba merapatinya dengan membawa makanan hutan kegemarannya semasa kecil dahulu.

Sebenarnya Si Tanggang sedar bahawa orang yang datang itu adalah ibu-bapa kandung yang telah membesarkannya dahulu tetapi beliau terasa malu hendak mengaku di hadapan orang-ramai terutama para isterinya yang cantik rupawan lagi bangsawan. Apapun, menurut ceritanya, isteri ketiga yang merupakan seorang puteri raja telah menyuruhnya menerima kedua orang tua yang datang itu. Katanya, apa salah mengaku ibu bapa kandung sendiri tak kiralah seburuk mana pun rupa mereka. Rupa-rupanya kata-kata ini telah membuat Si Tanggang terasa lebih malu dan tersinggung. Beliau mula mengeluarkan kata-kata kesat dan sumpah-seranah menyuruh orang tua itu pergi.

Dalam keadaan hati hancur luluh dihina begitulah si ibu lalu menadah tangan kepada Ilahi seraya berdoa, kalau betullah pemuda di hadapannya adalah Si Tanggang yang pernah dikandungnya selama 9 bulan lebih, maka buktikanlah dengan menukarkan segalanya menjadi batu. Oh baru teringat, ada satu sahaja perbezaan antara cerita Si Tanggang yang dikenali ramai dengan cerita serupa di Muar. Watak utama di Bukit Treh, Muar telah bertukar menjadi helang yang dikatakan sampai sekarang kadang-kala berlegar di kawasan itu, helang lagenda yang dikenali sebagai helang makku! Sebabnya, ia terlalu menyesal atas kesalahannya lalu sering keluar terbang sambil menjerit merintih memanggil ibunya,Makku! Jelaslah kalau begitu, watak itu ceritanya serupa dengan cerita Si Tanggang tetapi orangnya lain.

Yang pasti, memang ada sebuah bukit kecil yang kalau diteliti rupanya memang kelihatan seperti sebuah kapal yang terbalik. Dan ada kesan-kesan bentuk rupa batu-batan yang menandakan kawasan itu pernah menjadi laut suatu masa dahulu. Mengikut cerita orang tua-tua, di situ juga pernah terdapat sebuah pintu gua di mana penduduk kampung boleh keluar-masuk dan meminjam pinggan-mangkuk daripada alam bunian untuk digunakan dalam majlis keramaian. Tetapi pintu gua itu telah lama terkambus, sejak seorang penduduk kampung melanggar syarat kerana tidak memulangkan pinggan-mangkuk yang dipinjam.


Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 10:26 PM | Show all posts
Batu laut di Bukit Treh aka tereh (Sea rock at Bukit Treh)emmm
Banyak cerita dongeng di situ. Cerita Si Tanggang yang terkenal dan lain-lain. Tapi apa yang diberitahu org tua 2 dulu2... ialah katanya ada terdapat kuil yang agak besar di kaki Bukit Tereh itu. Orang-orang Hindu singgah dulu membuat acara agama, puasa dan sebagainya di kuil itu terlebih dulu sebelum naik ke kuil Gunung Ledang. Masa itu di Gunung Ledang ada lombong emas. Patung-patung kuil itu diperbuat daripada emas yang diambil dari Gunung Ledang. Tapi entah macam mana telah berlaku banjir besar dan telah tenggelamkan Bukit Tereh. Bila banjir yang berbulan susut, didapati kuil itu gaib. Kata bomoh-bomoh orang asli, kuil itu masih ada di situ terbenam 100 kaki dalam tanah. Tapi cerita ini dah jadi cerita rakyat atau lagenda. Sekarang sudah tak ada dengar cerita ini lagi. Lepas kuil emas itu tenggelam barulah tempat itu menjadi tempat sembahyang atau pujaan orang asli pula.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 10:26 AM | Show all posts
nice info..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 09:36 PM | Show all posts
hmm... walaupun belah bapa ai berasal dari Muar, nilah pertama kali ai tau pasal Bukit Tereh nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 03:57 PM | Show all posts
menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
yg malim kundang dkt sumatera tu tipu ktenye, org buat bnde tu. org indon sendri cite kt aku
x salah aku kisah si tanggang jdik helang tu ade dlm filem melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2015 09:44 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 4-12-2015 08:55 PM
yg malim kundang dkt sumatera tu tipu ktenye, org buat bnde tu. org indon sendri cite kt aku
  ...



yg mciam ni kan ...bang

ni keja diorang yang membentuk simen tu jadi bentuk orang.. orang tu pun sempena memperingati mandur tempat keja diorang yang mati tercekik tempe... wak parmin perawan joko perdana optimus namanya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:54 PM | Show all posts
pada aku la ..ceta tanggang adala ceta mitos anak org asli...yg  lupa asal usulnya..sebab..si tanggang nie suka mkn cikah panggang..suka mkn pisang salai serta buah mangga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2015 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku lagi tertarik ngn cerita gua yg org kg blh keluar masuk gi pinjam linggan mangkuk bunian tu lagi drp kesah tanggang muo ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 02:27 PM | Show all posts
Si Tanggang..plot cetaa  nya dia camni: Si Tanggang ni anak Orang Asli yang tinggal di? (kalau ikut legenda/miitos kat area Batu Caves). Dia ni  anak yang kuat dan rajin. Satu hari dia nampak  aa sebuah kapal masuk ke kawsan dia. Sedang dia mengendap2, dia ditangkap krew kapal tu dan dibawa ke Nakhoda (tak pasti samada ditangkap atau Si Tanggang dioffer join kapal tu). Nakhoda ambil Si Tanggang jadi anak angkat dia.

Sebab SiTanggang ni rajin maka dia diberi kepercayaan handle business nakhoda. Business berkembang maju dan nakhoda nak Tanggang jadi menantu dia pula. Sebab business makin OK, Raja pun berminat nak jadikan Tanggang menntu
Satu hari si Tanggang belayar dan kapalnya berlabuh di kawasan kampung dia dulu. Dia ternampak kawan2 lama dia sedang menjala ikan dan menjerit panggil mereka. Tapi rakan2 dia lari sebab takut (takut kena tangkap?) dan balik ke kampung semula. Di kampung mereka bergossip pasal kejadian tadi dan mengatakan nakhoda kapal menyerupai Si Tanggang yang ilang sejak sekian lama. Bila ibu Tanggang tahu berita itu, naluri keibuannya mengatakan itulah anaknya. Ibu Tanggang menyiapkan makanan yang disukai tanggang termasuk cikah dan lotong dan beliau mengayuh sampan ke kapal tadi. Sampai disana Ibu Tanggang memanggil nama anaknya dan bila Tanggang keluar, ibunya merayu untuk berjumpa. Mulanya hendak dijemput ibunya tetapi isteri sulung dengan angkuh bertanya samada itu ibu Tanggang dan menghinanya...si tanggang termakan hasutan dan tidak mengaku ibunya. Isteri muda mengatakan kalaupun betul bukan ibu tetapi seharusnya Tanggang menghormati orang tua. Si Tanggang terus-menerus tidak mengaku ibunya memandangkan keadaan ibu (dan juga ada ayahnya kalau tak salah) yang kusut masai dan 'tak glamer' macaam dia....juga kalau tak salah dia poukul ibunya dengan pendayung dan makanan yang diberi dibuang ke laut. Ibu yang kecewa memohon supaya tuhan memberi balasan yang stimpal kepada anak yang derhaka. Hujan ribut  tsuunnamii turun dan Tanggang yang mendengar doa ibunya dan melihat keadaan semakin gawat mula menjerit2 mengaku beliau anak ibunya tetapi sudah daa  lambat nak oii, mi  maggie da kembang bak kata  orng2  bujang...kapal Tanggang disambar petir dan segala didalamnya "henshin" zziiiingg  menjadi batu.......

Cerita Si Tanggang sama dengan kisah Malim Deman ke Malim Kundang...tapi yang pasti ada 'Malim' depan dia...kisah ni berlaku di Sumatera. Yang ada batu2 di pantai tu...sprt picaa atas tu,kononyaa yang exactly macam haluan kapal siap dengan tali-temali...juga ada rock formation yang betul2 menunjukkan seseorang dalam keadaan sujud meminta ampun.....eerrr kisah anak org asli ,yg lupa diri ini,sebenarnya  telah dirakamkan pada 1900 dalam buku Malay Magic yang ditulis oleh Walter William Skeat sebagai satu cerita rakyat,
berjudul Charitra Megat Sajobang dalam buku Malay Magic (1900) ms 54-55 dicetak oleh The Macmillan Company : New York, yang diceritakan oleh org  Selangor Ulu Klang.Ia jelas membuktikan bahawa ia telahpun menjadi kisah rakyat pada akhir 1800-an lagi di Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 03:40 PM | Show all posts
cerita yang menarik!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya mcm mana rupa orang asli dulu2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang jadi batu tu bukan ke sebab terjadinye letupan gunung berapi
dan meninggalkan fosil manusia batu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:55 AM | Show all posts
shanshero replied at 21-12-2015 07:50 PM
Orang jadi batu tu bukan ke sebab terjadinye letupan gunung berapi
dan meninggalkan fosil manusia b ...

tu kat pompeii sana...gunung vesuvius meletop
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 09:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 03:57 PM | Show all posts
tempat aku main gelongsor masa kecik2 dulu..
masa tu bleh je lagi naik atas bukit tu..best wooo..kdg2 saja je jatuh guling2 dari atas bukit tu ke bawah..
skang ni x bleh dah suka2 ati naik..

and yes, arwah moyang aku dulu penah citer
ada org pinjam pinggan mangkuk kat gua belakang bukit tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 03:15 PM | Show all posts
cikah n lotong tu kan ke spesis monyet......pesal aku tau mak tanggang bawak pisang salai je?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 03:15 PM | Show all posts
so mmg tanggang ni anak org asli?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 03:29 PM | Show all posts
citer ttg bukit tereh tu cam x tetap, kejap citer camnie kejap citer camtue
bukit tereh tu x jauh dr rumah mak mertua adik
tp nk taw ttg citer pinjam pinggan mangkuk tu, camner citernya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 04:04 PM | Show all posts
ada bukti ka tanggang ada kat batu caves? kat mana? kat situ kan banyak berhala....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064094 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list