|
sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/
Murtabak Kurma Ayam
Kebanyakan orang lebih seronok menjamu selera dari air tangan sendiri sebab kita boleh tambah ramuan yang digemari dan yang penting kepuasan yang diperolehi. Tambah pula apabila hasil yang disiap dibuat itu mendapat pujian dan pengiktirafan dari ahli keluarga dan kawan-kawan yang mencuba. Kali ini anda boleh cuba sediakan anak-anak Murtabak Ayam Kurma yang mungkin akan jadi pilihan mereka.
Bahan untuk roti:
600 gm tepung serba guna
1 sudu besar rempah kurma
250-280 ml air garam
1-2 butir telur
2 sudu besar marjerin
70 ml susu pekat manis
2-5 sudu besar minyak sapi
Bahan untuk inti:
200 gm isi ayam - dipotong kecil
1 biji ubi kentang - dipotong kiub kecil
1 sudu besar pes bawang besar
1 sudu kecil pes bawang putih
1 sudu kecil pes halia
2 sudu besar serbuk kurma
2-4 sudu besar susu sejat
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Sedikit minyak untuk memasak
sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/
Cara-cara membuat:
1. Untuk membuat roti, gaul semua bahan roti kecuali air dan minyak sapi. Tambah air perlahan-lahan dan sedikit-sedikit. Uli dan perap semalaman. Sapukan permukaan adunan roti dengan minyak sapi.
2. Untuk membuat inti, panaskan minyak dan tumis bahan pes hingga wangi. Masukkan serbuk kurma, susu, garam, lada hitam dan biarkan hingga wangi. Masukkan ayam dan kaup balikkan hingga ayam masak dan masak hingga sedikit kering. Alihkan dari api dan sejukkan sebelum digunakan.
3. Ambil sedikit adunan roti dan uli. Canai dan isikan inti kurma, gulung dan kemaskan bahagian tepinya.
4. Panaskan sedikit minyak masak atau minyak sapi dan goreng garing.
TIP MASAKAN: Selain kurma, rendang, asam pedas, ayam masala dan tandoori boleh dijadikan inti martabak.
sumber info: http://keluarga.karangkraf.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya! Tapi malasnya nk uli tepung.kalo pakai roti paratha jd x? |
|
|
|
|
|
|
|
fav iols ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|