View: 1818|Reply: 8
|
[Tempatan]
Pemimpin negara harus ambil iktibar perjuangan silam - Sultan Nazrin
[Copy link]
|
|
Baginda bertitah adalah penting bagi sesebuah bangsa yang berjaya membina tamadun agung untuk memberikan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh silam yang merintis perjuangan dan mengasaskan gagasan negara bangsa.
KUALA KANGSAR: Prinsip bina negara dan kata-kata kenegaraan silam yang diasaskan pemimpin terdahulu harus dijadikan rujukan dan pedoman bagi membina bangsa pada hari ini, titah Sultan Nazrin Muizuddin Shah.
Titah Baginda, adalah amat penting bagi sesebuah bangsa yang berjaya membina tamadun agung untuk memberikan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh silam yang merintis perjuangan dan mengasaskan gagasan negara bangsa.
Jelas Baginda, sejarah kemerdekaan negara bangsa pada hari ini masih lagi dalam usia baru dan negara terhutang budi kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah serta barisan seangkatannya -- Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin, mendiang Tun VT Sambanthan dan barisan teknokrat yang berpegang kepada budaya kejujuran.
Memetik ucapan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang bertemakan "Road to Nationhood": "Sebagai pegawai awam, saya harap anda akan bersedia berhadapan dengan pemimpin politik dan tidak membenarkan anda didominasi oleh kami kerana dalam demokrasi yang tulen, pegawai awam ada tanggungjawab untuk dilaksanakan. Masa hadapan hidup berdemokrasi di negara kita, bergantung kepada anda."
Baginda juga menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kesemua barisan kepimpinan kerajaan negeri, badan-badan penguatkuasa yang selama ini telah membantu baginda mentadbir negeri dalam suasana aman dan sejahtera.
Selain itu, baginda juga bertitah agar pemimpin harus menjadikan kisah pembentukan empayar oleh ulama dan pemimpin Islam sebelum ini yang mengandungi pelbagai kisah kegemilangan dan kejatuhan sesebuah bangsa sebagai hamparan pengajaran pada hari ini.
"Pada era pemerintahan Sayidina Umar Radiallahuanhu, para pemimpin dipastikan tidak zalim, tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan ditegah daripada melambangkan sebarang kemewahan malah, beliau akan sentiasa bertanya kedudukan para harta wakil yang dilantiknya untuk memastikan tidak berlakunya sebarang penyelewengan dan salah laku.
"Selain itu, pemimpin-pemimpin di Malaysia juga harus mengambil iktibar daripada pemberontakan di Kufah 13 di mana lantikan ahli keluarga yang tidak jujur dalam pentadbiran kewangan menyebabkan manipulasi pemerintahan dan kegelisahan rakyat yang tidak diketahui Khalifah," titah baginda.
Baginda bertitah demikian dalam Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-59 Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pagi Jumaat.
Titahnya, orang-orang beriman harus mentaati ulilamri iaitu orang yang memegang kuasa namun Allah juga mengingatkan sekiranya terdapat pendapat yang berlainan mengenai sesuatu perkara maka Al Quran dan Sunah itu harus dirujuk semula.
Kesemua contoh tersebut adalah pengajaran yang boleh dijadikan ingatan oleh umat pada hari ini agar tidak mengulangi semua kesilapan yang pernah berlaku.
Perak merupakan negeri pertama yang menganugerahkan 702 pingat dan darjah kebesaran kepada tokoh-tokoh yang menyumbangkan jasa dan bakti kepada negara sempena Hari Keputeraan ke-59 Sultan Nazrin Muizzudin Shah.
Antara penerima dalam majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias.
Selain itu, enam anugerah Anumerta (posthumous) turut diberikan kepada tokoh-tokoh yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarham Datuk Sir Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Dr Burhanuddin Al-Hemly, Aminuddin Baki, Tan Sri Koo Chong Kong dan Kevin Anthony Morais.
Astro Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam khas ditujukan pada seseorang jer. |
|
|
|
|
|
|
|
apekehenya org yg dah mati berpuluh tahun nak bagi pingat?tapi part burhanuddin al helmy tu aku sokong jek |
|
|
|
|
|
|
|
susah lah Tuanku..meke sambil menyelam
|
|
|
|
|
|
|
|
cool...as always, bless him.
bagus isi ceramahnya yang ada elemen elemen berunsurkan nilai.
tahniah yang menerima darjah kebesaran
ustaz kazim pun ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini sultan yg blh dibanggakan walupon bkn sultan negeriku.. |
|
|
|
|
|
|
|
ditujukan kepada member kita tue.......sesuai sangat |
|
|
|
|
|
|
|
member tu buat2 tak paham aje...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|