Oleh Adib ZA
Penyanyi bersuara 5 oktaf, Mariah Carey dipuji kerana tetap mempunyai hubungan baik dengan bekas suaminya, Nick Cannon demi menjaga anak-anak.
Mariah yang tidak lagi bersama Nick sejak tahun lalu bagaimanapun sedaya upaya menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak mereka, Monroe dan Moroccan yang berusia 4 tahun.
Mereka dilihat meraikan Halloween bersama dan terbaru, meraikan hari kesyukuran (Thanksgiving) bersama-sama.
Gambar terbaru yang dimuatnaik menerusi laman sosial Mariah Carey. "Happy Thanksgiving" ujarnya!
Mariah Carey dan Nick Cannon bersama anak-anak ketika Halloween baru-baru ini.
Dalam temubual bersama Steve Harvey Show baru-baru ini, Mariah berkata, 'saya merasakan amat penting untuk anak-anak melihat ibu bapa mereka bersama," sambil mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.
Keduanya bersikap lebih matang dalam menguruskan anak-anak dan tidak malu bergambar satu keluarga meskipun telah mempunyai hala tuju hidup masing-masing.
Comel sangat pasangan kembar Roc & Roe, 4 tahun!
Mariah Carey dan Dembabies! Roc & Roe!
Mariah kini dilaporkan sedang 'berpacaran' dengan seorang jutawan bertaraf bilionaire dari Australia, James Parker.
Ramai yang menganggap James Parker sangat bertuah kerana memiliki Mariah sebagai kekasih. Namun, penyanyi wanita terlaris sepanjang zaman ini turut berkata, "saya juga berasa sangat bertuah!". - CARI Infonet
Mariah dan James ketika pelancaran filem The Intern.
Mariah dan James ketika pembukaan kasino kekasihnya itu di China bulan lalu.
|