CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3469|Reply: 1

Ketahui Rahsia Macam Mana Nak Dapatkan Sperma Yang Sihat

[Copy link]
Post time 26-11-2015 08:33 PM | Show all posts |Read mode

Sperma Yang Sihat.Sperma yang sihat sangat penting untuk mendapatkan baka keturunan keluarga dalam mendirikan alam rumahtangga.
Seorang lelaki yang mempunyai volume sperma yang cukup banyak ternyata tidak menjamin ia mampu membuahkan sel telur wanita jika kualiti sperma yang sihat tidak dimiliki oleh lelaki tersebut, sekalipun hubungan intim dilakukan pada waktu subur.Untuk mendapatkan sperma yang sihat anda perlu mengetahui punca-punca yang menyebabkan sperma lemah. Tujuannya anda boleh mengatasi situasi ini pada masa akan datang.


Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat
  • Kuantiti
Sperma yang sihat biasanya akan menghasilkan lebih daripada 15 juta/milliliter.Setiap daripada seorang lelaki berejakulasi paling kurang dalam 4 juta sperma yang ada di dalam air mani yang keluar. Jadi, semakin banyak jumlah sperma yang dihasilkan, bermakna semakin besar pula peluang untuk seorang wanita itu mengandung.

  • Kualiti
Kualiti sperma yang sihat pada seorang lelaki adalah yang mempunyai kepala berbentuk oval dan berekor panjang. Semakin banyak sperma yang berbentuk normal seperti ini, semakin besar kemungkinan anda untuk dikategorikan sebagai seorang lelaki yang subur.

  • Gerakan
Untuk mencapai dan menembusi sel telur, sperma seharusnya mampu berenang dan bergerak dengan cepat melalui leher rahim wanita dan saluran tuba.Bagi lelaki yang subur, terdapat 40 peratus atau lebih sperma yang akan bergerak masuk ke rahim untuk membuahkan sel telur. Kepantasan sel sperma ketika berenang sangat penting, kerana perjalanan sperma mencapai sel telur mengambil masa yang agak panjang.

10 Punca Sperma Lemah
Pada zaman teknologi ini maka secara tidak sedar, lelaki banyak terdedah kepada punca penyebab sperma lemah. Kaum wanita perlu mengambil perhatian berkaitan perkara ini supaya anda boleh menasihati suami anda atau rakan tentang permasalahan ini.

Antara penyebab sperma lemah adalah kerana:
1.       Berkeadaan Panas
Kebiasaanya testis lelaki akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

2.       Kerap Berendam Air Panas
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama.


3.       Suhu Badan Yang Meningkat Tinggi
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat suhu badan yang tinggi.

4.       Radiasi Komputer Riba
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan laptop akan meningkatkan suhu  sehingga mampu mencapai  35°c. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas paha terlalu lama.

5.       Memakai Seluar Yang Tidak Sesuai
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Maka akan menganggu sistem pembiakan dalam menjalankan fungsinya.



6.       Pembesaran Pembuluh Darah
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.

7.      Radiasi Telefon Bimbit
Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki.

8.       Kegemukan
Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaranhormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, fungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi.

9.       Perokok Tegar
Elakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alkohol.

10.   Masalah Lain
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, kesan atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

http://www.wom.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 02:05 PM | Show all posts
Vape ok kan?? kekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051775 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list